Semua Urusan Penting SPRM Di Tingkat Bawah Pulak

PUTRAJAYA 9 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dijalankan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.

"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, SPRM juga telah mengarahkan pengarah bahagian keselamatan membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan gunasama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan dipenuhi.

"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP)sejak dulu lagi yang masih berkuatkuasa.

"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya.

Kempen pilihan raya S 'wak: PAS masih lesu?

Setelah mencuba lapan tahun dan kempen pilihan raya Sarawak ke-10 memasuki hari keempatnya, PAS dilihat masih sukar untuk mendapatkan kerusi pertamanya di DUN Sarawak.

Setakat ini, jentera pilihan raya PAS dikatakan agak lesu kecuali di Beting Maro – yang dikatakan mempunyai peluang terbaik bagi parti Islam itu membuat kejutan.

Jika dibandingkan dengan jentera PKR dan DAP, persiapan PAS itu terlalu jauh bezanya. Itu belum lagi dibandingkan dengan jentera BN yang berpuluh kali ganda lebih perkasa.
Jentera di Beting Maro – kawasan tumpuan mereka - kini dikukuhkan dengan bantuan jentera import daripada Kelantan dan Terengganu yang lebih agresif. Pendekatan kempen kumpulan itu di kalangan penduduk setempat digelar sebagai "Kelantan style".

Namun di kerusi-kerusi lain yang ditandingi PAS - Tanjung Datu, Sebuyau, Muara Tuang dan Sadong Jaya – jentera pilihan raya dikatakan terus lesu dan masih belum dibangunkan.

NONEPada pilihan raya kali ini, PAS mensasarkan menang sekurang-kurangnya di tiga DUN iaitu Beting Maro, Sadong Jaya dan Sebuyau. PAS hanya kalah tidak sampai 900 undi di Beting Maro dan Sebuyau pada pilihan raya 2006 lalu.

Strategi PAS adalah dengan menggunakan bantuan jentera parti itu dari semenanjung untuk memastikan mereka mampu menembusi kubu-kubu BN itu.

DUN Sebuyau dibantu jentera PAS di negeri-negeri di Utara semenanjung Malaysia, iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Tanjung Datu pula mendapat bantuan daripada Pahang, Johor dan Melaka manakala di tempat lain, ia masih belum jelas.
Isu tanah adat

Selain bantuan jentera pilihan raya, isu yang dijadikan modal pada pilihan raya Sarawak juga dilihat tidak banyak.

NONEAntara yang hangat adalah isu berkaitan tanah adat (NCR) bumiputera Sarawak. Ia menjadi tuntutan utama masyarakat pribumi setiap kali datangnya pilihan raya di negeri itu.

Kebanyakan penduduk menghadapi masalah mendapatkan geran individu untuk tanah nenek moyang mereka. Terdapat juga pertikaian dalam membezakan antara tanah berstatus NCR dan tanah negeri.

“Kita beritahu pengundi, kalau kita berjaya membentuk kerajaan dengan Pakatan, semua isu melibatkan tanah adat boleh diselesaikan dengan mudah.

“Tetapi jika sekadar menjadi pembangkang pun, akan menyebabkan kerajaan sedia ada tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya terhadap tanah mereka,” jelas seorang pegawai kempennya Jamaludin Ishak.

NONEKatanya lagi, bagi memastikan kesungguhan untuk menyelesaikan keluhan zaman berzaman itu, PAS mengambil peluang menemui pengundi sambil mengutip maklumat tentang masalah berkenaan. Ini akan disusuli dengan bantuan guaman.

Tambahan lagi, menurut Jamaludin, calon mereka di Beting Maro, iaitu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus juga merupakan seorang peguam.
Belajar dari PKR
Tindakan itu dilihat cuba belajar daripada pengalaman rakan mereka dari PKR yang mana beberapa pemimpin mereka seperti Baru Bian (bertanding di Ba'Kalalan) dan See Chee How (Batu Lintang) – kedua-duanya menempa nama kerana banyak membantu memperjuangkan kes tanah NCR ke mahkamah.

NONEKemenangan PAS kali ini amat penting untuk kelangsungan parti itu di Sarawak pada masa depan,. Ia juga sekali gus menyuntik semangat baru kepada anggotanya yang tidak pernah menikmati rasa kemenangan sejak pertama kali bertanding pada tahun 2003.

Justeru, selepas lapan tahun, sebagai sebuah parti Islam dalam masyarakat yang majmuk, PAS dilihat perlahan-lahan berubah untuk dilihat lebih terbuka dan rencam.

Pada masa yang sama, parti itu juga percaya perlu bergantung kepada faktor lain bagi memberikan imej positif mereka sebagai sebuah parti Islam di tengah-tengah masyarakat pelbagai kaum dan agama.

nasharudin mat isa interview 060607 talkingJusteru, bagi Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Sarawak Nasharudin Mat Isa (kanan) tindakan parti itu meletakkan dua calon wanita dan seorang calon muda bertanding di tiga daripada lima tempat yang diperuntukan Pakatan padanya mempunyai percaturan tersendiri.

“Sudah tentu ada perkiraannya. Sebagai contoh, calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee, dengan ketokohan orang muda, seorang peguam dan aktivis Pemuda (parti), ini pilihan terbaik untuk rakyat.

“Calon Muslimat pula, isyarat yang lain bahawa kita punya calon daripada pelbagai latar,” kata Nasharudin yang juga timbalan presiden PAS ketika dihubungi Malaysiakini Khamis lalu.

Tak belajar dari BN Sarawak


Ditanya kenapa sejak beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, PAS terus gagal menjadi pilihan rakyat Sarawak, meskipun mengetengahkan isu tempatan seperti tanah NCR berulang kali, Nasharudin berkata ia disebabkan kekangan media arus perdana dan faktor geografi.

Katanya, kedua-dua faktor itu menyebabkan maklumat sukar disalurkan.

NONE“Jadi rakyat hampir tidak bermaklumat. (Maka) yang menjadi penentuan, dolar dan sen (politik wang),” kata Nasharudin yang anggota parlimen Bachok.

Berbeza dengan pendekatan di semenanjung, PAS tidak menyentuh langsung isu agama yang menjadi polemik sebelum ini seperti isu kalimah Allah dan penyebaran kitab Injil berbahasa Melayu.

Menurut seorang tokoh masyarakat Melayu-Melanau tempatan, perkara itu tidak menjadi isu di bumi Kenyalang selagi kerajaan sedia ada menjaga kebajikan penganut semua agama.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Selagi kemudahan dan peruntukan untuk masjid terjaga, selagi kemudahan untuk gereja terjaga, masyarakat Sarawak tidak akan kisah. Politik di sini berbeza dengan di semenanjung Malaysia,” kata Mufti Perlis Juanda Jaya yang merupakan anak jati dan pengundi Sarawak.

Juanda juga mendedahkan, BN mengekalkan popularitinya di kalangan rakyat yang ketandusan maklumat melalui 'utusan' yang dihantar bagi berbual di pasar dan kedai-kedai kopi untuk menyampaikan mesej mereka.

“Ini yang Pakatan tidak belajar daripada BN Sarawak,” katanya yang akan pulang mengundi di DUN Jemoreng dalam parlimen Igan.

Kutipan hasil MBAS meningkat

ALOR SETAR, 7 April – Pada tahun 2011 Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM15.3 juta berbanding RM12.5 juta pada tahun 2010 dan lingkungan RM10 –12 juta pada tahun-tahun sebelumnya.

“Pengutipan dua bulan pertama (Jan dan Feb) ini merupakan jumlah yang tertinggi selama sepuluh tahun. Lebih dari RM10 juta kutipan dari hasil cukai pintu dan lainnya dari cukai semasa, tunggakan dan pembaruan lesen-lesen perniagaan,” beritahu Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din dalam sidang media di tingkat lapan MBAS.

Tambahnya lagi, kejayaan tersebut hasil dari kesedaran masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka. Hasil pendapatan tersebut akan dikembalikan kepada rakyat dengan memperbaiki kerosakan kemudahan awam akibat banjir, ribut dan lain-lain.

“Selain dari kesedaran masyarakat itu sendiri, pihak MBAS juga memperkenalkan bayaran secara online, kaunter bergerak dan menambah agen pembayaran, Ini memudahkan mereka membayar cukai, mendapatkan dan memperbaharui lesen perniagaan,” tambahnya.

Pihak MBAS juga telah membuka pejabat cawangan di Kuala Kedah untuk memantau aktiviti-aktiviti di Pekan Kuala Kedah. Katanya, ini kerana Pekan Kuala Kedah merupakan pintu masuk dan keluar dari Bandar Alor Setar.

“Kita mencadangkan penubuhan Sukarelawan Anti Sampah yang terdiri dari ahli-ahli kelab NGO, pelajar-pelajar, MKK dan JKKKP.

“Mereka akan ditempatkan kesemua kawasan di Alor Setar seperti Kuala Kedah, Pokok Sena, Bukit Pinang, Langgar dan Simpang Empat untuk memantau kesalahan yang mencemar kebersihan Bandaraya Alor Setar. Sukarelawan ini mempunyai kuasa untuk mencatat kesalahan dan mereka ini tidak dibayar apa-apa elaun dan menjalankan tugas secara sukarela,” tambah Dato’ Khazali.

Selain itu, beliau juga memaklumkan cadangan kepada syarikat swasta untuk menubuhkan pusat pelupusan sampah di pasar-pasar terutama pasar-pasar basah. Terdapat sebelas pasar basah dan semua hasil-hasil buangan pasar-pasar tersebut akan diproses dan dijadikan baja kompos.

Dato’ Khazali juga memberitahu sidang media, MBAS dengan kerjasama kerajaan negeri akan menyambut ulang tahun ke tujuh Bandaraya Alor Setar.

Sarbani Bukan Membunuh Diri, Kata Kesatuan Kastam

KUALA LUMPUR 8 APRIL : Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Razak dan menuntut Perdana Menteri membersihkan nama baik jabatan itu.

Presidennya Ibrahim Ahmad juga berkata kes Ahmad Sarbani Mohamed yang dijumpai mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu tidak harus dikategorikan sebagai membunuh diri.

Beliau juga berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh SPRM.

"Ini kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

Kes Kematian Pegawai Kastam : Enam Orang Beri Keterangan

KUALA LUMPUR 8 APRIL : Susulan kes kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane Rabu lalu, polis sudah mengambil keterangan enam saksi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, dua pegawai SPRM yang digantung kerja berhubung kes tersebut antara mereka yang diambil keterangannya.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Zulkifli berkata polis juga telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan itu untuk dianalisa.

Menurut Zulkifli, berhubung laporan bedah siasat yang dilakukan ke atas Allahyarham Ahmad Sarbani, pihaknya mendapati kesan kecederaan pada jenazah Allahyarham konsisten dengan akibat jatuh dari bangunan yang tinggi.

"Kini ujian makmal sedang dilakukan dan keputusannya akan diketahui dalam masa seminggu," katanya.

Kelmarin, Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Salbani Mohamed, 56 yang disiasat SPRM di bawah Operasi 3B sejak awal minggu lalu ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, dengan kesan kecederaan di kepala.

Menurut pengarah Penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, Ahmad Salbani dikatakan naik ke tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane untuk disoal siasat sebelum di jumpai mati diaras bawah bangunan itu , kira- kira jam 10.15 pagi.

Awal minggu ini, SPRM menahan lebih enam puluh pegawai Kastam dan merampas sejumlah wang bersabit siasatan rasuah di bawah beberapa akta termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.

Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, namun satu badan siasatan diwujudkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.

Selepas 17 bulan dibicarakan mahkamah menetapkan tiada keputusan dicapai yang mana tidak dapat dipastikan sama ada Teoh membunuh diri atau dibunuh.

Ekoran keputusan itu, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mewujudkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh.

Suruhanjaya Diraja Siasat Video Seks Atau Kematian Pegawai Kastam?

KUALA LUMPUR 8 APRIL: Tumpuan dijangka beralih kepada Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan pagi ini sama ada akan membincangkan desakan penubuhan suruhanjaya diraja siasatan.

Ketika wujud polemik mengenai keperluan sebuah suruhanjaya diraja berhubung pendedahan rakaman video seks lebih dua minggu lalu, didakwa melibatkan aksi seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed, 56, kelmarin juga mencetuskan desakan ke arah itu.

Pagi kelmarin, Ahmad Sarbani, yang ditahan semalaman 1 April lalu untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Isu video seks menjadi perhatian selepas rakamannya yang didakwa diambil akhir Februari lalu dipertontonkan kepada media pada 21 Mac oleh “Datuk T”.

Kedua-dua kes itu masih disiasat polis.

Mengulas desakan pembangkang supaya suruhajaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, Nazri berkata, ia tidak menjadi masalah jika melibatkan kepentingan awam sekali gus membersihkan imej SPRM.

“Sekiranya pembangkang mahu suruhanjaya ditubuhkan, maka penubuhan suruhanjaya diraja juga perlu untuk menyiasat rakaman video seks membabitkan Ketua Pembangkang.

“Saya akan bangkitkan dalam mesyuarat jemaah menteri esok (hari ini) kerana apa yang penting kebenaran dan siasatan polis terlebih dahulu,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Semalam Nazri menerima satu memorandum yang mahu kerajaan menubuhkan sama ada suruhanjaya diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.

Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia Datuk Abdul Rahman Manan juga mahukan satu suruhanjaya diraja diwujudkan untuk menyiasat insiden melibatkan kakitangan kastam itu.

“Kematian yang berlaku di pejabat SPRM itu adalah yang kali kedua dan ramai meragui cara kematian mangsa. Oleh itu, suruhanjaya ini perlu diwujudkan bagi menjaga imej SPRM dan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Bagaimanapun semalam di Sarawak, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tiada cadangan buat masa ini untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja walaupun kematian melibatkan premis SPRM.

Sebuah suruhanjaya diraja sedang menyiasat kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock dan tanggungjawabnya dijangka selesai dalam waktu terdekat.

Laporan media juga memetik Transparency International Malaysia (TI-M) mahukan supaya satu inkuiri bebas berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Presidennya TI-M Datuk Paul Low berkata, inkuiri itu juga perlu meliputi prosedur operasi, proses dan garis panduan yang diamalkan SPRM dalam menyiasat kes rasuah.

Kata beliau, sesiapa jua yang berada di bawah tanggungjawab SPRM sama ada saksi, suspek atau pelawat perlu diberi perlindungan asas pada setiap masa.

“Kami juga mahu supaya dilaksanakan dengan segera syor,” katanya dalam satu kenyataan.

~The Malaysian Insider~

Siasat pembunuhan Altantuya dulu, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan perdana menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks.

Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.

"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam,” katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam hari ini.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar tahun 1990-an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kes Kastam pula merjuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.

Kematian Sarbani adalah yang kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.

Anwar bagaimanapun sempat menambah bahawa kes pembunuhan Altantuya sepatutnya diberi keutamaan.

"RCI mengenai Altantuya akan menentukan cerita sebenarnya,” katanya merujuk kepada siasatan hambar yang dijalankan berhubung kematian model warga Mongolia itu.

WARTA KEDAH - ATAS PERMINTAAN RAMAI KAMI DEDAHKAN DOKUMEN INI...

Ekoran pendedahan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai laporan oleh pihak Audit terhadap Seri Temin Corporation Developement (M) Sdn Bhd (STDC) berhubung perbelanjaan tidak wajar GLC tersebut sehingga tidak mendapat pelepasan cukai dari LHDN, maka kami telah mendapat desakan dari orang ramai supaya dokumen tersebut didedahkan kepada umum.http://www.wartakedah.net/images/stdc.jpg



Menyedari bahawa maklumat tersebut berhak dikongsi oleh orang ramai yang prihatin terhadap pengurusan GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah dahulu dan kini, maka Warta darul Aman bersetuju untuk menyiarkannya.
http://www.wartakedah.net/images/stdc1.jpg

http://www.wartakedah.net/images/stdc2.jpg

http://www.wartakedah.net/images/stdc3.jpg

DOKUMEN YG SAMA DIBESARKAN DI BAWAH INI...
http://www.wartakedah.net/images/stdc1.jpg

http://www.wartakedah.net/images/stdc2.jpg

http://www.wartakedah.net/images/stdc3.jpg



http://www.wartakedah.net

Azan : Kenapa Tidak Ada S'jaya Diraja Untuk Altantuya, PKFZ



KUALA LUMPUR, 6 APRIL: Penubuhan Suruhanjaya Siastan Diraja (RCI) yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak lebih daripada daripada taktik terbaru Umno untuk ‘memanjangkan’ fitnah video lucah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika kerajaan ingin menubuhkannya terpulang kepada mereka. Jika itu mereka rasakan satu cara untuk memperbesarkan satu aib dan menjatuhkan kredibiliti ketua pembangkang, mereka dah ada cara, kalau mereka nak buat, buatlah dan itu tidak menjadi halangan,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail.

Azan turut menyelar desas-desus bahawa Umno akan mengemukakan usul di Parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya diRaja itu.

Tambah Azan, sepatutnya penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja bertumpu kepada kes yang membawa kepada keraguan rakyat dan boleh mencemarkan nama baik negara.

“Perkara yang mendesak berkaitan Suruhanjaya diRaja biasanya melibatkan insiden yang membawa kepada keraguan seluruh rakyat Malaysia seperti kematian yang membawa kepada nama buruk negara.,” kata Azan.

“Isu pembunuhan Altantuya tidak diselesaikan mengikut RCI (Suruhanjaya diRaja). Sepatutnya penubuhan RCI perlu dibuat untuk meneliti dan mengkaji kes, atau keputusan kes yang terselindung di bawah kematian Altantuya. Kes yang melibatkan kehilangan wang kerajaan yang berjuta ringgit seperti PKFZ sepatutnya ditubuhkan RCI,” katanya.

Azan berkata rakyat harus menolak cubaan Umno untuk terus mengapi-apikan isu video lucah yang direkacipta untuk menfitnah Anwar untuk mengalih perhatian terhadap isu-isu nasional yang memerlukan penjelasan kerajaan.

“Kita tidak boleh menyembunyikan dan pengalihkan pandangan rakyat dan pada masa yang sama boleh menunjukkan tahap moral kita yang rendah, kesukaan kita kepada isu video-video lucah yang mendahului daripada isu-isu kepentingan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu beliau yakin penyebaran klip video yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih bermotifkan untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sendiri telah melihat dan meneliti video itu dan saya mendapati video itu tidak lain tidak bukan untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keadaan yang cukup tidak bermoral. Setelah diteliti terdapat banyak keraguan dan saya rasa tidak ada alasan untuk mengatakan lelaki itu adalah Datuk Seri Anwar.” Kata Azan.

“Kita tahu dan keluarga sendiri tahu mengikut video satu minit lebih yang dipaparkan itu tidak ada kena mengena langsung atau mirip dan ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim dan keluarga telah menolak.Penolakan oleh keluarga mereka sangat mustahak kerana keluarga mereka sangat mengenali beliau dan menjadi testimoni yang sangat mustahak,” katannya.

GLC: Dulu rugi, sekarang untung

ALOR SETAR – Di bawah pengurusan baru, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah, beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya memeperbaiki prestasi kewangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Permodalan Kedah Berhad yang mengalami kerugian RM555 ribu pada tahun 2008 berjaya mencatat keuntungan pada tahun 2009 dan 2010, masing-masing berjumlah RM678,770 dan RM677,650.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah pada Sidang Dewan Negeri Yang ke 12, di sini.

Sebuah lagi GLC, YIKED Holdings Sdn Bhd (YHSB) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah juga mencatat keuntungan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

“Bagi tahun 2005 YIKED Holdings rugi RM283 ribu, 2006 untung RM392 ribu, 2007 rugi RM57 ribu.

“Alhamdulillah 2008 untung RM679 ribu, 2009 untung RM270 ribu dan 2010 untung RM570 ribu,” ujar beliau.

Faktor ini disebabkan beberapa langkah yang diambil oleh pengurusan baru meletakkan dasar kepada GLC supaya menghadkan pemberian sumbangan maksimum kepada RM1,000 sahaja untuk setiap pemohon sumbangan.

Selain itu, tajaan dan sumbangan kepada pihak yang tiada kaitan dengan syarikat juga telah dikurangkan, menyebabkan penurunan kos yang besar dari segi perbelanjaan am dan pentadbiran.

KFA tidak pecat Ahmad Yusof

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan dakwaan mengenai pemecatan Ketua Jurulatih Skuad Kenari, Ahmad Yusof seperti yang dilaporkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2011 bertajuk ‘KFA Pecat Ahmad Yusof’.

Penafian dibuat oleh Timbalan Presiden KFA, Dato’ Paduka Haji Syed Unan Mashri Syed Abdullah melalui surat yang bertarikh 6 April 2011 yang dihantar kepada akhbar tersebut.

Laporan Sinar harian menyebut, selepas direhatkan berikutan aksi hambar pasukan Kedah dalam saingan Liga Super, akhirnya Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof dipecat oleh KFA berkuatkuasa 5 April 2011.

“Berita pemecatan itu adalah bercanggah dengan ‘Kenyataan Akhbar’ yang telah diedarkan kepada akhbar Sinar Harian,” tegas Syed Unan dalam suratnya.

Sehubungan dengan itu, akhbar tersebut diminta membuat pembetulan artikel tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada KFA dan Ahmad Yusof.

Mufti Sifatkan Dalang Video Lucah Rendah Moral



SHAH ALAM 6 APRIL : Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan liputan 'video lucah' yang memenuhi ruang media arus perdana semalam sebagai mencerminkan betapa moral orang Islam yang mendalangi laporan-laporan itu semakin rendah.

Menurut Tamyes, liputan sebegitu membuktikan perbuatan fitnah memfitnah dalam politik semaki menular dan menjadi lumrah dalam kehidupan negara ini.

Tamyes menyifatkan dalang yang menyebarkan fitnah mengenai video lucah itu sebagai orang yang "moralnya terlalu rendah" dan tidak tahu membezakan fitnah ataupun bukan.

"Benda yang dikutuk oleh Allah dimain-mainkan. Sebab apa? Orang yang membuat tuduhan tanpa bukti yang kukuh boleh dihukum qazaf. Sekarang ini benda fitnah sudah jadi lumrah," kata beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Sejak kelmarin, rakaman video seks yang didalangi oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Mereka menyebarkan fitnah kononnya pelaku dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis manakala Angkatan Muda Keadilan membuat laporan qazaf terhadap tiga "Datuk T" itu.

Klip di Youtube disunting daripada rakaman asal 21 minit yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu.

Menurut Tamyes, mereka yang membuat pertuduhan seharusnya membuktikan dakwaan mereka dan bukan sebaliknya.

"Kalau ada bukti yang jelas, lainlah. Ini hanya video,dan video tak boleh dijadikan bukti sebenarnya. Dalam hukum fiqah, bukti (yang harus dibawa) si penuduh adalah Saksi. Benda mati tak boleh jadi saksi. Kemudian orang yang dituduh boleh bersumpah . Ini orang yang menuduh bersumpah, orang yang didakwa (pula) kena cari bukti. Ini dah terbalik," ulas Tamyes lagi.

Tamyes turut membidas media yang memainkan isu berkenaan bagi kepentingan pihak tertentu dan keuntungan sementara walaupun ia salah dari segi moral dan agama.

"Kita jangan mewar-warkan benda bukan-bukan. Ini boleh menyebabkan ketidakadilan. Perlakuan fitnah haruslah dielakkan," tegas beliau.

Tamyes berkata media massa tidak harus berfikir untuk melariskan perniagaan semata-mata tetapi harus arif dalam hukum-hakam Islam supaya dosa fitnah tidak terpalit kepada mereka.

"Sebab kita yang mewar-warkan juga dapat 'saham' dosa," kata beliau.

Pegawai Kastam Mati Di Pejabat SPRM


KUALA LUMPUR 6 APRIL : Seorang Pegawai Kastam yang disiasat berhubung tuduhan rasuah dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur hari ini.

Pegawai berkenaan telah naik ke tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane untuk disoal siasat sebelum di jumpai mati diaras bawah tingkat bangunan, pada kira- kira pukul 10.15 pagi tadi, the Star memetik Pengarah Penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali sebagai berkata.

SPRM dijadualkan mengadakan sidang akhbar petang ini untuk memberikan butir- butir penuh kejadian itu.

Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.

Mayatnya dijumpai di tingkat lima bangunan SPRM Selangor setelah beliau disiasat sepanjang malam di Tingkat 14 bangunan itu.

Awal minggu ini, SPRM menahan lebih enam puluh pegawai Kastam dan merampas sejumlah wang bersabit siasatan rasuah di bawah beberapa akta termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.

Yayasan Islam Kedah taja 122 pelajar ke luar negara

ALOR SETAR, 5 April 2011 – Seramai 122 orang penuntut tajaan Yayasan Islam Kedah yang sedang belajar di luar negara buat masa ini. 83 daripadanya menuntut di Mesir dan selebihnya di Jordan.

Demikian maklum balas Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul melalui jawapan bertulis dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Kedua Belas di Wisma Darul Aman.

Soalan tersebut telah dikemukakan oleh ADUN Jitra, YB Dato’ Saad Man yang inginkan penjelasan mengenai jumlah pelajar luar negara tajaan Yayasan Islam Kedah dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Menyentuh soalan ADUN Jitra lagi, mengenai nama-nama Institusi Pengajian Tinggi dan universiti luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan, YB Dato’ Taulan menjawab “Ia tiada kaitan (dengan Kerajaan Negeri) kerana urusan itu dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPN).”

Ustaz Azhar - GANTI & DENDA DALAM PUASA

Media Harus Fokus 'Datuk T' Bukan Individu Yang Belum Dikenalpasti



KUALA LUMPUR 5 APRIL : Walaupun polis mendakwa ia hampir selesai menyiasat laporan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rakaman video seks yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara minggu lalu, ketiga-tiga individu bergelar "Datuk T" masih bebas tanpa sebarang dakwaan.

Justeru anggota keluarga Anwar hari ini kecewa dengan sikap media kawalan Umno-Barisan Nasional (BN) yang cuba mengalih perhatian terhadap identiti lelaki yang masih belum dipastikan dalam rakaman video tersebut.

Bercakap pada sidang media di kediamannya pagi tadi, anak Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata pengamal media seharusnya mendesak polis menahan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl dan Bendahari Perkasa, Shuib Lazim ditangkap dengan segera.

Itu tidak dilakukan sebaliknya sesetengah media mengajukan soalan dengan agenda untuk "memerangkap" mereka sekeluarga, kata Nurul.

"Saya berasa kecewa kerana kami "dipaksa" untuk mengikut kehendak skrip. Namun tiada seorang pun bertanya mengapa orang-orang ini tidak ditahan. Anda ada dua undang-undang berlainan di mana orang membuat demostrasi di rapat umum dan tiga orang ini mengaku dan menyebarkan bahan lucah tapi mereka masih bebas.

"Saya rasa tidak mengapa untuk ditanya soalan lain tapi asasnya masih jelas mengapa mereka (Datuk T) tidak diambil tindakan oleh polis. Marilah kita kembali kepada soalan pokok," jelas Nurul Izzah.

Seterusnya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ditanya samada wajar video tersebut ditayangkan di parlimen, Nurul Izzah menjelaskan tindakan itu relevan jika klip tersebut masih belum tersebar luas di internet.

"Sekarang kita berhadapan dengan situasi di mana klip aksi adegan awal sudah dipaparkan kepada umum. Jadi mahu cakap tentang minta ahli parlimen untuk lihat saya fikir tidak berbangkit," ujarnya lagi.

Rata-rata anggota keluarga yang berada di kediaman Anwar sebentar tadi menyatakan kekesalan terhadap fitnah terbaru yang disebarkan kepada umum mengaitkan Anwar termasuk bapa Ketua Umum itu sendiri.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Awas, penjenayah sampah!

oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 31 Mac 2011 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mewujudkan konsep polis kepada penjenayah sampah. Ini bertujuan membendung sikap individu yang gemar membuang sampah merata-rata dan mengotorkan kawasan.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Khazali Din melahirkan hasrat ingin menjadikan Bandaraya Alor Setar sentiasa bersih dan indah.

“Kita telah pun mendapat kerjasama daripada pertubuhan, sekolah, gedung perniagaan dan kumpulan masyarakat untuk melaksanakan konsep ini dalam masa yang terdekat. Ia umpama sistem pemberi maklumat MBAS iaitu melaporkan kesalahan pihak yang didapati mengotorkan kawasan,” terangnya.

Tambahnya lagi, pemberi maklumat akan diberi ganjaran seperti surat penghargaan atau sebagainya atas maklumat yang diberi. Pihak MBAS juga mengalu-alukan penyertaan orang ramai termasuk semua lapisan masyarakat untuk menjadi sukarelawan dengan menjadi mata telinga mereka.

Untuk merealisasikan hasrat menjadikan Alor Setar bandaraya yang bersih dan indah, prestasi E-idaman juga perlu dipertingkatkan. Jumlah lori yang beroperasi perlu ditambah dan konsesi penambahbaikan perlu dipertingkatkan, katanya lagi.

“Kita memerlukan minimum 18 buah lori tetapi sekarang hanya 12 buah sahaja yang beroperasi. Ini menyebabkan jadual pengutipan sampah terganggu. Kita bagi tempoh untuk hingga April untuk menilai semula kerja-kerja ini. Kurang sampah bermakna kurang penyakit dan ini perlu diberi tumpuan oleh masyarakat,” kata Datuk Khazali.

Anwar : Lawan Tetap Lawan



SIBU 5 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan tersasar daripada misi menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional di Sarawak dan "tidak peduli" dengan tindakan memuatkan video lucah fitnah ke laman Youtube untuk mengaibkan beliau.

"Sekarang, video itu telah diedarkan. Dan samada lelaki (dalam video) itu mirip saya atau tidak, saya tidak peduli. Ia bukan saya," kata beliau di Kampung Nangka, Sibu malam tadi.

Klip video hampir dua minit disensasikan oleh laman- laman blog pro- UMNO. Malah akhbar kawalan parti itu seperti Utusan Malaysia, dan New Straits Times menyiarkan gambar daripada klip berkenaan.

Klip itu disunting daripada rakaman asal lebih 20 minit sebelum dimuatkan di Youtube.

Beberapa wakil rakyat dan ahli keluarga Anwar sendiri yang menyaksikan klip itu dan rakaman asal menegaskan sosok tubuh pelaku dalam rakaman itu jauh berbeza dengan Anwar.

Video itu disunting daripada sudut kamera tertentu untuk mengelirukan orang ramai bahawa Anwarlah individu dalam rakaman itu.

Anwar sekali lagi menegaskan video lucah itu tidak lebih daripada taktik jijik UMNO untuk menjatuhkan beliau dan melemahkan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak.

Beliau berkata sikap talam dua muka kerajaan dan pihak polis amat jelas apabila menangani kes- kes yang melibatkan pemimpin UMNO.

"Dimana Suruhanjaya Diraja masa Altantuya dibunuh ? Bagaimana kes rogol di Melaka ? Apa jadi dengan penyiasatan ?," soal Anwar.

Tiga "Datuk T" yang mendalangi video lucah berkenaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik, bersama ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Rahim adalah musuh ketat Anwar selepas meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit tuduhan merogol gadis bawah umur dan dakwaan rasuah.

"Sekarang mereka mengedar video. Dan mereka yang menunjukkan video itu juga mempunyai moral yang hina," kata beliau.

Anwar menegaskan video lucah fitnah jelas mempunyai penglibatan Perdana Menteri Najib tun Razak yang juga Presiden UMNO.

Anwar dan PKR sering dirujuk sebagai musuh paling utama UMNO, setelah parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya umum 2008.

"Najib terlibat. Kalau tak bagaimana mereka (Datuk T) dibebaskan. Penjenayah dengan terang melepaskan diri dengan ini.

"Mereka tak pedulikan kebenaran.....tetapi hanya mahu membuat fitnah," kata Anwar.

Datuk 'T' Boleh Kena Sebat - Persatuan Ulama Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 April — “Datuk T” boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata kepada portal The Malaysian Insider, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.

Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain.

“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

“Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

“Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis.

PAS gesa rakyat Sarawak buat perubahan

Harakahdaily

BATANG LUPAR, 4 Mac: PAS menyeru rakyat Sarawak membuat perubahan pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu mengemukakan calon yang boleh mewakili semua pada pilihan raya kali ini.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi Dun Sebuyau di Markas Kampung Ulu Sebuyau, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh masyarakat Iban dari enam buah rumah panjang di situ.

Tambahnya, PAS juga turut mengemukakan anak tempatan yang dikenali ramai bagi mewakili rakyat jika dipilih ke Dun Sarawak pada 16 April ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bachok berkata, calon PAS di Dun Sebuyau, Haji Adam Ahid adalah Pesuruhjaya PAS negeri yang mempunyai keluarga besar dan ramai kenalan di Dun itu.

Justeru, katanya para pengundi perlu memberikan undi mereka kepada calon PAS yang dikenali ramai bagi membawa suara mereka ke Dun Sarawak nanti.

Sementara itu, Adam (gambar atas) pula mengucapkan terima kasih kepada parti yang memberi kepercayaan kepadanya sebagai calon PAS di Sebuyau.

Beliau berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang diwakili sekiranya dipilih pada pilihan raya itu nanti.

Ummi Hafilda Dan Rahim Thamby Chik Muncul Kembali: Kebetulan Atau Satu Perancangan?

Adakah kemunculan semula Ummi Hafilda Ali dan Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kancah politik untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku secara kebetulan atau sebahagian daripada perancangan licik untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu ?

Selepas menyisihkan diri dari arus politik tanah air untuk lebih 10 tahun Ummi Hafilda muncul semula dalam “road show” tajaan Umno untuk mengitar sekali lagi pelbagai tuduhan terhadap Anwar.

Setelah dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 dan gagal kembali ke persada utama Umno, kerana tuduhan merogol gadis bawah umur dan dibelit dengan dakwaan rasuah, Rahim ‘mengaum” semula dengan mengibarkan video seks lucah Anwar.

Kedua- duanya memberi amaran bahawa kononnya mereka mempunyai banyak pendedahan seks lain, seks yang akan terus mengaibkan Anwar. Malah, Rahim berkata Anwar tidak harus terkejut jika secara tiba- tiba lebih ramai lagi “Eskay” muncul membuat pendedahan.

Ummi pun tidak mahu ketinggalan. Beliau mendakwa ada 18 video seks membabitkan Anwar.

Ugutan mereka mirip kepada Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk S.Nalakaruppan yang juga mendakwa menyimpan pelbagai bukti mengenai salah laku Anwar ketika beliau Timbalan Perdana Menteri.

Apakah semua perkembangan ini hanya secara kebetulan, bahawa individu bernama Ummi Hafilda dan Rahim Thamby Chik tidak mengenali satu sama lain, malah Umno langsung tidak terlibat dalam segala fitnah dan ugutan yang dibawa oleh mereka berdua ?

Bolehkah rakyat menerima bahawa Ummi dan Rahim melakukan serang hendap terhadap Anwar semata- mata sebagaimana yang didakwa mereka – untuk agama, bangsa dan negara dan bukan didorong kebencian untuk Ketua Pembangkang itu ? Dan, atau adakah imbuhan yang menanti jika misi mereka berjaya terlalu lumayan untuk ditolak?

Kebetulan atau sebahagian dari perancangan?

Jika kebetulan, maka adakah satu “kebetulan’ juga Ummi Hafilda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik berjumpa dengan Pengerusi Malaysia Airports Berhad Tan Sri Basir Ismail pada tahun 1998 untuk Ummi mendapatkan sebuah kontrak pengiklanan pada awal tahun 1998 ?

Berikut adalah keterangan yang diberikan oleh Ummi Hafilda kepada Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 1998 apabila beliau disoal oleh peguam Anwar ketika itu, Christopher Fernando.

Fernando: Berhubung projek KLIA, adakah kamu ada berjumpa Tan Sri Basir? (Pengerusi MAB).

Ummi Hafilda: Berkenaan kontrak pengiklanan itu, saya ada bertemu dengan Tan Sri Basir di pejabatnya.

Fernando: Pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim Zainuddin dan kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik ?

Ummi Hafilda: Saya tidak bersetuju bahawa pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim.

Fernando: Adakah kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik?

Ummi Hafilda: Saya tidak ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik tetapi saya telah berjumpa dengannya di pejabat Tan Sri Basir.

Fernando: Apa maksud berjumpa Tan Sri Rahim di sana?

Ummi Hafilda: Saya tidak pergi bersamanya, tetapi saya berjumpa dengannya di sana.

Ketika ditanya apakah peranan Rahim dalam pertemuan di KLIA itu, Ummi Hafilda berkata Rahim tidak memainkan apa-apa peranan, selain bercerita hal-hal politik dengan Basir. -Berita Harian

Beranjak ke 10 tahun kemudian: Rahim dan Ummi sekali lagi muncul bersama – ‘secara kebetulan' untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar. Rahim menggunakan fitnah video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan sebelum diserah kepada polis.

Manakala Ummi memakai gincu di bibir dan membetulkan tudung yang sentiasa tergelincir dari kepalanya sebelum memaki hamun Anwar dengan ayat- ayat kesat lagi fitnah.

Adakah secara kebetulan ceramah- ceramah Ummi diperhebatkan, menggunakan wang ringgit dan tenaga kerja Umno manakala Rahim dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak setelah Anwar membuat laporan polis mengenai video lucah itu.

Adakah satu “kebetulan” atau disengajakan, Ketua Polis Negara menambah keaiban Anwar dengan mengesahkan video itu adalah tulen tetapi berdiam diri mengenai identiti pelakon dalam rakaman itu.

Nampaknya kilang mereka-cipta fitnah seks terhadap Anwar kini beroperasi mengikut waktu kerja kedai Seven Eleven – tidak tutup malah rancak mengitarkan pembohongan dan rekayasa.

Penampilan “secara kebetulan’ Ummi Hafilda dan Rahim dalam melaksanakan tanggungjawab “mempertahankan maruah orang Melayu” pastinya menimbulkan hanya kecurigaan dan kesangsian berasaskan rekod lampau mereka.

Persoalan yang tentunya timbul adalah kenapa dilakukan semua ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar? Apakah keperluan mengheret kewibawaan Umno, polis, badan kehakiman sekali lagi semata-mata untuk menjerat Anwar ?

Sebagaimana yang disedari oleh Mahathir pada tahun 1998, apabila mendalangi kejatuhan Anwar ketika itu, kepemimpinan Umno sekarang yakin Anwar tidak akan luntur dalam perjuangannya untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional.

Justeru dua pendekatan diambil untuk menghancurkan karisma Anwar dan sekali gus melemahkan cabaran Pakatan Rakyat supaya BN kembali menang selesa pada pilihanraya umum akan datang.

Satu, ialah menghumban kembali Ketua Pembangkang itu ke dalam penjara atas tuduhan liwat – seperti mana yang dilakukan di bawah pemerintahan Mahathir.

Namun, Umno kali ini tidak mahu pemenjaraan Anwar mengangkat martabatnya sebagai seorang “mujahid”, sebagaimana yang berlaku pada pusingan pertama.

Maka, atas kesedaran itu, kilang mereka-cipta fitnah terhadap Anwar memperhebatkan pengeluaran mereka – dalam bentuk maki hamun oleh Ummi Halfilda, Mohamad Ezam dan lain- lain serta video lucah Datuk T.

Segala petanda (seperti pengumuman Ketua Polis Negara mengenai “ketulenan” video lucah) menunjukkan asakan- asakan terhadap Ketua Pembangkang itu akan bertambah kuat pada hari- hari mendatang.

Yang jelas kepemimpinan Umno dan aparatus mereka termasuk akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain akan terus mengitar dan memberi ruang utama kepada sebarang fitnah melibatkan Anwar. Ini kerana kelangsungan politik Umno bergantung kepada kejayaannya memadamkan nama Anwar Ibrahim dari persada politik tanah air dengan apa cara sekali pun.

Dua "Wajah" PDRM



KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.

Kerajaan Negeri beri RM2.2 juta untuk sekolah agama rakyat

ALOR SETAR, 28 Mac 2011 – Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) berperanan menggabungkan sekolah-sekolah agama, tahfiz dan pondok yang tidak bernaung di bawah Jabatan Agama serta tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak.

Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri yang diadakan di tingkat 1, Hotel Regency Alor Setar, dihadiri kira-kira 300 orang mewakili 58 buah sekolah.

“Pada 2 April 2008 kita menubuhkan HESA dan pada 2 Jun 2010 kita mendaftarkan HESA sebagai NGO. Pada kali ni sebanyak 58 buah sekolah mendapat sumbangan yang terdiri dari 25 buah sekolah pondok dan 33 buah sekolah rendah dan menengah,” terang Pengerusi HESA, Ustaz Ahmad Yahaya.

Tambah beliau lagi, HESA telah menubuhkan Majlis Pengetua, Majlis Guru Besar, Majlis Guru Besar Tahfiz dan dalam perancangan Majlis Guru Besar Pondok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Majlis Hari Guru dan Temasya Sukan HESA. HESA juga merancang menerbitkan majalah mengenai sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok untuk hebahan kepada orang ramai.

Menyentuh mengenai bantuan kerajaan negeri kepada HESA, katanya, setakat ni Hesa menerima RM2.2 juta bantuan dari kerajaan negeri bermula pada tahun 2009 hingga 2011.

“Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri yang jelas menunjukkan keperihatinannya kepada pembangunan insan,” ujarnya.

Wakil dari Madrasah Nurul Hidayah, Tembak, Kuala ketil, Ustaz Mohd Lutfi Arifin berkata, sebelum ini sekolah mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan dari kerajaan. Tetapi kerajaan negeri sekarang memberi bantuan dan mengambil berat mengenai pendidikan Islam.

“Sekolah kami sudah tiga kali menerima bantuan kerajaan negeri dan hasil dari sumbangan itu kami gunakan untuk menambah keperluan asas di madrasah kami.

“Sebelum ini, kami tidak menerima sebarang bantuan. Kerajaan negeri sekarang sangat mengambil berat serta memberi galakan kepada sekolah-sekolah pondok untuk terus berkembang,” tambahnya.

Selain dari mengharapkan Pakatan Rakyat terus memerintah Kedah untuk pilihanraya akan datang, beliau juga mengharapkan sekolah-sekolah agama di Kedah akan terus berkembang seperti di Kelantan.

Sementara itu wakil dari Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah, Penghulu Elang, Kilang Lama, Kulim, Ustazah Fauziah Ismail mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengambil berat hal-hal berkaitan dengan sekolah-sekolah aliran agama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan yang diberikan. Selain kita gunakan untuk bonus kepada guru-guru, sumbangan tersebut telah membantu menyiapkan sebuah jambatan untuk kegunaan para pelajar,” katanya.

Bila ditanya apa pandangan beliau terhadap kerajaan negeri sekarang, beliau mengatakan bahawa kerajaan negeri sangat mementingkan soal-soal pembangunan insan dan menitik beratkan pendidikan Islam. Pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil dan Tahfiz Sains di Pulau Tuba jelas menunjukkan kerajaan negeri sangat perihatin kepada pendidikan Islam.

“Saya mengharapkan Pakatan Rakyat terus memerintah di Kedah dan sumbangan kepada sekolah agama rakyat ini diteruskan demi melancarkan perjalanan sekolah-sekolah tersebut,” ujarnya.

ISU MINYAK SAHAJA SUDAH CUKUP UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK sukar untuk membaca maksud yang tersirat seperti yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung kenaikan minyak petrol. Petikan Malaysiakini hari ini melaporkan, " Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

Apabila kita membaca kenyataan dari menteri berkenaan, kita sudah boleh merasakan akan berlaku sesuatu selepas pilihanraya negeri di Sarawak nanti. Menteri ini sibuk menasihati rakyat jangan terlalu bergantung kepada subsidi, tetapi yang mendapat subsidi paling banyak siapa? Menteri ini tidak menasihatkan syarikat-syarikat besar atau GLC yang kini terlalu mewah dengan subsidi kerajaan. Mengapa rakyat yang menteri ini sedar kebanyakannya hidup susah di`bebel'kan dengan subsidi?

Jika rakyat bijak dan cerdik, tiada sebab mereka mahu menolak tawaran dari PR jika memerintah Putrajaya hari ini, esok harga minyak turun. Memang pemimpin Umno akan mendakwa itu adalah janji-janji manis PR sahaja kerana pemimpin Umno ini amat takut mereka kehilangan kuasa. Jika mereka ada hujah atau fakta bahawa PR berbohong tentang janji tersebut atau janji-janji yang terdapat di dalam Buku Jingga, mengapa mereka takut untuk berdebat secara ilmiah?

Sebaliknya menteri ini bercakap seperti budak-budak hingusan yang mencabar agar negeri-negeri di bawah PR terlebih dahulu turunkan harga minyak. Ini bukan hujah, ini lawak jenaka yang memperbodohkan diri menteri itu sendiri. Kadangkala terliur kita melihat bagaimana negara-negara lain yang menjadi negara pengeluar minyak seperti negara kita, rakyatnya mewah menggunakan hasil bumi negara mereka sendiri. Di mana akal menteri kita yang berhujah bahawa harga minyak di negara kita lebih murah jika dibandingkan dengan Thailand dan Singapura. Adakah mereka anggap kesemua rakyat di negara ini seperti `katak di bawah tempurung'?

Bayangkan, jika kita memiliki dusun durian adakah kita mahu menjual durian kita dengan harga yang mahal kepada anak beranak atau kaum kerabat kita? Atau, kita akan berhujah bahawa orang lain menjual durian lebih mahal dari kita jual kepada anak beranak dan kaum kerabat kita? Durian gred bermutu, anak beranak dan kaum kerabat kita tidak boleh merasainya kerana kita menjual mahal. Durian yang tidak bermutu, pecah, busuk dan masam kita jamu kepada anak beranak dan kaum kerabat kita, itu pun dengan harga yang mereka berfikir dua tiga kali untuk membelinya. Jenis apa kita?

Pilihanraya Umum Ke 13 nanti satu lagi ujian buat rakyat. Adakah kita bersedia untuk terus diperbodohkan atau tidak. Pilihanraya Negeri Sarawak, saya tidak berani meramalkannya kerana budaya politik di negeri tersebut tidak tahu untuk saya memikirkannya. Apa yang saya tahu, Taib Mahmud serta keluarganya terus mewah dan kaya raya dan Taib sendiri mempunyai isteri muda yang baru./wfauzdin.blogspot.com

Ku Li : Mahathir Masih Diulit Mimpi Ngeri 1987

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menyaman Tun Mahathir Mohamad bersabit tuduhan beliau mengamalkan politik wang kerana faham mantan Perdana Menteri itu masih “kurang seronok” setelah hampir kalah pada pemilihan Umno tahun 1987.

“Saya dah buat penafian. Tapi ia bukan cara yang terbaik. Cara terbaik ialah failkan saman supaya dapat hapuskan apa yang tertulis di memoirnya tetapi saya tak merancang berbuat demikian buat masa ini," kata beliau dalam wawancara eksklusif terbitan TV Selangor semalam.

“Saya rasa ada perkara yang dia tak boleh lupa (bersabit pemilihan 1987). Yalah, lepas jadi Presiden dan Perdana Menteri enam tahun, dia cuma menang 43 undi sahaja. Malu.Barangkali kerana itu, dia rasa tak seronok,” tambah beliau.

Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, Mahathir mendakwa Tengku Razaleigh tidak menjadi Perdana Menteri kerana kurang bersabar.

Pemilihan Umno pada tahun 1987 menyaksikan Tengku Razaleigh dan beberapa tokoh lain termasuk Tun Musa Hitam mencabar Mahathir dan barisannya untuk kepimpinan Umno.

Dalam memoirnya Mahathir mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh mengamalkan politik wang untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu.

Dalam wawancara dengan TVSelangor, Tengku Razaleigh sekali lagi menolak tuduhan Mahathir itu sebagai fitnah semata-mata.

"Selepas saya dan rakan-rakan tawar khidmat untuk bertanding, dan dia (Mahathir) menang dengan sebanyak itu 43 undi sahaja. Langsung dia buat tuduhan saya guna duit. Demi Allah saya tak pernah guna duit bagi mana-mana perlawanan sama ada dalam pemilihan parti atau di luar pemilihan parti,” tegas beliau.

Razaleigh berkata, hakikatnya ialah beliau menerima pelbagai tekanan dan kekangan daripada pucuk pimpinan Umno ketika itu dalam membawa mesej untuk pembaharuan kepada perwakilan.

"Saya bukan nak lawan sesiapa, saya menawar khidmat sekiranya orang ramai perlukan khidmat saya. Pada perlawanan kali pertama, saya dengan Tun Musa (Hitam) (dilayan) agak tidak adil. Saya tak dibenar bertemu orang ramai dan hadir di majlis tertentu walhal lawan saya diizin. Sebab itu bila saya tidak menang kali pertama, kawan dan penasihat suruh lawan sekali lagi,” kata beliau.

Razaleigh berkata, memoir Tun Mahathir jelas berat sebelah dan hanya dari sudut pandangan yang terhad.

"Saya rasa memoir itu berat sebelah kerana hanya dengar cerita dia sahaja. Kerana dia yang tulis buku jadi ikut sedap dialah, dia tulis apa yang nak ditulis,” kata beliau.

Lelaki Lahir Tahun 1880 Masih Dalam Daftar Pengundi SPR

SIBU 2 APRIL : Walaupun dilahirkan pada tahun 1880 dan sudah lama meninggal dunia, Mohamad Mahli Sulong masih dalam senarai daftar pengundi untuk pilihanraya negeri Sarawak bulan ini, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Sibu Election Watchers (SEW) berkata kes Mohamad Mahli adalah contoh terbaru untuk membuktikan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya masih belum dikemaskini.

Jurucakap SEW, Wong Meng Chuo berkata Mohamad Mahli disenaraikan sebagai pengundi untuk N49 Nangka dan tempat mengundi beliau adalah SK Perbandaran Sibu No. 3 at Jalan Bandong.

Pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu, SEW mengesan 208 pengundi yang dilahirkan lebih seratus tahun lalu namun masih dalam daftar pengundi SPR, akhbar The Star melaporkan.

Justeru, SEW menolak jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa daftar pengundi SPR sudah “dibersihkan.”

“Kita kesal kerana SPR masih belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Kami percaya daftar pengundi yang bersih amat penting untuk memastikan pilihanraya berjalan secara adil dan bebas,” tambah beliau.