TERKINI DARI KERDAU & MERLIMAU


11:48
KERDAU Sek Keb Paya Taram: Kekecohan hampir tercetus ketika kehadiran Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai.

Kehadiran beliau disini dicemuh penyokong DAP dengan laungan 'MCA perosak Malaysia' sebagai melawan laungan 'Satu Malaysia' penyokong BN.

Keadaan itu kemudiannya mencetuskan perang mulut antara penyokong China DAP dan MCA sehingga hampir bertumbuk, namun ditahan anggota polis.

Menteri berkenaan kemudiannya beredar.
11:43

Expand
PJ PAS Wilayah di SK Paya Taram.
11:42
KERDAU Di Sek Keb Paya Taram: Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohd Nor Mohamad dan kumpulannya berada di sini sejak awal pagi.

"Pengundi di pusat ini adalah majoriti kaum Cina, jika peratusan keluar mengundi di sini tinggi, tidak mustahil berlaku kejutan".

Turut berada di sini petugas dari DAP dan PKR membantu merayu undi.
11:41

Expand
Keadaan di pusat pembuangan undi SK Paya Taram tenang.
11:27
KERDAU Di Sek Keb Paya Taram: Penyokong kedua-dua pihak diletakkan pada jarak 150m dari pintu pagar pusat mengundi.

Keadaan di sini tenang, dan para penyokong setengahnya berehat dan makan tengahari yang disediakan parti masing-masing.
11:13
MERLIMAU Calon PAS, Yuhaizad ketika ini bergerak dari SJK(C) Jasin Lalang menuju ke pusat pengundian SK Merlimau 1.
11:05

Expand
Suasana penyokong di SMK Kerdau.
10:59
KERDAU Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin peluang kemenangan PAS.

"Berdasarkan usaha yang kita dah buat dan respon yang kita dapat, saya yakin kejutan boleh berlaku di sini," katanya.

"Saya harap pengundi luar akan balik mengundi khususnya di kawasan Felda,"

"Walaupun ada sedikit kekecohan di beberapa tempat, keadaan masih terkawal. Biasalah penyokong saling cabar-mencabar".

"Kita mengharapkan 85% keluar mengundi hari ini".

"Dengan cuaca agak baik, pengundi mula ramai keluar mengundi berbanding pagi tadi," jelasnya berpuas hati dengan keadaan proses mengundi setakat ini.
10:58

Expand
Antara warga emas yang turun menunaikan tanggungjawab di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.
10:52

Expand
Trak FRU yang di bawa masuk di pusat pembuangan undi SMK Kerdau.
10:50
KERDAU Peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang.
10:49
MERLIMAU Sehingga jam 10 pagi, 30% atau 3,175 orang sudah keluar mengundi.
10:46
KERDAU Polis bagaimanapun mengarahkan individu berkenaan tidak lagi mengangkat akhbar tersebut setelah mencetus kemarahan penyokong lawan.
10:45

Expand
KERDAU: Pelbagai kaedah rayu undi dibuat, termasuk menayangkan muka depan sebuah akhbar mengaitkan skandal seorang Timbalan Menteri.

Tiada ulasan: