Feri Karam Di Mersing, Tiga Maut



MERSING 26 DIS: Tiga orang maut manakala dua lagi masih hilang apabila sebuah feri penumpang yang membawa 29 penumpang dari Pulau Sibu menghala ke Terminal Feri Tanjung Leman di Mersing Johor karam dalam kejadian pada 1.30 tengahari tadi, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff. -Bernama

Berita lanjut menyusul.

Malaysia 3-0 Indonesia FINAL 1 Piala Suzuki AFF 2010 (full goals)



26 DIS - KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.

Menara Warisan: Kerajaan Perlu Utama Pendapat Rakyat



SHAH ALAM 25 DIS: Umno-Barisan Nasional(BN) disifatkan bakal menghadapi tentangan suara rakyat sekiranya meneruskan projek pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata demikian mengulas kenyataan kajian Merdeka Centre yang mendedahkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia yang terus membantah rancangan kerajaan untuk membina Menara Warisan tersebut.

Tarikh Piliharaya Kecil DUN Tenang, Johor