Perkasa sibuk demonstrasi, agenda Nasoro dah masuk ke setiap rumah

Oleh : Zulkifli Yahaya

Hanya bersumberkan dua buah blog menyebarkan khabar angin perihal terdapat usaha menjadikan Malaysia negara Kristian maka pertubuhan yang menamakan diri mereka Perkasa ghairah mengadakan tunjuk perasaan dan membuat laporan polis. Satu trend baru di Malaysia yang diperkenalkan oleh pemimpin Perkasa, Ibrahim Ali; setiap isu yang yang memperlihatkan Melayu atau Islam dicabar maka mereka segera akan melatah. Cuit sikit melatah, cuit sikit melompat. Betul-betul macam katak.

Di Kedah, pernah tersebar surat layang yang mendakwa kononnya seorang Exco Kerajaan Negeri memaki Raja. Mereka berdemonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman mengeluarkan ucapan berapi-api. Buat memorandum, buat laporan polis, buat sidang media, tapi akhirnya mereka malu sendiri apabila pihak polis mengesahkan dakwaan tersebut tidak benar.

Aktivis Perkasa nampaknya mengulangi kesilapan yang sama. Sekarang mereka ghairah tidak menentu, membuat laporan polis di seluruh negara kononnya ada usaha untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Seorang wakil rakyat DAP dikatakan terbabit dalam usaha tersebut, lantas individu yang difitnah tampil membuat laporan polis untuk menafikannya.

Logikkah, orang politik dari mana-mana parti politik pun membuat satu keputusan yang akan menjauhkan sokongan terhadap partinya? Tetapi perkara tidak logik inilah yang dimomokkan kepada rakyat untuk memutar pemikiran rakyat supaya terus menyokong BN sehingga mereka dapat berkuasa sehingga hampir hampir dunia ini kiamat.

Orang Kristian pun tidak gembira jika terdapat usaha untuk mengisytiharkan Malaysia negara Kristian, kerana ia lebih memberi ancaman terhadap mereka berbanding penghormatan.

Dalam Al-Quran sangat jelas mendedahkan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan umat Islam selagi umat Muhammad ini tidak mengikut cara hidup mereka. Peringatan ini diberikan oleh Allah di dalam Al-Quran, justeru ia adalah peringatan untuk umat Islam. Tiada siapa boleh menidakkan peringatan Allah ini. Cara hidup mereka adalah cara hidup yang tidak berlandaskan Islam, mengasingkan Islam dengan kehidupan, tiada agenda kehidupan selepas mati dan asyik mementingkan hiburan tanpa batas.

Cara hidup seperti itu sudah masuk ke setiap pintu rumah umat Islam di negara ini. Pelbagai program hiburan menjadi tatapan umat Islam saban hari. Sewaktu si bapa yang menjadi ahli Perkasa pergi berdemonstrasi menentang Kristian, anak-anak mereka terjelepok di hadapan televisyen menyaksikan tarian separa lucah. Masyarakat umumnya hampir tidak peduli lagi agenda Yahudi dan Nasoro itu.

Usaha menjatuhkan seseorang dari persada kuasa, hari ini dilakukan secara fitnah yang jijik dan lucah. Video lucah disebarkan secara sengaja di seluruh negara untuk mengaibkan seteru politik. Akhlak anggota masyarakat jadi rosak. Itu semua adalah agenda Yahudi dan Nasoro.

Hampir semua sistem yang berlegar dalam kehidupan hari ini tidak lagi berteraskan Islam. Jika agenda Yahudi dan Nasoro itu satu ancaman besar pada umat Melayu dan Islam maka hakikatnya ianya seolah-olah sudah sebati dengan masyarakat umat Islam di negara ini.

Apakah semua itu digerakkan melalui platform politik dan kuasa? Tidak. Jauh sekali ianya digerakkan hasil dari pengisytiharan pengangkatan martabat Kristian di negara ini. Jadi apa sebenarnya yang menggelisahkan Perkasa, penganut UMNO dan sebahagian orang Melayu kalau bukan kedunguan. Mereka tertipu dengan permainan jahat UMNO dan media-media talibarut mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3.

Strategi UMNO ialah mahu mengaitkan kristianisasi dengan DAP dan Pakatan Rakyat. Apabila PR dilibatkan dengan usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara maka sokongan orang Melayu terhadap PR akan terhakis. Niat mereka busuk dan akibat yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat akibat membakar isu perkauman seperti itu sangatlah buruk.

“Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-¬kata bohong secara terang ¬terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya,” ulas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras¬-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Tetapi akhbar Utusan Malaysia tidak pernah serik daripada meneruskan kempen pembohongannya. Kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian.

DAP bersama rakan-rakan dalam PR telah mengulangi pendirian akan menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

Isu perkauman tidak akan berakhir selagi UMNO laparkan kuasa. Dengan peluru perkauman mereka peroleh kuasa. Dengan kuasa mereka raup kekayaan peribadi dan agenda untuk bangsa dilupakan sementara. Isu pembelaan terhadap bangsa akan mucul semula di saat kuasa terancam. Begitulah kitarannya.

Gambar Sekitar lawatan Yang Di-Pertuan Agong ke Kedah






Video Lucah 'Datuk T' Ditabur di Masjid

SHAH ALAM 14 MEI : Video lucah fitnah Datuk T yang dimuat naik di Youtube selain di pos kepada pemimpin politik tertentu dan diedar di kawasan perumahan, kini di sebarkan di masjid-masjid pula untuk mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak yang tidak dikenali meletakkan rakaman seks itu di Masjid Al-Hadiyah Telok Panglima Garang Kuala Langat pada Ahad lalu.

Nazir Masjid Al- Hidayah, Rahman Amir berkata video berkenaan dijumpai semasa jemaah masjid bersarapan selepas mendengar kuliah subuh di masjid itu.

"Nasib baiklah saya yang menemui dan tidak jemaah lain yang menjumpainya. Saya dengan tindakan sendiri sebagai seorang nazir tidak mahu bersubahat dengan perkara yang mana mungkin membolehkan terjadinya keadaan yang huru hara, kerana benda ini kita tonton kerap di TV. Tidak cukup di TV, disebar luas pula di masjid, tempat suci umat islam beribadah," kata beliau

Rahman kesal terhadap kesanggupan pihak yang tidak bertanggungjawab mencalar kesucian masjid dan agama untuk tujuan politik jahat dengan menyebarkan video itu.

Dewan Pemuda PAS Kuala Langat (DPPKL) turut mengutuk tindakan itu dan menyifatkannya sebagai “tidak bertamadun”.

Ketua DPPKL, Hairul Nizam Tohar berkata pengedaran video lucah di masid bukan sahaja menghina kesucian agama Islam tetapi turut menyuburkan budaya fitnah di kalangan rakyat.

“Penyebaran VCD lucah ini dilihat sebagai agenda politik sempit dan kotor yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh. Tidak mustahil ada lagi VCD yang disebarkan di masjid lain,” kata beliau kepada TVSelangor.

Mengulas isu yang sama, ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Khairi menegaskan rakyat harus menolak fitnah seks tersebut berikutan Islam menggariskan hukum yang jelas sebelum menuduh seseorang itu melakukan zina.

"Islam meletakkan 4 orang saksi. Ini bukan main- main. Saksi mestilah cerdik, adil, muqallaf," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat dalam usahanya membabitkan Anwar dalam pertuduhan itu.

"Dalam Islam sumpah laknat di dalam zina hanya dibenarkan apabila suami menuduh isterinya berzina dan perkara tersebut berlaku di dalam mahkamah," jelasnya.

Tindakan Eskay membuat sumpah laknat sebelum ini dibidas oleh beberapa pihak termasuk mufti-mufti yang menegaskan hukum qazaf adalah cara terbaik untuk menangani isu- isu fitnah.

Video seks 21 minit itu ditayangkan oleh Eskay, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Sebelum ini video seks fitnah dan risalah memalukan Anwar dikesan diedarkan secara meluas dari rumah ke rumah di daerah Klang.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Klang, Yew Boon Lye semalam membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah dan cakera padat (CD) rakaman video seks itu ke rumah-rumah di Teluk Gadung Indah Klang.

Boon Lye mensyaki perbuatan itu didalangi oleh kumpulan pro Umno. Mereka mula mengedarkan risalah dan video itu dari rumah ke rumah sekitar jam 10.00 malam Sabtu lalu.

Menurut Boon Lye lagi, kegiatan mengedarkan bahan lucah itu juga turut aktif sewaktu Ceramah Perdana Anwar di Klang baru-baru ini dimana ia dilihat bertaburan di sekitar kawasan perumahan.

Yang Di-Pertuan Agong mulakan lawatan rasmi ke Kedah

ALOR SETAR, 13 Mei – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Kedah Darul Aman pada 13 hingga 15 Mei 2011.

Keberangkatan tiba Baginda berdua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah.

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan DYTM Raja Puan Muda Kedah; Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Soraya dan YTM Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama ialah Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima tabik hormat dan lagu ‘ Negaraku’ dan ‘Allah Selamatkan Sultan’ turut dinyanyikan oleh pancaragam pusat Askar Melayu DiRaja Kem Sungai Besi.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong turut memeriksa perbarisan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Melayu DiRaja Kem Sungai Besi.

Sebanyak 21 das tembakan turut dilakukan dari 41 Bateri Rejimen Artileri DiRaja Kem Sungai Besi.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah berangkat ke Istana Tetamu, Mentaloon, di sini.

Tatatertib: Pelajar Kuin minta PAS campur tangan

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Sekumpulan mahasiswa hari ini meminta Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang campur tangan berhubung tindakan tatatertib yang dikenakan kepada enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah.

Permintaan itu terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Naib Ketua Pemuda PAS, Sabki Yusuf di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Memorandum itu turut mengandungi gesaan agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menubuhkan panel siasatan bagi mengkaji tindakan berkenaan.

Selain itu, mereka turut mendesak Rektor Kuin, Prof. Datuk Wira Dr. Jamil Bin Osman menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan ke atas enam orang mahasiswa yang telah diberi surat tunjuk sebab.

Enam mahasiswa tersebut diberikan surat tunjuk sebab selepas terlibat dalam perhimpunan aman di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy, Kuin kerana membantah tindakan pengurusan kolej menjadikan bangunan Maahad Tahfiznya sebagai Sekolah Insan Bestari (SIB).

Kesemua mereka merupakan warga tahfiz Kuliyyah al-Quran kolej berkenaan.

Bangunan Ar-Razi merupakan hakmilik Ma'had Tahfiz Al-Quran negeri Kedah sejak dahulu lagi tapi telah diambil alih oleh pihak pentadbiran KUIN untuk menampatkan sekolah bestari.

Penyerahan memorandum tadi disertai kira-kira 30 mahasiswa yang mewakili Gerakan Mahasiswa Insaniah (GMI), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).

Mereka turut membantah sebarang bentuk tindakan tatatertib pihak pentadbiran Universiti terhadap mahasiswa yang terlibat dengan kegiatan aktivisme.

Difahamkan memorandum yang sama turut diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Damansara.

~HARAKAHDAILY~

Maslan Tonton Video Seks Dengan Isteri, Umno Taksub Dengan Anwar

KUALA LUMPUR 12 MEI : Umno menyambut ulangtahun ke 65nya semalam dalam keadaan masih taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau sudah 13 tahun meninggalkan parti itu .

Serangan ke atas Ketua Pembangkang itu menjadi tumpuan utama di Pusat Dagangan Dunia Putra dengan perwakilan diberikan naskah percuma buku berjudul Tuhan, Politik dan Seks' yang menfitnah Anwar dengan tuduhan jijik, menggunakan bahasa lucah.

Buku setebal 555 halaman adalah hasil penulis upahan Syed Hussein Al Attas. Ia diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan lasa bel “18SX”.

Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan memberitahu hadirin di satu forum bahawa beliau dan isterinya menonton video lucah Datuk T dan “yakin” pelaku itu adalah Anwar.”

Maslan tidak menerangkan keperluan beliau mengajak isterinya untuk sama-sama menonton video lucah 21 minit itu.

“Saya telah saksikan video itu dan yakin pelaku dalamnya adalah Anwar. Saya menonton bersama isteri saya,” kata Ahmad Maslan di depan beberapa ulama Umno yang menyertai sebuah forum sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Sebelum itu ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.

Fathul berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu adalah dosa besar dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," kata beliau.

Namun segala pengamatan Fathul itu ditolak oleh Ahmad Maslan yang mendakwa Umno tidak terlibat dalam fitnah sebegitu.

Namun Ketua Penerangan itu alpha dan tidak menerangkan kenapa buku seks Syed Hussein yang menfitnah Anwar diberikan kepada perwakilan Umno.

Editor Utusan Wajar Dikenakan ISA, Kata Hata

SHAH ALAM 12 MEI : Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari mencadangkan satu tindakan tegas dikenakan ke atas pengarang berita yang tidak mengamalkan etika kewartawanan dalam menyampaikan isu semasa supaya didakwa di mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ini kerana, berita-berita yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan dengan mudah boleh membakar sentimen rakyat yang akhirnya menjejaskan keharmonian negara.

Oleh yang demikian, Hata yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berpendapat, adalah wajar individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita berunsur provokasi ini dikenakan hukuman setimpal.

"Sebenarnya tindakan lebih keras patut diambil dan memastikan editor yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran berita-berita tersebut, bukan sahaja didakwa di mahkamah atas Akta Fitnah tetapi patut ditahan di bawah Akta ISA kerana cuba mencetuskan pergolakan perkauman dan keagamaan di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bertajuk "Kristian agama rasmi?" yang menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Laporan yang dipetik Utusan daripada dua laman blog pro Umno itu kemudiannya mengundang komentar dari menteri termasuk Perdana Menteri yang seolah-olah memperakui laporan Utusan Malaysia tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihannya.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada sebarang bentuk tindakan dikenakan atau diambil ke atas Utusan, mahu pun blogger terbabit.

Senario ini bagaimanapun berbeza apabila lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan dibekukan permit setelah menyiarkan berita berkaitan salah satu agensi kerajaan.

"Saya menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan atas laporan yang tidak bertanggungjawab dan mengenepikan prinsip-prinsip kewartawanan itu sendiri," tambahnya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang meminta KDN mengambil tindakan tegas ke atas Utusan.

Malah menurut Hata bukan sahaja kerajaan Pulau Pinang yang meminta KDN mengambil tindakan terhadap Utusan, tetapi banyak lagi pihak lain termasuk NUJ akan berbuat demikian kerana tindakan melampau Utusan yang kerap bermain dengan isu agama dan perkauman.

Jelasnya lagi, Utusan kini semakin jelas tersasar daripada landasan yang sepatutnya dalam memberi informasi yang berguna kepada rakyat, sebaliknya pula meniup api kemarahan rakyat dengan memainkan isu-isu sensetif sebegini.

"Kita mempersoalkan bagaimana sebuah akhbar bertindak sebagai tidak bertanggungjawab dan mengenepikan kepentingannya kepada orang ramai?

"Sekiranya KDN terus diam membisu tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Utusan maknanya mereka sebenarnya menyokong apa-apa tindakan yang dilakukan oleh editor-editor Utusan ini," katanya lagi.

Jelas Hata, tindak tanduk Utusan melalui laporannya yang hanya mahu memastikan orang Melayu terus menyokong Umno-BN dengan mencetuskan kemarahan rakyat hanya mendatangkan implikasi buruk kepada negara.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Harga RON95 Dijangka Kekal Sehingga Pilihan Raya

KUALA LUMPUR 11 MEI : Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.-Malaysiakini

Urus Tadbir Merosot Punca Harga Barang Naik



KUALA LUMPUR 10 MEI: Kenaikan harga barangan menunjukkan kerajaan semakin hilang kawalan dan kemampuan dalam mengurus hasil pendapatan negara dengan baik.

Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, kerajaan sepatutnya mencari alternatif dalam meningkatkan pendapatan ekonomi negara dan bukannya menarik semula subsidi yang diberikan kepada rakyat.

“Tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20sen menunjukkan kerajaan sudah hilang satu kemampuan dan keupayaan untuk membantu rakyat. Sepatutnya kerajaan berfikir bagaimana mencari sumber kewangan bukan ambil apa yang telah diberikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikia, mengulas kenaikan harga gula sebanyak 20sen menjadikan harga terkini barang kawalan itu RM2.30 berkuatkuasa hari ini.

Menurut Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena, kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif menerokai sumber-sumber baru dan bukannya projek yang membazirkan wang rakyat.

“Sepatutnya kerajaan memikirkan cara mencari sumber baru. Kita sudah menyebutkan dalam Parlimen banyak sumber-sumber baru yang belum diterokai oleh pihak kerajaan disamping pihak kerajaan tidak berusaha untuk melaksanakan projek secara berjimat cermat,” katanya.

Malah menurut Mahfuz lagi, kerajaan katanya harus bijak menggunakan kenaikan harga RON97 dengan menurunkan harga RON95 supaya kos sara hidup rakyat dapat diturunkan.

“Keadaan ini sepatutnya dilihat oleh orang ramai betapa liciknya kerajaan membangkitkan isu perkauman dan kemudiannya menaikkan harga barang,” katanya.

“Bagi saya kerajaan harus melihat kembali apa yang disebut sebagai makmal rasionalisasi subsidi mesti diperbaruhi dan melibatkan pelbagai pihak supaya tidak membebankan rakyat. Saya melihat, keputusan yang dibuat oleh mereka (makmal rasionalisasi subsidi) akhirnya akan membebankan rakyat secara lebih besar,” katanya.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya di sekitar Kuala Lumpur.

Pada waktu itu, harga gula naik 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu pada tahun yang sama, negara turut mengalami kenaikan "5-dalam-1" yang menyaksikan harga gula, dua gred petrol, diesel, dan gas dinaikkan.

~tvs~

Aziz & Ust Azizan



Permintaan rumah semakin tinggi

ALOR SETAR, 9 Mei – Keperluan rumah ketika ini adalah sebanyak 117,000 unit rumah sepertimana yang diperlukan oleh Jawatankuasa Perancang Bandar bagi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi, kawasan Daerah Kuala Muda dan Kulim terdapat bekalan perumahan yang berlebihan berbanding lain-lain daerah di negeri ini.

“Apa yang kita dapati, kadar perumahan belum memenuhi permintaan dan lebih 80 peratus rumah dibina oleh pemaju swasta dan 20 peratus lagi dibina oleh agensi kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pusat Pameran dan Pemasaran Hartanah dan Menandatangani MoU di antara Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) bersama Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di Perkarangan Utama Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), di sini.

“Ini tidak dikira pada tahun 2010 di mana hampir 60 peratus penduduk tinggal di taman-taman yang tersusun bukan di kampung-kampung tradisi atau astet-astet,” katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu, keperluan rumah cukup meningkat dan secara purata 100,000 unit rumah perlu dibina bagi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini.

“Ini merupakan satu pertumbuhan ekonomi di negeri ini dan Kerajaan Negeri akan mempercepatkan permohonan kepada pemaju-pemaju bagi melaksanakan projek perumahan dan Rancangan Tempatan turut diluluskan mengikut zon-zon komersial,” jelasnya.

Bagi memenuhi keperluan rakyat, ujarnya, daerah-daerah lain juga turut dibangunkan dengan projek perumahan dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat di negeri ini.

“Dengan adanya pusat pameran dan pemasaran hartanah, ia mampu memberi ruang kepada pemaju-pemaju untuk mempromosikan projek perumahan yang terkini kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PKNK, Dato’ Haji Abdul Rahmah Ibrahim dalam ucapannya menjelaskan, semenjak diperbadanankan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen No.5/1965 Kerajaan Negeri Kedah, PKNK melalui anak-anak syarikat miliknya telah banyak terlibat dalam projek-projek pembangunan seperti pembangunan hartanah, pembangunan komersial dan industri, pelancongan, sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan pengeluaran, sektor pembinaan dan kuari.

“Selaras dengan matlamat kprporat PKNK untuk meningkatkan prestasi Kumpulan, PKNK telah menceburkan diri dalam bidang penjualan dan pemasaran hartanah melalui anak syarikat milik penuh PKNK iaitu Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB) dengan modal berbayar sebanyak RM250,000,” ujarnya.

Beliau berkata, PKNK juga turut dilantik sebagai agensi peneraju perumahan di negeri ini bagi melaksanakan projek-projek perumahan dengan penuh tanggungjawab untuk kemudahan rakyat di negeri ini.

“Kita turut mewujudkan pusat pameran dan pemasaran hartanah bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah,” tambahnya.

~WARTAKEDAH~

Kereta Anwar Disabotaj, Kata Pemandu

PETALING JAYA 10 MEI : Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki ada usaha mensabotaj kereta majikannya sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Abdullah Sani Said yang menjadi pemandu keluarga Anwar selama 28 tahun, percaya kereta itu dirosakkan dengan niat jahat dan mahukan polis menyiasat.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Abdullah mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Mengimbas kemalangan itu kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, kereta Mercedes Benz yang membawa isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin menghadapi masalah dalam perjalanan balik dari Chemor, Perak.

“Sistem brek tiba-tiba bergegar kuat, kedengaran bunyi pecah di bahagian belakang," katanya kepada pemberita.

Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, Abdullah menjumpai beberapa bahagian cakera brek bertaburan di atas jalan, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Menurut Abdullah, seorang mekanik yang memeriksa kereta itu mendedahkan pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Abdullah berkata adalah mustahil nat itu boleh tercabut dengan sendirinya.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar dan keluargannya.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarga.

Anwar Ibrahim: Masa Depan Anak-Anak Kita Di Tangan Kita







Dr Mujahid : Najib Patut Siasat Utusan Bukan Paderi Kristian



SHAH ALAM 9 MEI: Utusan Malaysia dan dua blogger yang dikaitkan kepada laporan fitnah negara Kristian harus menjadi sasaran utama dalam sebarang siasatan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Rawa.

Ini berikutan tindakan akhbar milik Umno itu menyiarkan dakwaan melibatkan sensitiviti agama tanpa pengesahan sahih, kata Mujahid.

Mujahid berkata jaminan Najib untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu harus berpaksi kepada Utusan dan dua blogger berkenaan, dan bukannya paderi Kristian yang hanya mengadakan perbincangan keagamaan.

"Bila blogger yang membuat laporan, mengapa Utusan Malaysia terus bawa ke muka hadapan akhbar. Bagi saya Utusan yang harus didakwa dan disiasat. Berita utama yang dibawa boleh membawa kepada ketegangan kaum.

"Jadi bagi saya yang perlu diberi tumpuan ialah siasatan terhadap sumber dan punca berita. Bukan kepada perhimpunan itu dahulu," kata Mujahid ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.

Pada 7 Mei lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dakwaan kononnya pemimpin Kristian mengadakan konspirasi dengan DAP dalam satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini untuk mengambil alih pentadbiran negara selain mengugurkan status agama Islam sebagai agama persekutuan.

Laporan yang tersebut ditulis berdasarkan penulisan dari laman blog Zakhir Mohamed bertajuk 'Making Christianity the official religion'.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut dituduh bertanggungjawab mengajurkan pertemuan tersebut.

Pihak Gereja dan Ooi menafikan tuduhan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai fitnah semata-mata untuk mencemaskan pengundi Melayu.

Berdasarkan pengalaman menjadi ahli panel perbincangan isu kalimah Allah dan Al-Kitab, Mujahid menegaskan tidak pernah wujud unsur-unsur yang diperhatikan bertujuan untuk menggangu-gugat kedudukan agama Islam di negara ini.

Jelas beliau, laporan tersebut bertujuan menimbulkan persepsi buruk dikalangan masyarkat Melayu selain bertindak sebagai penghalang kebebasan beragama dengan menghukum pertemuan pemimpin-pemimpin Kristian tanpa mengambil kira kesahihan dakwaan tersebut.

"Masyarakat Kristian tidak ada masalah menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan saya sendiri telah berapa kali turun berdialog dengan pihak gereja dalam isu-isu sensitif termasuk kalimah 'Allah' dan Al-Kitab, saya tidak melihat pertemuan itu menjurus kearah isyarat seolah-olah mereka tidak mahu Islam sebagai agama rasmi," kata beliau.

Sementara itu Mujahid tidak menolak cubaan menyerang parti majoriti Cina, DAP yang semakin mendapat tempat di hati pengundi Cina kawasan bandar seraya membenam kemaraan parti komponen MCA.

Katanya lagi, dakwaan terbaru ini memaparkan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak komited dalam melakukan penegasan bersabit keperluan umum memahami agama Islam sebagai agama rasmi yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walhal jelas beliau, dasar yang dikemukan dalam Buku Jingga jelas memaklumkan perkara yang tercatat dalam perlembagaan tidak akan dipertikai mana-mana pihak.

~TVS~

Hanya 20 sen 1 meter persegi cukai tanah UUM

Utusan Terus Dibidas Pembaca

SHAH ALAM 9 MEI : Tindakan utusan Malaysia melaporkan dakwaan blog pro Umno-Barisan Nasional kononnya satu majlis anjuran DAP yang dihadiri oleh paderi telah
mendoakan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian dan perdana menteri bakal dilantik dari kalangan penganut agama itu, dibidas masyarakat di negeri ini.

Menolak sama sekali berita berunsur fitnah itu, seorang nazir masjid, Haji Badaruddin Haji Dawam berkata, laporan seperti itu yang tidak diketahui keabsahannya hanya bertujuan membakar naluri masyarakat Melayu di negara ini dan menimbulkan syak wasangka kepada kaum lain di negara ini.

Laporan berkenaan katanya, jelas satu perbuatan tidak bertanggungjawab yang ditolak oleh rakyat, sebaliknya menimbulkan kebencian pula kepada akhbar kawalan Umno itu.

Rata-rata rakyat kata Badaruddin sudah celik dengan isu seperti ini dan tidak mudah diperkotak-katikkan.

"Kerajaan Umno-BN mulai tersepit apabila pengundi cina mula berpaling kepada Pakatan Rakyat, jadi mereka melihat hanya isu sebegini mampu membantu mereka supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat dan turut serta dengan BN, isu ini jelas sengaja diketengahkan yang bermotifkan politik untuk menarik balik sokongan Melayu khususnya PAS kepada BN," katanya kepada Tv Selangor.

Walaupun muka depan Utusan Sabtu lalu mengundang reaksi dangkal menteri yang seolah-olah memperakukan laporan akhbar berkenaan, namun rakyat lantang berhujah, ia adalah politik jijik yang mudah dibaca.

Seorang Pengurus Syarikat, Hasmeon Mat Arbak sebaliknya menggesa ketua pengarang utusan Malaysia bertanggungjawab atas laporan akhbar berkenaan kerana menyiarkan berita bersifat perkauman melampau.

"Utusan sepatutnya bertindak lebih profesional dalam mencedok berita-berita yang sensitif sebegini dan ketua pengarang Utusan perlu bertanggungjawab kerana ia melibatkan sensitiviti perkauman yang agak berat," ujar beliau.

Sementara ahli perniagaan, Ahmad Zakaria Talib pula berpendapat Utusan kini sedang berusaha keras merealisasikan hasrat Umno-Barisan Nasional untuk meraih sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Ahmad turut kesal dengan corak politik Umno yang menggunakan media untuk menyerang dan memburukkan imej Pakatan Rakyat dengan isu-isu sensitif terutama sekali agama.

"Mereka menyiarkan propaganda ini seolah-olah Malaysia ini akan di Kristian kan yang mana ia jelas agenda Umno-BN mencipta pelbagai isu untuk melemahkan Pakatan Rakyat,"katanya.

Malah kekebalan Utusan Malaysia dalam melaporkan apa jua bentuk berita meskipun ia bercorak fitnah mahupun berbaur hasutan katanya dijayakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memayungi akhbar berkenaan.

"Ini merupakan sikap talam dua muka yang sengaja dicipta BN supaya mereka terus berkuasa dalam menyebarkan isu-isu dan agenda yang tidak sahih serta
memastikan tiada tindakan ke atas media milik mereka,"katanya.

Malaysia Daulah Kristian? Reaksi Menteri Yang Berjiwa Kerdil

KOMENTAR : Memang jelas jarak firasat dan kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dengan sekurang-kurangnya tiga menteri Umno yang nyata kontang idea mengenai soal kenegaraan dan juga bagaimana membaja keharmonian di Malaysia.

Apabila diminta komen beliau berhubung kegemparan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia pada Sabtu 7 Mei lalu, dengan tenang pemimpin dan ahli agama itu menguis soalan dengan mengatakan “tidak mungkin beliau boleh mempercayai laporan Utusan Malaysia”.

Pendirian Nik Aziz memang berasas. Ini kerana komponen utama Barisan Nasional, MCA sendiri kini menggerakkan kempen untuk memboikot akhbar millik Umno itu.

Perihal Utusan tidak menghormati nilai dan sensitiviti kaum lain dalam melaksanakan apa yang didakwanya sebagai “memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam” memang sudah diketahui umum.

Dalam kes ini, pendirian Utusan itu seolah-olah diperakukan oleh tiga menteri Umno –Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Menteri Komunikasi, Multimedia dan kebudayaan, Rais Yatim, dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom.

Ketiga-tiganya bingkas menggertak sesiapa sahaja yang cuba membangkitkan sentimen agama dan mengancam kehormonian dan keselamatan Negara akan dikenakan tindakan tegas.

Bagi ketiga-tiganya memberi keabsahan kepada tindak tanduk Utusan itu adalah satu peranan yang perlu diluahkan secara terbuka.

Malah Jamil Khir yang diberi tanggungjawab mengurus halehwal agama Islam lantang mendesak DAP yang dikaitkan oleh laporan Utusan itu sebagai penganjur konspirasi hendak menjadikan Malaysia Negara Kristian dan mahu perdana menteri juga beragama Kristian menyatakan pendirian mereka.

Tidak ada usaha untuk menyiasat sumber berita berkenaan. Soal Utusan tidak berbuat demikian dan memutuskan kaedah penulisan penulis blog adalah sahih memanglah satu pelanggaran etika kewartawanan.

Sedihnya, menteri-menteri Umno yang beragama Islam seolah-olah terus percaya akan kesahihan berita berbahaya itu dan lantas menjerkah sesiapa sahaja yang bertindak mengikut laporan Utusan itu akan dikenakan tindakan tegas.

Usahlah congakan laba politik semata-mata dijadikam sandaran pengurusan Negara.

Kasihanilah rakyat jelata yang mahu hidup dalam Negara yang rukun dan damai. Apakah mungkin menteri-menteri berkenaan bersikap demikian kerana mereka sebenarnya adalah wakil “kerajaan Umno-BN yang lemah” seperti kata mantan Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad?

Sebab itulah agaknya mereka terkocoh-kocoh membuat sergahan tindakan tegas akan diambil untuk memberi gambaran kepemimpinan yang tegas demi menutup kelemahan ketara selama ini?

Beginilah masalahnya jika pemimpin yang tiada kebijaksanaan dan firasat yang tinggi. Malah diukur dari latar belakang pendidikan ketiga-tiga menteri berkenaan, ia pasti menyuntik keresahan dan kebimbangan rakyat betapa soal keselamatan dan susila komunikasi di kalangan kaum, agama dan juga rakyat boleh dikocakkan oleh menteri yang bersikap semberono ini.

Nik Aziz, misalnya, memberi jawapan yang tuntas mengapa laporan Utusan itu harus dikesampingkan. Latihan ilmu mustahalatul hadis – atau kesahihan rantaian laporan dan sumber hadis – yang adil dan saintifik membimbingnya untuk dengan yakin mengenepikan laporan yang tidak sahih dan sering menjadi punca atau sumbernya berbaur pelbagai kepentingan.

Itu natijah didikan agama. Hishamuddin, Jamil dan Rais wajib faham konsep asas – setiap sumber berita itu harus disemak dan disahkan terlebih dahulu – seperti yang diajarkan Allah dalam al Quran:

“Wahai orang-orangyang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepada kalian membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kalian tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kalian menyesali perbuatan kalian itu” (Al Hujurat ayat 6).

Memang isu yang dilaporkan itu perkara besar. Ia boleh menggerhanakan hubungan di antara kaum dan agama di Malaysia. Sebab itu, sikap berhati-hati perlulah menyaluti setiap tindakan daripada pihak berkuasa. Memang hari ini ketiga-tiga mereka orang yang berkuasa dalam Negara ini.

Namun mereka perlu belajar daripada negarawan seperti Nik Aziz supaya lebih berhikmah dan sentiasa memelihara kepentingan agama.

Bersikap bengis dan kasar seperti yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga menteri Umno itu cuma akan melontarkan gambaran yang agak kurang bersusila di benak dan perasaan mereka yang bukan Islam.

Pemimpin harus memimpin dan bukan memaksa rakyat untuk memilih mufarakah atau meninggalkan Jemaah Negara Malaysia. Jika beginilah sikap pemimpin,nampaknya masih jauh lagi konsep 1Malaysia bakal jadi kenyataan.

Namun ditinjau di sudut lain, pasti akan timbul pertanyaan, mengapa ketiga-tiga menteri Umno bersikap bengis sedemikian. Adakah mereka benar-benar yakin konspirasi Kristian ini sahih? Jika ia, apa dan di mana buktinya? Rakyat bukan sekadar ingin tahu, malah mereka wajib tahu kerana implikasi kepada kerukunan hidup di Malaysia amat besar.

Usahlah keserakahan sikap menyokong tindakan beberapa kerat ekstrimis yang mengarak kepala lembu yang menjadi simbol suci dalam agama Hindu dua tahun lalu berulang. Ia kini boleh disimpulkan sebagai cerminan sikap dangkal ilmu dan mutu kepemimpinan yang rendah.

Jika diyakini Islam itu adil dan martabatnya tinggi maka sikap dan perangai pemimpin-pemimpin Islam juga mestilah luhur dan mulia. Dengan menggertak dan menghunus senjata, ia tidak selalu menanamkan kegerunan pada pihak lain. Ia hanya jadi bahan senda gurau dan kebencian rakyat. Belajarlah menjadi dewasa dan bertanggungjawab.

Gagal ! Taktik Umno Takut- Takutkan Melayu Untuk Terus Berkuasa

KOMENTAR : Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri ! Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Dalam pilihanraya- pilihanraya kecil seluruh Negara selepas Mac 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadusiber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luarbandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhanliwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat !

Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat ! Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Jikaada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut- nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan danrasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadusiber yang berlebih- lebihan memakihamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.

Cinta kepada Allah adalah cinta paling agung

SUNGAI PETANI, 8 Mei 2011 – Cinta kepada Allah pencipta sekelian alam merupakan cinta teragung dan dengan keikhlasan mencintaiNya dapat menghindarkan diri terjebak kepada perkara mungkar dan maksiat.

“Kita yang teragung adalah cinta kepada Allah, seterusnya kita kena cinta Rasul, cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada keluarga. Kebelakangan ini kasih sayang antara sesama adik beradik menjadi rapuh dan semakin renggang,” ucap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, YB Siti Ashah Ghazali.

Tambahnya lagi, cinta perlu diletakkan kepada tempat yang berhak dan bukanlah menjadi lelongan murahan hingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak baik.

“Selain kita mencintai saudara mara, kita dituntut mencintai sahabat. Tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mencintai sahabatnya seperti mencintai dirinya sendiri.

“Tapi ingatlah, sahabat yang saya maksudkan sahabat sesama jenis, bukan berlainan jenis. Bukan tidak boleh berkawan dengan lelaki tetapi perlu ada batasan,” ujarnya di hadapan kira-kira 400 orang beliawanis.

Sambung beliau lagi, cinta yang tiada pedoman boleh menjerumuskan seseorang kekancah yang tidak baik. Bukan itu sahaja malah kejahilan dalam menjaga kecantikan diri menjadi faktor-faktor penyuburan gejala-gejala tidak bermoral.

“Ramai remaja di luar sana tidak tahu menilai menjaga kecantikan diri. Cantik yang ada di diri kita perlu ditutup dan tidak dipamerkan kepada orang yang tidak berkenaan yakni orang yang bukan muhrim kita.

“Kecantikan itu anugerah Allah dan ianya untuk orang yang hak sahaja. Cuba kita ambil contoh, antara makanan yang ditudung dengan makanan yang terdedah, mana satu kita pilih? Tentu kita pilih yang bertudung sebab ia tidak tercemar dari lalat dan lain-lain kotoran. Begitu juga dengan aurat dan kecantikan kita,” nasihatnya.

Beliau turut menyentuh penggunaan Facebook, Twitter dan lain-lain kemudahan IT yang salah guna oleh remaja hinggakan boleh mengundang perkara-perkara negatif.

“Mula-mula sms, lepas tu dating, dah dating mulakan berpegangan, lahirlah, ‘ I love you, you love me’ dan akhirnya terlanjur.

“Kita dituntut menjauhi zina. Benda-benda seperti itu mulanya nampak biasa tapi akhirnya kalau tidak dikawal, natijahnya merosakkan diri kita sendiri.

“Kes-kes pembuangan bayi ini sebenarnya berpunca dari cinta yang songsang dan tak berpandukan Islam. Semuanya rentetan kepada yang saya katakana tadi, sms, jumpa, berpegangan, kemudian serah diri dan akhirnya berlakulah penzinaan,”tegasnya.

Katanya, kerajaan negeri akan bersama dengan NGO atau pertubuhan belia dalam merancang program untuk mendekatkan remaja terutama yang memerlukan perhatian dan sokongan. Remaja hari ini merupakan aset negara untuk masa yang akan datang. Rosak remaja rosaklah negara, baik remaja maka baiklah negara.

“Saya mengharapkan remaja kini jadilah remaja yang kental serta kuat fizikal dan mental di samping mempunyai persediaan diri.

“Remaja masa depan negara, remaja yang berilmu dan berakhlak mulia diperlukan untuk memimpin negara untuk masa akan datang,” katanya lagi.

Beliau seterusnya menyempurnakan penutupan Karnival Cinta dan Cantik di Dewan Besar Institut Kemahiran Mara (IKM), Sungai Petani.

Karnival tersebut dianjurkan oleh Persatuan Beliawanis Merbok dan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP). Turut hadir, YDP MPSPK, Puan Rozaina Dato’ Paduka Haji Radzi.

~wartakedah~

Kerajaan beri insentif pengusaha tanah terbiar

ALOR SETAR – Kerajaan negeri mengalu-alukan penduduk kampung yang mempunyai tanah terbiar mengusahakannya bagi mendapatkan hasil.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri memberi insentif kepada tuan tanah yang ingin mengusahakannya tetapi kekurangan modal.

“Kebanyakan tanah yang ada di Kedah sudah bermilik, ada yang tanam dengan pokok-pokok buah-buahan, ada yang ditinggalkan begitu sahaja.

“Jadi tanah terbiar ini, kerajaan negeri dah buat satu polisi, kalau mukim itu ada 10 hektar, bertompok-tompok pun boleh, kita himpun buat satu projek 10 hektar untuk satu mukim.

“Maka kerajaan negeri akan beri insentif kepada tanah terbiar ini sebanyak RM20 ribu untuk satu hektar, 70 peratus daripadanya untuk buat infrastruktur seperti longkang dan jalan masuk, lagi 30 peratus untuk beli benih dan baja.

“Oleh itu, kerajaan negeri mengharapkan supaya tanah-tanah terbiar yang ada kita usahakan bagi mendapatkan hasil serta suburkan tanah kurniaan Tuhan,” jelas beliau.

Tambah beliau, dengan usaha ini dapat memastikan tanah-tanah terbiar yang ada dapat dimanfaatkan, menjamin bekalan makanan negeri serta negara dan juga memberi pendapatan kepada rakyat.

~wartakedah~

Hukum Islam lebih kepada mendidik

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Mei: Undang-undang Islam sebenar yang dilaksanakan bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi didikan kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara inilah yang menjadi perbezaan ketara antara hukum tersebut dengan undang-undang ciptaan manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, di dalam hukum Islam, hakim seboleh mungkin berusaha untuk membebaskan pesalah daripada menghukumnya.

Inilah, ujarnya, keindahan hukum Islam yang mula-mula dilaksanakandi zaman Nabi Muhammad di masa manusia di seluruh dunia ketika itu tercari-cari model perundangan.

Ustaz Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab persoalan dari peserta Seminar Maqasid Syariah anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat, di sini hari ini.

Sebelum itu di awal majlis, beliau membentangkan kertas kerja berkaitan di hadapan hampir seribu peserta dalam kalangan pimpinan PAS berbagai peringkat dari seluruh negara.

Turut menjadi pengulas terhadap kertas kerja itu adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, namun di sana terdapat kes-kes yang pelaku kesalahan yang beriman itu datang menyerah diri dan mengaku serta meminta hukuman itu dilaksanakan.

"Selain itu, mereka juga boleh bertaubat yang mana Allah SWT akan menerima permohonan taubat yang dilakukan bersungguh-sungguh itu dan mereka terlepas daripada azab api neraka di Akhirat kelak," jelasnya.

Beliau juga menyebutkan tentang Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia yang mana boleh ditafsirkan dengan cara lebih positif di mana boleh diubah jadual tertentu bagi mencapai usaha pelaksanaan hukumnya.

Katanya, menurut tokoh undang-undang Islam, Prof Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abbas yang mengatakan, untuk membolehkan pelaksanaan hukum Islam yang perlu diubah hanyalah Jadual 9.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan perundangan Islam itu hanya tertentu kepada orang-orang Islam sahaja, adapun bukan Islam, mereka boleh memilih sama ada hendak dijatuhkan hukuman menurut Islam atau konvensional.

Sebelum itu, beliau menyatakan takrifan agama atau religion tidak sama dengan Ad-Din yang sebenar kerana selain Islam, mereka mengganggap agama ini hanyalah menyangkuti hal-hal berkaitan rohani dan akhlak semata-mata.

Kerana itu, tambahnya, Islam melarang umatnya memaksa orang lain mengucap untuk masuk Islam kerana hal aqidah ini bersangkutan keyakinan dalam hati dan mesti beramal dengannya.

"Sehinggakan di dalam peperangan pun, Nabi Muhammad SAW. pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya, jika musuh ingin berdamai, hendaklah berhadapan dengan mereka secara damai kerana sikap itu lebih diutamakan," jelasnya lagi.

Sementara itu ketika membentangkan kertas itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, takrif Maqasid Syariah adalah mencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syariah dan mendapat hikmahnya dengan pelaksanaannya yang tepat.

Tegasnya, syariah adalah petunjuk Allah tentang cara manusia mencapai maslahah menjadi tujuan hukum Allah Maha Adil Rahmat-Nya yang melimpah terhadap makhluknya, sama ada membawa kebaikan atau menolak mudharat dan menghilangkan masyaqqah (kepayahan) bagi mencapai tiga matlamat mereka diciptakan iaitu ibadah, khilafah dan amanah.

Bagi mencapai matlamat, tambahnya, enam Feqh perlu difahami secara mendalam iaitu auroq (kesesuaian lokasi), haraki (memahami perkara berlaku), Waqie' (situasi yang berlaku), Nawazil (peristiwa berlaku), Muwazanat (pertimbangan terperinci perkara yang berlaku tahap pelaksanaan hukum) dan Aulawiyyat (memahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan kecil bagi nyatakan hukum dan pelaksanaannya).

"Hanya Kerajaan Islam mampu dan wajib laksanakan hukum Islam secara menyeluruh.

"Kerajaan wajib menguatkuasakan syariat yang dinaskan dan ijtihad bagi pelihara Maqasid Syariyyah yang tepat, istiqamah dan adil, bagi memelihara agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta," ujarnya.

~harakahdaily~

Live : Sevilla vs Real Madrid



Ceramah Ustaz Nasaruddin Hassan 5 Mei, 2011

PAS parti paling kritikal dalam Pakatan Rakyat?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Menjelang pilihan raya umum ke-13, tiada lagi pilihan raya kecil yang boleh dijadikan petunjuk terhadap kemungkinan pola pengundian nanti. Ramalan dan jangkaan politik, selain merujuk siri pilihan raya kecil sebelum ini -- yang kelihatan agak seimbang buat BN mahupun Pakatan Rakyat -- juga tertumpu kepada keputusan pilihan raya negeri Sarawak. Rata-rata beranggapan ada momentum menarik dari Bumi Kenyalang.

Memang kecenderungan mengundi dalam pilihan raya umum mungkin berbeza sama sekali dengan trend yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil sebelumnya, seperti dibuktikan dalam PRU12, namun sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan kayu pengukur kepada semua parti untuk melakukan penilaian kritis, bedah-siasat atau muhasabah. Seterusnya mengatur strategi penambahbaikan dan ada kalanya menuntut keberanian untuk merombak "hal-hal besar".

Mesej yang disampaikan pengundi kadang-kadang sukar untuk diterima tetapi itulah realiti perit yang menagih sikap terbuka pemimpin dan kebijaksanaan menanganinya. Persepsi pengundi tidak semestinya benar tetapi ia tetap faktor terpenting menentukan kalah-menang dalam pilihan raya. Selain berusaha menampilkan hakikat kebenaran dan menjelaskan kekaburan yang boleh mengelirukan, tanggapan masyarakat seringkali payah untuk dipulihkan jika tiada gerakerja serius dan sistematik.

Selain berterusan dan gigih menuntut proses pilihan raya yang bebas dan adil, tentu masih banyak perubahan dalaman yang harus disegerakan. Boleh sahaja kita menuding kesalahan kepada seteru politik yang memperkakaskan segalanya untuk survival kuasa mereka. Bukankah PRU13 menentukan hidup-mati BN dan merupakan pilihan raya pertama dimana pengundi benar-benar mempunyai pilihan?

Rakyat khususnya di negeri-negeri yang diperintah Pakatan begitu arif tentang kecacatan sistem federalisme Malaysia, sekali gus keperluan menubuhkan kerajaan persekutuan tidak dapat ditangguh lagi. Laluan ke Putrajaya yang mencabar itu menagih perancangan rapi dan kesediaan untuk melakukan "penyegaran" bagi menampilkan citra parti yang lebih memikat.

Seperti yang ditegaskan dalam kolum ini minggu lalu, saya lebih suka meletakkan PAS dalam kedudukan paling kritikal berbanding dua parti sekutunya dalam Pakatan. Pertama, saya sendiri merupakan ahli PAS dan petugas sepenuh masa parti. Kedua, trend pengundian pasca PRU13 masih menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Melayu -- terutama di luar bandar, di kampung-kampung tradisi dan tanah rancangan Felda -- belum bersedia beralih sepenuhnya untuk menyokong Pakatan. Ketiga, di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu, kebanyakan calon yang dipilih Pakatan adalah mewakili PAS.

Di luar Kelantan, hatta di negeri-negeri yang dianggap kubu tradisi PAS, seperti Kedah dan Terengganu, PAS masih berdepan cabaran sengit Umno. Ramai melihat prestasi PAS di dua negeri tersebut pada 1999 jauh lebih baik berbanding 2008, sekiranya ditinjau dalam konteks sokongan pengundi Melayu.

Bagaimanapun saya difahamkan, selepas berkuasa, sokongan masyarakat Melayu terhadap PAS di Kedah makin kukuh. Yang menjadi tandatanya adalah usaha mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu. Manakala di Terengganu, pelbagai masalah kronik di pihak Umno-BN belum memadai untuk menjamin PAS mengulangi rekod gemilang 1999. Tidak dipastikan apakah bentuk tawaran atau penampilan berbeza yang bakal dikemukakan PAS Terengganu dalam kempen PRU13 nanti.

Melihat trend pengundian masyarakat Tionghuo di Sarawak baru-baru ini, lebih-lebih lagi dengan respons pemimpin Umno dan sikap akhbar harian yang dikuasainya, tidaklah sukar untuk menjangkakan bahawa kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina, yang kebanyakannya ditandingi calon DAP mahupun KeADILan, tetap memihak Pakatan. Malah parti-parti komponen BN sudah saling menyalahkan di antara satu sama lain.

Justeru, saya menyimpulkan bahawa keupayaan Pakatan untuk merealisasikan impian menawan Putrajaya dalam PRU13 lebih bergantung kepada sokongan masyarakat Melayu kepada PAS. Pastinya sokongan itu tidak datang secara mudah terutama bagi memecahkan beberapa halangan psikologi politik Melayu. Segala potensi dan sumber kekuatan mesti digembleng dari sekarang, bukan sahaja melibatkan PAS tetapi juga penggemblengan bersama semua parti dalam Pakatan.

Kita harus mencegah pemisahan politik berdasarkan kaum di negara tercinta ini. Sebarang dakyah untuk membakar sentimen kaum mesti dibanteras. Pengundi Cina yang secara konsisten mutakhir ini menyokong Pakatan tidak bermakna mereka bersikap perkauman, malah ternyata begitu mengambil berat soal integriti, ketelusan, sekali gus menentang korupsi dan monopoli kekayaan oleh segelintir elit penguasa.

PAS yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mempunyai kemampuan besar bagi menarik sokongan majoriti pengundi Melayu -- agar bersama rakan-rakan bukan Melayu -- untuk menolak pemimpin BN yang terbukti mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, "merompak" khazanah negara untuk suku-sakat dan kroni masing-masing.

Namun begitu, untuk meraih simpati pengundi Melayu bukan terletak kepada "kehodohan" wajah Umno-BN semata-mata. Penampilan citra baru PAS-Pakatan yang lebih segar dan meyakinkan adalah lebih mendesak lagi. Sesungguhnya Pakatan hanya dapat berkuasa di peringkat pusat jika slogan "PAS Ganti Umno" benar-benar menjadi kenyataan, dan bukannya membiarkan parti Islam itu berada pada tempat ketiga dari segi penguasaan kerusi Parlimen berbanding sekutunya, KeADILan dan DAP.

~MINDA LUTFI~