Halang ceramah: Tindakan polis dikecam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.

Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

"Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.

Fitnah Video Lucah : Polis Siasat Tempat Kejadian



KUALA LUMPUR 24 MAC : Polis hari ini memeriksa bilik sebuah hotel yang didakwa diguna untuk merakamkan sebuah video seks fitnah yang cuba dikaitkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun tiga individu yang mengakui mendalangi penayangan video itu di sebuah hotel lima bintang Isnin lalu, tidak ditangkap kerana bukti belum mencukupi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di hotel itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Tan Sri Ismail berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.

Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

Ditanya sebab ketiga-tiga Datuk T yang mendedahkan video fitnah itu tidak di tahan walaupun menayangkannya di khalayak ramai, Ismail menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya.

~tvs~

Cerita di belakang kegagalan video seks?



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Di tengah-tengah kepanasan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada seorang yang sangat kreatif membuat lawak cerita belakang tabir kisah ini.

Video klip 3 minit 53 saat ini bakal menjadi antara video yang popular dalam Youtube.

Ia telah naikkan oleh seorang pengubahsuai video, Suaremerdeka, berdasarkan sebuah cerita zaman Jerman dijangka menjelang perang dunia kedua dahulu.

Ia mengisahkan bagaimana seorang pemimpin yang mereka panggil 'Datuk Seri' marah-marah ekoran kegagalan video seks terbaru yang didedahkan oleh Trio Umno.

Video hasilkan semangat baru untuk Anwar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno nampaknya memberikan semangat baru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini.

Video ini juga telah berjaya mengumpulkan kembali sahabat-sahabat dan penyokong beliau walaupun sebelum ini dilihat ada yang cuba menjauhi beliau.

Pendekata, projek Trio Umno ini telah 'backfire' kepada Umno dan memberikan sokongan moral yang kuat untuk Anwar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Tidak Mustahil Malaysia Jejak Kebangkitan Rakyat Arab, Jika Demokrasi Terus Diperlekeh

KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengajaran paling penting yang didapati dari fenomena gelombang kebangkitan rakyat Arab ialah jaminan mengenai kestabilan politik yang selari dengan demokrasi dan kebebasan sesebuah negara.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyatakan betapa rakyat Malaysia khususnya anak muda menginginkan kestabilan politik namun kerap dicabuli oleh pemerintah Kerajaan Pusat Umno Barisan Nasioal.

Beliau turut menjawab amaran Perdana Menteeri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kepada gagasan Pakatan Rakyat agar tidak menghasut rakyat bangkit menentang pemerintah mereka.

"Hakikatnya paling penting adalah kestabilan politik. Ini yang harus ada jaminan. Pengajaran yang didapati dari Arab apa dia? Kestabilan politik demokrasi dan kebebasan perlu berlaku selari. Najib dan Muhyiddin beri amaran kepada semua pihak pembangkang jangan hasut rakyat bangkit seperti di Arab. Prasyarat nak jadi seperti Arab dan rakyat bangkit bukan kita. Prasyaratnya ialah rejim," tegas Badrul.

Konsirasi ke- 2 : Pihak Pendakwaan Tawar Najib Dan Rosmah Sebagai Saksi



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan dalam kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut mengisi senarai nama saksi pendakwaan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim mahkamah tinggi kuala lumpur, Zabidin Mohd Diah sebelum ini menolak permohonan peguambela Karpal Singh untuk mempertimbangkan semula keputusan menerima tiga barang yang diperolehi dari lokap D9 Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur sebagai bahan bukti.

Sehubungan itu pihak pendakwaraya memanggil semula bekas ketua forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Supritenden Amidon Adnan dan ahli kimia, Nor Aidora Saedon untuk menandakan barangan tersebut sebagai bahan bukti pendakwaan.

Tiga barangan tersebut adalah sehelai tuala muka 'good Morning, berus gigi dan botol air mineral.

Semua barangan ini diperolehi daripada sel Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

~tvs~

Pelajar dapat semua A SPM bertambah di Kedah

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 23 Mac – Seramai 31,215 orang calon dari sekolah kerajaan di negeri Kedah telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Menurut Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Haji Abdullah Saad, seramai 451 atau 1.44 peratus calon telah berjaya memperolehi Gred Cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dan bertambah sebanyak 43 orang dari 408 pada tahun 2009.

“Peratus pencapaian SPM 2010 negeri Kedah ialah 49 peratus meningkat sebanyak 2.91 peratus daripada 46.09 peratus pada tahun 2009,” katanya.

Beliau menjelaskan, sebanyak tiga buah sekolah telah berjaya mencatat kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu dan SM Sultan Abdul Halim.

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar



SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

Tuan Ibrahim tiada hasrat tanding Timbalan Presiden

Harakahdaily

TEMERLOH, 24 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini.

Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan.

“Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti.

“PAS perlu bangkit sebagai parti berwibawa dalam persaingan keyakinan rakyat dan masa depan yang hebat,” ujarnya.

Saifuddin Beri Bukti Pimpinan Umno Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar



SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.

(VIDEO) Pengakuan mangsa saman ekor

Video Lucah : Penglibatan RTC Serlahkan Pembabitan Najib



PETALING JAYA 23 MAC : Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik, pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman serta ahli perniagaan Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa pada Isnin lalu.

“Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda. Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim. Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit beliau,” kata Saifuddin.

Eskay: 'Saya dalam video itu'

"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Ahmad Bashah 'terlondeh' di kubu sendiri

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 22 Mac: Imej Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi apabila dilondehkan di kubu kuatnya sendiri.

Hasrat pemimpin nombor satu Umno Kedah menampilkan watak utama konspirasi 1998, Umi Hafilda Ali dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi terpaksa dibatalkan ekoran desakan kuat mereka yang muak dengan fitnah dan pembohongan wanita itu.

Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka yang berkumpul kebanyakannya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Umno memperlakukan sewenangnya dewan orang ramai seperti harta mereka sendiri.

Najib, Rahim Thamby Chik Dan Ahli Perniagaan Eskay Terbabit Dalam Fitnah Video Lucah

PETALING JAYA 23 MAC : Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim.

Manakala Perdana Menteri member persetujuan kepada Rahim untuk “membeli” ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.

Fitnah 2 : Mahkamah Putus Terima Tiga Barang Bukti Yang Ditolak

KUALA LUMPUR 23 Mac – Perbicaraan Fitnah 2 yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa tiga barangan yang dikemukakan sebelum ini boleh diterima sebagai bukti yang sekaligus mengubah keputusan sebelum ini pada perbicaraan dalam perbicaraan yang menolaknya diterima sebagai bukti.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden meminta dua saksi pendakwaan – ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Azmin sedia berhadap dengan Umi Hafilda demi kebenaran.wmv

Penduduk Taman Wira bersyukur perpecahan dapat dielakkan

ALOR SETAR, 22 Mac – Penduduk Taman Wira Mergong khususnya yang tinggal di Blok B bersyukur kerana pihak polis membatalkan program ceramah yang bertujuan mengaibkan seorang pemimpin politik dalam negara.

Ceramah anjuran sebuah parti politik itu dijadual diadakan di Dewan Orang Ramai Blok B, iaitu premis milik Kerajaan Negeri Kedah. Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Blok B, Taman Wira, Encik Abd Ghani Mustafa yang mewakili penduduk di situ telah membuat laporan polis terhadap program tersebut, sehari sebelum program diadakan. Beliau menyifatkan penganjuran program seperti itu boleh mengganggu ketenteraman awam, terutamanya para penduduk di situ yang selama ini hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Berikutan itu, beberapa jam sebelum ceramah dijadualkan berlangsung, para penduduk Taman Wira Mergong telah keluar beramai-ramai untuk membuat bantahan secara aman. Polis yang tiba sejurus selepas bantahan itu dibuat mengumumkan bahawa ceramah dibatalkan. Rata-rata penduduk yang ditemui bersyukur kerana dengan pembatalan tersebut maka perpecahan antara penduduk dapat dielakkan.

Harga getah turun hingga 48 peratus

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.

Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.

Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.

Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.

"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.

Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.

Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.

Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.

"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.

"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.

"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.

~harakahdaily~

Ucapan MB Kedah Di Himpunan Belia Sejahtera 2011


Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?

KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku “50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri” dalam beg cenderamata perhimpunan.

Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.

Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.

Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.

Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk “T” menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.

Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.

Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.

Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal “kegayatan dan naluri politiknya” untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.

Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!

Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa “belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?”

Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.

Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina. Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.

Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.

Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.

Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.

Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.

Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.

~tvs~

Kembalikan harta kerajaan kepada rakyat

ALOR SETAR, 13 Mac - Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara jujur memberitahu bahawa kedatangannya ke Kedah ialah untuk memberitahu bagaimana pemerintahan sekarang telah membawa harta-harta kerajaan kembali kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ijok berkata, Selangor terlalu berharga bagi Kerajaan Pusat kerana lebih 25 peratus keluaran negara Malaysia adalah datang dari Selangor.

“Sebab itu mereka giat berusaha menawan Selangor. Itu cabaran bagi saya untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa kita akan tadbir Selangor dengan lebih baik daripada mereka. Kita akan buktikan. Saya bukan kira ikut tahun tetapi ikut hari dan sekarang lebih 1,000 hari menjadi Menteri Besar Selangor. Setiap hari saya nyatakan perubahan itu kepada rakyat yang memilih saya,” katanya pada Forum Kemasyarakatan anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah sempena sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera.

Menurutnya tanggungjawab kerajaan sekarang ialah menentukan setiap hasil negeri itu dapat salurkan kepada rakyat dan ini bukan slogan tetapi program merakyatkan ekonomi Selangor.

Berikutan itu dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan untuk program ini bagi rakyat luar Bandar dan dalam Bandar.

“Benar, pendapatan negeri benar agak mewah dibanding negeri lain tetapi adakah kemewahan ini disalur kepada rakyat. Bagaimana kemewahan ini dapat dirasai rakyat. Ini terpulang kepada cara perbelanjaan dan salah satu cara ialah kita isytiharkan air percuma kepada rakyat.

“Bukan boros dan bukan nak beri orang dapat air percuma tapi ini hak mereka. Air hak asas menentukan kehidupan. Air hak negeri. Haknya cukup untuk digunakan dalam satu keluarga kira-kira 20 meter padu kita berikan air percuma tetapi bagi mereka mempunyai kolam renang atau membasuh kereta yang banyak, buang air tak tentu arah dia kena bayar. Lebih 20 meter padu dikenakan bayaran bertingkat. Lagi banyak lagi mahal,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan menjaga hak asas rakyat seperti air namun sekiranya disalahguna ianya akan dikenakan bayaran pada harga yang ditetapkan.

Namun beliau menafikan tuduhan yang kerajaan Selangor tidak ada duit. Untuk itu dalam perbincangan telah ditunjukkan bukti Kerajaan dahulu tidak menjaga harta rakyat dengan baik.

Katanya, air mula diswastakan sebelum tahun 2004 yang membenarkan Syarikat Air Selangor (Syabas) mengutip hasil jualan air tetapi kutipan itu tidak menyebut milikan-milikan kerajaan adalah milik rakyat dalam bentuk paip, loji-loji, rumah pam yang semuanya diserahkan kepada Syabas dengan dikecualikan bayaran kepada Kerajaan Negeri.

“Bayangkan dalam kiraan mereka harta negeri ialah 1,000 juta sahaja bila saya buat kajian, periksa setiap harta itu sekarang kita isytiharkan harta air milikan Kerajaan Negeri lebih 10 ribu juta ringgit dan Selangor dapat harta baru.

“Bayang kalau kita dapat 2 peratus untuk air percuma sekurang-kurangnya ada 120 juta. Jadi kekal rakyat Selangor dapat air percuma. Ini contoh kita ingatkan kepada pemerintah dahulu yang mereka tak buat bukan kerana mereka tak tau tapi nak buat. Atau sengaja buat cara tak betul,” katanya.

MiLo SuaM - Hebat! Bukti Anwar lakukan seks sambil berFacebook!

Akbar arus perdana berbahasa Inggeris The Star, mendedahkan bahawa tarikh video yang didakwa rakaman seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina dirakamkan pada 21 Febuari 2011, dengan time stamp tertera antara pukul 10:23 PM dan 10:45 PM [TheStar].


Ini bermakna jika Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya [FB Anwar]. Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah di dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.


Malah pada malam kejadian rakaman video itu, Twitter Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau sedang aktif mengemaskini dan melayan soalan-soalan daripada pengikut-pengikut di Twitter [TwitterAnwar].


Di bawah ini screenshot saat Anwar sedang melayani soalan pengikutnya di Twitter beliau [TwitterAnwar].

Maka untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar melakukan seks dengan pelacur cina tersebut, video rakaman adengan seks itu seharusnya merakam juga aksi Anwar melakukan seks sambil tangannya menaip laptop atau blackberry atau apa-apa peranti elektronik lain yang membolehkannya mengemaskini akaun facebooknya.

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi bersusah payah nak timbulkan persepsi bahawa Anwar Ibrahim seorang yang ketagih dubur lelaki, seorang yang pantang nampak lelaki jambu. Tapi kali ini mereka bersusah payah pula nak buktikan Anwar sebagai suka melanggan pelacur.

ReJaM© "Nampaknya pereka konspirasi video ini, tak cukup bijak mencipta waktu Anwar melakukan hubungan seks he he he..."


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/hebat-bukti-anwar-lakukan-seks-sambil.html#ixzz1HID6Sm19

Tiga tahun masih digelar ‘kerajaan pembangkang’

ALOR SETAR, 13 Mac - “Sampai sekarang kita masih dianggap sebagai kerajaan pembangkang walaupun telah tiga tahun kita memerintah. Mereka masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mandat yang kita pegang sekarang adalah keputusan rakyat,” kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah pada program Pidato Kemasyarakatan sempena Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Dua lagi ahli pemidato ialah Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Marang YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut YB Dato’ Ir Amiruddin, sepanjang tempoh itu ada wakil rakyat yang jangka hayatnya pendek kerana dibeli dan lompat. “Ini tidak ‘gentleman’ kerana rakyat buat keputusaan tetapi dia ingat kerusi dia punya,” ujarnya.

Katanya, kerajaan sedang berusaha merealisasikanslogan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ dengan meningkatkan kebajikan kepada semua lapisan rakyat termasuklah kanak-kanak, belia dan warga emas.

“Apabila memegang tampok pemerintahan perkara awal yang dilakukan ialah memenuhi janji ketika pilihanraya dahulu iaitu menurunkan cukai tanah.

“Langkah yang diambil kerajaan bertujuan meringankan beban rakyat sebagai pembayar cukai walaupun kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM50 juta,” katanya.

Atas dasar ketelusan dan tidak ada tender ‘bawah meja’ dalam mentadbir kewangan negeri Kedah, kehilangan hasil itu berganti apabila hasil balak meningkat daripada RM 35 juta tahun 2008 berbanding hanya RM8 juta pada 2007 dan melonjak naik ke RM35 juta pada tahun 2010.

Malah, katanya, hasil keseluruhan meningkat kepada 17.32 peratus berbanding 2009 dan defisit yang dianggarkan dalam Bajet 2010 dapat diatasi.

“Hasil ini telah diagih-agihkan kepada rakyat menerusi pelbagai program termasuklah Skim Kafalah dan perkara asas yang sedang diusahakan kerajaan ialah membina rumah mampu milik supaya semua rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

“Selain itu bidang pendidikan dan pembangunan insan diberi penekanan di peringkat sekolah iaitu program Kem Anak Soleh, Bina Insan dan Bina Sahsiah diadakan setiap tahun pada musim cuti sekolah bagi mebina generasi masa depan yang berwibawa dan berkerampilan di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Katanya, satu-satunya universiti milik kerajaan Negeri Kedah ialah Kolej Universiti Insaniah yang permintaan pelajar meningkat dari tahun ke tahun sehingga kampus yang ada tidak mampu menampung pelajar yang bertambah.

“Oleh itu kampus baru bernilai RM330 juta dibina di Kuala Ketil atas tanah seluas 530 ekar akan siap menjelang 2012,” ujarnya.

~wartakedah~

Menteri Besar tuai hasil pertama nanas Kedah Agro

BUKIT KAYU HITAM – Sebagai simbolik terhadap hasrat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur beliau turun padang untuk menuai sendiri hasil pertama tanaman nanas ladang Kedah Agro di Laka Temin.

Kedah Agro melalui anak syarikatnya, Kedah Agro Cashcrop Sdn Bhd telah membangunkan ladang nanas yang berkeluasan 50 ekar disewa daripada Syarikat Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd telah ditanam dengan 650,000 batang sulur sejak April 2010.

Hasil daripada kejayaan tersebut telah menarik minat seorang pemilik tanah berhampiran untuk turut serta mengusahakan tanaman nanas. Beliau memberi sewa 50 ekar kepada Kedah Agro Cashcrop. Kini, keluasan tanaman telah mencecah 100 ekar.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan turut menyaksikan perjanjian usahasama yang ditandatangani antara Kedah Agro Cashcrop dengan syarikat pengeksport hasil pertanian, Tropical Precious Sdn Bhd.

Menerusi perjanjian, hasil tanaman Kedah Agro akan dipasarkan oleh Tropical Precious untuk pasaran antarabangsa, iaitu ke China, Dubai, Taiwan dan Hong Kong.

Seminggu sebelum itu, YAB Dato’ Seri turut melakukan lawatan kerja ke projek tanaman nanas di Kampung Sungai Batu Pahat, Merbok. Projek ini diusahakan oleh seorang usahawan dibawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Selain itu, Kedah Agro juga sedang giat mengusahakan tanah seluas 800 ekar di Bukit Tangga yang ditanam dengan nanas seluas 200 ekar dan selebihnya ditanam dengan tanaman kontan lain seperti betik dan pisang. Projek ini sudah dimulakan sejak Februari lalu.

~warta kedah~

Saifuddin - Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar



PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.

Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.

Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.

Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.

Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.

Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.

Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi esok.

~tvselangor~

Syukur, tiada pemimpin disabitkan rasuah di Kedah

ALOR SETAR – “Bersyukur kepada Allah, bukan sahaja berjaya bertahan memerintah selama tiga tahun dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan, yang terpenting ialah kita berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih tidak ada seorang pun bersama kita yang boleh disabitkan dengan kesalahan rasuah.”

Ahli Parlimen Marang YB Dato’ Haji Hadi Awang berkata demikian pada Forum Kemasyarakatan sempena sambutan Tiga Tahun Kedah Sejehtera di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan yang bersih telah ditunjukkan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tidak boleh ditumbangkan dengan kesalahan rasuah.

“Pemerintahan berdasar ajaran Islam, bersih dari amalan rasuah dan kita menyatakan bahawa tidak ada pemisah agama dan politik kerana Islam mengajar politik sebahagian agama yang ada perhitungan dosa dan pahala.

“Bukan sahaja membabitkan ibadah dalam perkara halal dan haram yang banyak difahami oleh kebanyakan umat Islam tetapi perhitungan dosa dan pahala termasuk dalam cara hidup sebahagian amalan politik yang menjadi sebahagian ajaran Islam,” katanya.

Beliau mengingatkan, manusia tidak boleh menentukan ahli syurga dan neraka kerana yang menentukan hal itu hanya Allah.

“Ini termasuklah Nabi-nabi dan Rasul-rasul tidak boleh menentukan hukuman terhadap seseorang itu pada hari kiamat cuma boleh diajar ditunjuk oleh Allah dan menjadi kewajipan manusia menyampaikan tunjuk ajar itu dan mereka yang selamat hanya yang mentaati Allah dan Rasul,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, peranan Nabi Muhammad bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, zakat dan haji malah baginda menunjukkan contoh mentadbir negara dengan betul dan adil kerana ada perhitungan dosa dan pahala.

“Dan apa yang menjadi pengajaran besar dan menarik apabila Rasulullah mendirikan kerajaan Islam di Madinah, rakyat Madinah ketika itu terdiri daripada Islam dan bukan Islam, kalangan Yahudi Bani Qainuqak, Bani Nazir dan Bani Khuraizah. Ada yang beragama Kristian Najran diikuti orang-orang Musyrikin yang belum lagi beragama. Bahkan ahli sejarah menyatakn bahawa di zaman awal negeri Madinah itu orang-orang Islam ialah golongan minoriti bukan Islam lebih besar dan ramai jumlahnya,

“Bahkan ini yang berlaku apabila Islam masuk ke Mesir, Iran, Sham dan negeri-negeri utara Afrika, India dan lain-lain. Spain telah Islam lebih awal dan golongan yang sedikit di negeri itu telah dizalimi oleh pemimpin mereka. Oleh itu mereka telah mengalu-ngalukan pemerintahan Islam yang adil lagi baik dan lebih rela berada di bawah pemerintahan orang Islam daripada pemimpin bangsa mereka sendiri yang zalim,” katanya.

Beliau menegaskan pemerintahan empat negeri ini memperkenalkan ajaran Islam dan menjadikan politik sebagai sebahagian daripada ajarannya dalam masa yang sama mengajar orang Islam mengamalkan politik Islam.

Dalam kehidupan Melayu Islam ada siasi atau fekah politik yang kebanyakan orang Islam hanya mengenali fekah sembahyang, puasa, zakat dan haji termasuklah muamalat yang berkait dengan jual beli.

“Ramai yang belum membaca fekah politik yang ada dalam ajaran Islam yang memperkenal amalan tahalufsiasi. Walaupun dengan tahalufsiasi kita ada dasar dan prinsip kita dalam perkara halal dan haram, namun kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam dalam perkara diharamkan oleh ugama kita dan ugama dia kita tidak boleh paksa mereka. Sebagaimana kita tak boleh paksa mereka menganut agama kita,” katanya di hadapan ribuan penonton di Stadium Darulaman.

Beliau merasakan umat Islam sendiri tidak faham dan telah meninggalkan ajaran ini dalam politik sebagai tali yang mengikat ajaran Islam telah dirungkai dan dirombak.

“Apabila dirombak atau dirungkai ajaran berkait hukum dan pemerintahan orang-orang Islam akan berselerak dan simpulan ajaran Islam ialah sembahyang. Hari ini ajaran berkait dengan pemerintah politik Islam diabaikan dan masyarakat Islam jadi hanyut.

“Penjajah sudah lama pergi tapi orang Islam hilang jati diri dan kekuatan dalam amalan politik yang diamalkan pemimpin Islam dalam negara Islam termasuklah di Malaysia ini yang masih mengamalkan politik zaman penjajah, maka oleh itu kita mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan kefahaman orang Islam kepada politik Islam yang sebenar,” katanya.

Rakyat kini faham projek-projek dan pembangunan yang dilaksanakan namun ada rakyat yang tidak faham ia adalah adat kepada sesiapa yang memerintah tidak kiralah dari parti komunis sekalipun. Malah Yahudi Israel membangun kemudahan untuk rakyatnya tetapi yang perlu difahami ialah menunaikan amanah rakyat ialah menguruskan harta rakyat dengan betul.

~wartakedah~

Libya Diserang Lagi, Gaddafi Umum Gencatan Senjata



TRIPOLI 21 MAC : Tentera perikatan meneruskan kempen serangan buat kali kedua semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia) ke atas Libya manakala negara utara Afrika itu pula sekali lagi mengisytiharkan gencatan senjata.

Libya juga berbuat demikian kelmarin tetapi Barat melancarkan serangan selepas mendakwa pendirian itu telah dilanggar oleh Muammar Gaddafi.

Serangan hari kedua ini termasuk ke atas ibu negara Libya sendiri.

Seorang jurucakap tentera mengumumkan pendirian Muammar itu, yang dipercayai berkuat kuasa mulai pukul 9 malam waktu Libya (3 pagi tadi waktu Malaysia).

“Angkatan tentera Libya... mengeluarkan arahan kepada semua unit tentera agar mengadakan gencatan senjata bermula 9 malam,” kata jurucakap tentera itu.

Pengumuman itu muncul kira-kira 24 jam selepas pasukan tentera perikatan - Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - menyasarkan tindakan mereka untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang diluluskan minggu lepas.

Dua negara lain dalam perikatan itu ialah Kanada dan Itali.

Bagaimanapun pada sidang media di Washington (awal pagi ini waktu Malaysia), Pentagon berkata pihaknya mempersoalkan kesemua kenyataan yang datang daripada Muammar termasuk dakwaan bahawa ia akan melaksanakan gencatan senjata.

Lebih 60 orang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas Libya, kata media kerajaan negara itu.

Semalam, Muammar berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya.

Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan semalam, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya.

“Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh),” kata beliau.

Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu.

Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa “dalam beberapa jam akan datang” tetapi tidak memberikan butiran.

Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu dan ramai melihat negara itu kini berhadapan dengan perang saudara.

Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara.

“Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000,” kata jurucakap puak pemberontak, Abdel Hafiz Ghoga. - Reuters

Video Seks- Bahan Reka Cipta Untuk Aibkan Anwar, Kata PAS

KUALA LUMPUR 21 MAC : Bibit-bibit pertama bahawa video seks yang menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim direka cipta semakin menyerlah selepas lebih ramai wartawan menyaksikan video itu menjelang petang ini.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklum balas bahawa orang yang ditayangkan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita mempunyai perut “buncit’ yang bukan iras Anwar.

"Ini ada kaitan dengan unsur-unsur politik yang disebut oleh ramai wartawan tadi bahawa video itu menunjukkan muka Datuk Seri Anwar tetapi bahawa video perutnya, perut buncit….perut saya lebih buncit dari perut Datuk Seri Anwar ," kata Mahfuz.

Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita,” kata Mahfuz .

“Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

“Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah,” tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.

“Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam.”kata Mahfuz.

“ Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.

Mahfuz membayangkan Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah Umno dalam usaha parti pemerintah itu memulihkan sokongan daripada pengundi Melayu.

“Saya rasa bahawa ini sesuatu yang malanglah …. di mana Umno merasai kedudukan mereka yang sangat tergugat dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman kepada politik mereka hingga sampai ke satu peringkat di mana mereka sanggup melakukan sebegitu rupa," kata Mahfuz.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, media dan masyarakat tidak perlu membuang masa untuk membuat pelbagai telahan mengenai video yang tidak diketahui kesahihannya itu.

" Kita tidak tahu siapa yang mendedahkan video ini dan dari mana ia datang? Adakah kita patut membuang masa kita untuk video-video yang kita tidak tahu sumbernya. Kalau pun kita tahu siapa sumber itu, adakah kita tahu ia benar atau tidak?," soal beliau.

Saifuddin : Video Seks Serangan Peribadi Didalangi Oleh UMNO



SHAH ALAM : Seorang pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur menafikan fitnah itu dan akan memberi kenyataan penuh dalam masa terdekat.

“Beliau menafikan semua ini dan akan menjawab secara lebih terperinci dalam masa terdekat,” kata seorang pegawai kepada pemimpin berkenaan kepada TV Selangor.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata video itu didalangi oleh Umno untuk mencuba sekali lagi membunuh karier politik pemimpin terbabit.

" Yang pertama ini menunjukkan bagaimana terdesaknya Umno-Barisan Nasional selepas 12 tahun gagal untuk membunuh karier politik beliau. Mereka mencuba pelbagai cara dan ini kemuncak kepada tindakan terdesak mereka,” katanya.

Setakat ini tidak ada media yang menamakan pemimpin berkenaan setelah wartawan dari pada organisasi berita tertentu dibawa menyaksikan video kira-kira 21 minit yang didakwa diambil di sebuah hotel yang menawarkan khidmat spa di ibu negara.

Saifuddin menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada kepincangan Barisan Nasional khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi.

"Pendedahan fitnah ini dibuat menjelang pilihanraya Sarawak.Yang jelas ini untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan isu rasuah Taib Mahmud yang akan menyebabkab Barisan Nasional kehilangan sokongan,:” kata Saifuddin.

" Parti Keadilan tidak langsung terjejas biarpun pendedahan ini dibuat kerana kita yakin rakyat dapat membaca dan menilai dengan baik,” tambah beliau.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata mereka yang mendalangi klip video “mencerminkan tindakan terdesak untuk melakukan serangan peribadi.”

“ Taktik yang sama dilakukan seperti dulu dengan kes fitnah pertama," beliau memberitahu TVSelangor.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara.

Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T mendakwa beliau mahu pihak media menonton video klip itu dan memberikan pemimpin berkenaan seminggu untuk meletak jawatan, jika tidak mahu klip video itu dihebahkan kepada orang ramai.

Beliau mendakwa pemimpin berkenaan yang dikenali oleh segenap pelosok masyarakat, telah melawat sebuah hotel yang menawarkan khidmat spa dan dilayan oleh seorang wanita.

Rakaman yang dipertontonkan kepada ahli media diambil daripada beberapa sudut.

Sebelum membenarkan wartawan menonton video itu, Datuk T mewajibkan mereka menyerahkan semua alat- alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik untuk menonton video itu.

Rakaman Aksi Seks Pemimpin Utama Pembangkang?

KUALA LUMPUR 21 MAC : Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.-Malaysiakini

Dewan Undangan Negeri Sarawak Dibubar

KUCHING 21 MAC : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan.

Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di sini hari ini.

Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang esok.

"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.

Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Pada Sabtu lepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan DUN Sarawak dibubar pada hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini. Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006.-BERNAMA

Najib 'Lewat' Tiga tahun Menawarkan Sampel DNAnya

Oleh : Wira Arjuna

Apakah kuasa atau ‘maruah’ yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Ketua Pembangkang untuk menyerahkan DNA beliau dalam kes liwat fitnah 2.

Berucap di Kuching semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya.

Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jelas menunjukkan Najib bukan sahaja mengenali model Mongolia itu tetapi dikatakan mengadakan hubungan seks dengannya.

Rasanya tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib kepada Abdul Razak Baginda (penasihat Najib) dan pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.

Ketika perbicaraan itu, bukan sahaja Najib tidak memberikan DNAnya, beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada Ketua Pembangkang.

Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!.

Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?

Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari ‘perangkap” yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah.

Apa pun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998.

Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini, Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar.

Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar.

Najib tahu semua ini, Beliau juga maklum mengenai “ketelusan” proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Berbekal semua “pengetahuan dan maklumat itu” Najib tetap “yakin”’ pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.

Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal.

Perbicaraan turut memperlihatkan “ketakutan’ doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful.

Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu .

Bayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.

Najib tahu semua ini --- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya?

Jawapannya mudah --- kerana Perdana Menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim.

~tv selangor~

MKK diseru contohi Saidina Umar Al-Khattab

ALOR SETAR, 16 Mac 2011 – Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) diseru mencontohi Saidina Omar Al-Khatab yang sanggup bersusah payah berjalan di waktu malam untuk melihat sendiri masalah rakyatnya.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak dalam ucapan perasmiannya di Majlis Penyampaian Sijil Tauliah Ketua Kampung/Komuniti Negeri Kedah sesi 2010-2012 berkata, MKK merupakan agen penting dan menjadi mata telinga kerajaan negeri. MKK perlu peka kepada hal-ehwal masyarakat kampung dan perlu melapor kepada pejabat penghulu atau daerah untuk tindakan.

“MKK lebih tahu apa yang berlaku di dalam kampung masing-masing. MKK merupakan agen kerajaan dan jagalah masyarakat kampung masing-masing dari rosak binasa dalam apa bentuk sekali pun,” tegas beliau.

Katanya lagi, MKK perlu menyegerakan peluang-peluang yang telah buat oleh kerajaan seperti bantuan wang saku pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bantuan bulan Ramadhan kepada guru-guru agama dan bidan-bidan. MKK perlu pastikan sasaran yang layak menerima bantuan tersebut dengan segera.

“MKK perlu faham akan tanggungjawab masing-masing dan jadikan ianya satu amanah yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

“Ambil contoh peranan skru tayar kereta, walau pun kecil tapi sekiranya ia tidak dipasang dengan elok dan kemas, tayar kereta tidak boleh berpusing dengan baik. Elaun bukan nilaian tapi kebanggaan memerintah dengan adil perlu ada di hati setiap kita,” ujarnya.

Menurut Dato’ Seri lagi, institusi MKK akan diperkasakan agar perlaksanaan menjadi lebih tersusun dan baik. MKK perlu bertindak segera terutama berkaitan kebajikan rakyat sesuai dengan kehendak Islam agar urusan kebajikan disegerakan.

“Skim Kafalah yang diperuntukkan sebanyak RM3.5 juta merupakan kebajikan kepada rakyat tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana menurut laporan yang diterima masih ada MKK yang tidak menyerahkannya,” kata beliau.


Dalam ucapannya juga, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur. Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada program pertanian dan melaksanakannya dengan cara yang lebih moden.

“Saya nak minta MKK mengambil peranan dalam hal ini. Ajak orang-orang kampung buat pertanian. Pastikan tanah-tanah terbiar dijadikan projek pertanian,” tambah beliau lagi.

Menurutnya, seluas seratus empat puluh ekar tanaman nenas telah dijalankan di Lata Temin di bawah Kedah AGRO. Satu hektar boleh menghasilkan lapan puluh lima ribu pokok nenas dan menghasilkan keuntungan bersih RM45 ribu setahun. Pada bulan April, seluas tujuh ratus ekar akan ditanam dengan nenas, betik, pisang dan limau.

“Kita akan proses hasil pertanian orang-orang kampung. Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) akan bina kilang mengetin bahan makanan dan memproses hasil pertanian. Kilang dan pusat pengumpulan tersebut akan dibina di Sungai Petani. Contohnya, rambutan kita akan tinkan seperti laici. Nenas juga kita akan tinkan samada dalam bentuk ‘slices’ atau kiub,” ujarnya.

Menteri besar itu berharap MKK dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah demi kebajikan masyarakat kampung.

Kira-kira tiga ribu orang MKK menghadiri Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah.

Singkir BN Demi Kesejahteraan Masyarakat Pribumi Sarawak



KUCHING 20 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan sudah sampai masanya rakyat Sarawak berubah bagi menjamin keadilan terhadap kaum Penan yang sentiasa berdepan pelbagai 'ancaman' yang dihalalkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menterinya Tan Sri Taib Mahmud.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sarawak Baru Bian menyifatkan, kerajaan Taib tidak pernah membantu masalah rakyat pribumi Sarawak sebaliknya bersekongkol dengan pihak berkuasa dan kroni demi kepentingan masing-masing.

"Dalam isu mengenai kes penganiyaan seks terhadap wanita Penan, kerajaan negeri tidak mengambil langkah proaktif tapi tidak menganggap serius malah sehingga ke tahap menyalahkan mangsa. Pihak polis juga tidak menjalankan tanggungjawab. Sepatutnya mereka buat siasatan sebelum keluarkan kenyataan tapi mereka keluarkan kenyataan terlebih dahulu," kata beliau dalam majlis penyampaian kenderaan kepada Masyarakat Penan di sini hari ini.

Pada September 2009, Laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang ditubuhkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat mengesahkan bahawa penderaan seksual dan eksploitasi kaum wanita Penan di Sarawak sememangnya berlaku.

Namun perkara ini aktif dinafikan dan disenyapkan oleh pentadbiran Taib.

Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jien turut menganggap perkara ini ialah jenayah kemanusiaan dan rakyat Sarawak perlu bertindak bagi memastikannya tidak berulang.

"Apa yang kita buat terhad. Untuk menghalang jenayah sebegini dari berlaku ialah untuk mengubah kerajaan. Dengan mengubah kerajaan mampu menghalang ia dari berlaku lagi," kata Chong yang juga ADUN Kota Sentosa.

Beliau turut mendesak rakyat Sarawak menentang Barisan Nasional dan bukannya Taib seorang sahaja kerana keadaan tidak akan berubah jika ia tidak dilakukan.

"Baru tadi saya dengar dari Malaysiakini hari ini Taib Mahmud mungkin akan bersara. Tapi apapun, jika dia bersara BN masih memerintah. Dan lagipun, dia tidak beri sebarang tempoh masa bila dia hendak bersara. Jadi apapun jangan letak harapan Taib meletak jawatan," kata beliau ketika ditemui Tv Selangor semalam.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap penindasan semakin meruncing dan mahu rakyat Sarawak melihat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dan negeri lain.

Khalid turut menyampaikan sumbangan RM60 ribu bagi pembelian dan penyelenggaraan kenderaan kaum Penan itu.

"Inilah masanya. Jangan tunggu lebih lama lagi.

"Sekarang kita tengok Menteri Besar dari Selangor boleh turun ke Sarawak untuk minta anda buat perubahan. Bukan untuk kami tapi untuk anda,"ujar beliau lagi.

Gani Patail Dalangi Pemalsuan Bukti Terhadap Anwar, Kata Bekas Pegawai Polis

SHAH ALAM 20 MAC :Pejabat Peguam Cara Malaysia masih belum memberikan jawapan kepada seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa Peguam Negara Abdul Gani Patail terbabit dalam pemalsuan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Surat memohon penjelasan itu dihantar oleh Senior Assistant Komisioner 11 Mat Zain Ibrahim, pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada awal tahun ini selepas usahanya untuk mendapatkan penjelasan itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa.

Berikut disiarkan beberapa sedutan daripada surat Mat Zain kepada Datuk Idrus Harun pada 5 Januari lalu, berikutan desakan-desakan pengikut Umno mahukan Anwar memberi sampel DNAnya untuk perbicaraan kes liwat fitnah dua.

Surat yang dimaksudkan bertajuk : “Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998”.

Persoalan utama adalah seperti berikut di bawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain yang disediakan oleh Dr Abdul Rahman Yusof. Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail. Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Eksibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa tarikh disediakan oleh Dr Rahman di antara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh (Allahyarham) Tan Sri Mohtar Abdullah Peguam Negara ketika itu?

6.2. Benar atau tidak dua (2) daripada tiga (3) Laporan di atas, iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Eksibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di- Raja tersebut, dan dirakamkan dalam Laporan Suruhanjaya berkenaan?

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail, tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh Seri Paduka Baginga Yang di-Pertuan Agong?

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan), dan/atau Dr Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam), sama ada secara bersendiri atau berpakat, tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut di atas, bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut, kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh wujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya?

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja, saya yakin YBhg Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam, tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat, saya inginkan YBhg Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan seseorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

Peguam Anwar : Isu DNA Hanya 'Wayang Kulit' Saja..



SHAH ALAM 20 MAC: Desakan beberapa badan bukan kerajaan pro Umno yang meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau di mahkamah, dilihat sebagai satu pertunjukan 'wayang kulit' bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat dalam kes fitnah kedua Anwar.

Peguambela Anwar, Sivarasa Rasiah dalam segmen Fokus Berita Khas di Tv Selangor semalam berkata, apa yang berlaku hari ini adalah skrip yang diulang tayang ketika kes fitnah Anwar pada 1998.

"Mereka keterangan dalam kes Datuk Seri Anwar ini bukan satu fenomena baru. Dalam kes 98', it sudah mula dengan (Tan Sri) Gani Patail sendiri yang dibuktikan mereka laporan medikal supaya memberi gambaran palsu bahawa Anwar telah mencederakan diri sendiri dalam kes mata lebam," tegas beliau.

Beliau menjelaskan, tindakan pemalsuan bukti dalam kes Anwar Ibrahim begitu kronik hinggakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut terlibat memalsukan bukti kes dengan meletakkan DNA Anwar pada tilam dalam kes sebelum ini.

Justeru ujarnya, keengganan Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk membenarkan sampel DNA beliau diperoleh ada asasnya.

"SAC (Mohd) Rodwan (Mohd Yusof) pada masa itu, terlibat dalam usaha mencuri sampel darah Datuk Seri Anwar yang disimpan oleh Dr Zahari Nor dan Rodwan ini terlibat dalam usaha memberi keterangan DNA dengan menanam DNA di atas tilam yang kita nampak diangkat turun setiap hari di mahkamah (pada masa itu)," kata
beliau lagi.

Selain itu, tambah beliau, keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat juga tidak konsisten serta menampakkan ciri-ciri wujudnya satu konspirasi untuk menjatuh dan membunuh karier politik Anwar.

"Kita ada bukti sekarang yang disahkan di mahkamah, budak Saiful ini dah berjumpa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), juga dengan (Datin Seri) Rosmah (Mansor). Mula-mula Najib menafikan, kita kena ingat itu, lepas itu (Najib) terpaksa mengakui, kata, Saiful berjumpa untuk bincang pasal biasiswa. Itu membohong, satu pembohongan. Lepas itu dia (Najib) tukar cerita dan kata Saiful datang laporkan tentang satu insiden liwat," jelas beliau.

Malah tambah beliau, terdapat banyak lagi kesangsian yang boleh dipersoalkan dari segi teknikal berkenaan kejadian sebenar pada hari Saiful mendakwa dirinya diliwat, dengan hanya menilai bukti DNA yang kononnya milik Anwar yang ditemui pada tubuh pengadu.

Mangsa ribut Pendang akan dibantu segera

ALOR SETAR, 20 Mac – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pendang akan membuat bancian mengenai kerosakan rumah yang dilanda ribut di beberapa kampung di Mukim Guar Kepayang, Pendang, kelmarin.

Menurut Pegawai JKM Daerah Pendang, Azhar Ismail, semua mangsa ribut diminta membuat laporan polis sebelum bantuan disalurkan kepada mereka.

“Kita akan memberikan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa ribut mengikut nilai rumah,” katanya.

Beliau menjelaskan, bantuan yang diberikan itu adalah daripada Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh setiap mangsa ribut berkenaan.

Sekurang-kurangnya 12 buah rumah mengalami kerosakan akibat dilanda ribut di beberapa kampung di Mukim Guar Kepayang, kelmarin.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Tanjung Radin, Kampung Banggol Besi dan beberapa kampung lagi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, YB. Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul turut meluangkan masa melawat semua mangsa ribut dan meminta semua mangsa membuat laporan polis agar dapat dipanjangkan kepada pihak JKM Daerah Pendang.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi berkata, kawasan Kampung Banggol Besi jarang sekali berlaku bencana ribut memandangkan kawasan itu terkenal sebagai kawasan banjir.

DNA : Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perundangan - Aziz Bari

SHAH ALAM 20 MAC : Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang.

Dr Aziz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, campur tangan menteri dalam perbicaraan kes fitnah ke atas Ketua Umum PKR yang sedang berlangsung kini, sebagai menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk menjatuhkan seteru politik mereka.

"Nampak sangat mereka telah terdesak, sepatutnya sebagai individu yang faham undang-undang, menteri berkenaan tidak sepaatutnya berbuat sedemikian kerana ia menganggu undang-undang sekaligus menyebabkan sistem undang-undang kita tercemar dan tercabar seolah-olah ia tidak berintegriti dan tidak mampu menangani masalah," katanya ketika diminta mengulas berhubung komentar Najib dan Rais Yatim berhubung kes Anwar.

Najib ketika turun ke Sarawak untuk kempen Barisan Nasioanal semalam mencabar Anwar untuk menyerahkan spesimen DNA beliau dalam usaha menggoyah keyakinan rakyat yang sudah bertunas kepada Pakatan Rakyat.

Malah walaupun tarikh penamaan dan pembuangan undi bagi pilihanraya negeri itu belum diumumkan, Najib turut mengumumkan peruntukan RM252.85 juta untuk penduduk parlimen Serian dan parlimen Mambong untuk projek kemudahan asas yang sepatutnya telah lama dinikmati penduduk.

Desakan sama turut diulang oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan komunikasi,Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Rais yang juga bekas menteri undang-undang menggesa Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau sebagai kesinambungan demo-demo yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan pro Umno mutakhir ini.

"Perkara ini harus ditangani di mahkamah dan bukannya dipolitikkan, kalau mereka tuduh Anwar mempolitikkan kes perbicaraan ini, tetapi sekarang mereka pula beria-ia mahu berbuat begitu jadi jelas mereka terdesak," katanya lagi.

Aziz yang kesal dengan tindakan pucuk pimpinan negara turut memberi peringatan kepada barisan kabinet Najib bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan mereka melambangkan pendirian negara.

"Kalau menteri sendiri sudah berbuat begitu, ini mengambarkan sikap kerajaan, kerana menteri adalah sebahagian dari kabinet dan kabinet itu adalah kerajaan, jadi adakah menteri tersebut berbuat demikian kerana disuruh kerajaan? Tetapi apapun ia mengambarkan sikap sebenar kerajaan,"katanya lagi.

Libya Diserang, 110 Peluru Berpandu Dilancar

TRIPOLI 20 MAC : Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu.

Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya “diceroboh musuh”.

Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Beberapa jam kemudian (awal pagi ini waktu Malaysia), kapal perang dan kapal selam Britain dan Amerika Syarikat melancarkan lebih daripada 110 peluru berpandu ke atas pangkalan pertahanan udara di sekitar Tripoli - ibu negara Libya dan bandar raya Misrata di sebelah barat, yang dikuasai tentera Muammar.

Pentagon berkata operasi ini diadakan untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang mengenakan zon larangan terbang dan apa jua pendekatan bagi menghentikan tindakan ketenteraan Muammar di negaranya ekoran kebangkitan rakyat yang berlarutan sejak sebulan lalu.

Resolusi itu diluluskan tiga hari lalu.

Malah serangan ini dilancarkan beberapa jam selepas perikatan itu dan negara Arab mengadakan mesyuarat khas di Paris semalam.

“Ini bukan hasil yang Amerika Syarikat atau mana-mana rakan kami mahukan,” kata Presiden Barack Obama yang sedang mengadakan lawatan ke Brazil.

“Kita tidak boleh berdiri begitu sahaja apabila seorang penzalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak ada belas kasihan,” kata beliau.

Tidak sampai dua jam selepas Obama mengeluarkan kenyataan itu, Muammar pula muncul di televisyen sambil merayu kepada negara-negar Arab dan Amerika Latin supaya “berdiri bersama rakyat Libya, menentang pencerobohan ini yang tidak akan membawa apa-apa kesan, sebaliknya menjadikan rakyat Libya lebih kuat dan bersatu.”

Di Washington, Laksamana Muda William E. Gortney berkata, peluru berpandu dilepaskan daripada beberapa kapal pemusnah Amerika Syarikat dan juga kapal-kapal selam serta satu daripada milik Britain.

Katanya, serangan itu mengenai lebih daripada 20 lokasi tentera udara Libya sepanjang kawasan pantai Mediterranean dan sebelah barat.

Katanya, serangan ini hanya bahagian pertama siri kempen mereka dan lebih banyak serangan sudah dirancang.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida manakala satu kapal selama Britain Westminster.

Dalam pada itu, laporan terbaru pagi ini menyebut Libya mahu Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar ekoran serangan Barat sejak semalam.
Laporan stesen televisyen Al Jazeera dan Al Arabiya yang menyiarkan harapan itu tidak memberi sumber bagi berita tersebut.