Feri Karam Di Mersing, Tiga Maut



MERSING 26 DIS: Tiga orang maut manakala dua lagi masih hilang apabila sebuah feri penumpang yang membawa 29 penumpang dari Pulau Sibu menghala ke Terminal Feri Tanjung Leman di Mersing Johor karam dalam kejadian pada 1.30 tengahari tadi, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff. -Bernama

Berita lanjut menyusul.

Malaysia 3-0 Indonesia FINAL 1 Piala Suzuki AFF 2010 (full goals)



26 DIS - KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.

Menara Warisan: Kerajaan Perlu Utama Pendapat Rakyat



SHAH ALAM 25 DIS: Umno-Barisan Nasional(BN) disifatkan bakal menghadapi tentangan suara rakyat sekiranya meneruskan projek pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata demikian mengulas kenyataan kajian Merdeka Centre yang mendedahkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang terus membantah rancangan kerajaan untuk membina Menara Warisan tersebut.

Tarikh Piliharaya Kecil DUN Tenang, Johor

Ketuanan Melayu: Permainan Media Umno Amat Dahsyat- Nik Aziz



KOTA BHARU 2 DIS: Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

Anak mahu Bapak selesai segera isu peneroka



KUALA LUMPUR, 29 Nov: Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak).

Nik Aziz - Umno Punca Masalah Di Negara



SHAH ALAM , 29 NOV - Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati matlamat dalam agama yang dianuti dalam memperjuangkan hak rakyat oleh Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP.

PKR Umum Keputusan Rasmi Pemilihan 2010




PETALING JAYA 28 NOV: Parti Keadilan Rakyat(PKR) hari ini mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti itu.

Seperti diketahui Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali diumumkan memenangi kerusi timbalan presiden parti itu dengan majoriti besar.

Siasat syarikat tiada loji dapat benih padi




KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat individu yang didakwanya tidak mempunyai loji benih.

Khalid Ibrahim - Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat

Ada kumpulan pengganas dalam negara kita?



KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta Kementerian Luar memberikan laporan lengkap mengenai peranan pusat serantau Asia Tenggara yang diwujudkan bagi mencegah keganasan antarabangsa.

Pindaan Kosmetik Bukti BN Makin Lemah- DS Abdul Hadi Awang



KUALA LUMPUR 22 NOV: Pindaan peraturan dalam Barisan Nasional(BN) adalah bersifat kosmetik untuk mengaburi rakyat tentang sokongan rakyat terhadap komponen itu.

Perkara ini dibangkitkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dipetik The Malaysian Insider.