DUN Sarawak Bubar Isnin, P/raya dijangka awal April



KUCHING 19 MAC : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib turut mengesahkan beliau akan memimpin kempen Barisan Nasional. Parti pemerintah itu dijangka diberi saingan hebat oleh Pakatan Rakyat dan Snap khususnya di kawasan bandar dan tempat yang mempunyai jumlah pengundi kaum Dayak yang ramai.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat minggu depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi untuk 71 kerusi di negeri itu.

Adalah dijangka pilihanraya itu akan ditetapkan pada awal April dengan tempoh berkempen antara tujuh hingga sepuluh hari.

Taib yang menerajui Sarawak selama 30 tahun, mengumumkan pembubaran DUN itu pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berlepas pulang ke Putrajaya selepas lawatan sehari ke Sarawak.

Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu.

BN kini menguasai 63 kerusi di DUN Sarawak , dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pimpinan Taib menang 35 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) 12 kerusi.

Dua parti komponen lain dalam BN Sarawak, iaitu Parti Rakyat Sarawak dan Parti Progresif Demokratik (SPDP) masing-masing memegang lapan kerusi.

Pakatan Rakyat pula mempunyai tujuh kerusi iaitu DAP enam dan Parti Keadilan satu. Baki satu kerusi dimiliki Parti Cinta Malaysia (PCM).

Orang muda perlu prinsip agama mengatur hidup

Polis Dan SKMM Tahan Blogger Pro-PR

KUALA LUMPUR 19 MAC : Seorang penulis blog yang dikenali sebagai Hanief dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat dan didakwa ditahan tanpa sebarang waran selain pihak berkuasa merampas komputer riba miliknya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua melalui twitternya berkata, beliau mengetahui tangkapan itu melalui bapa dan adik Hanief yang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi.

“Polis dan SKMM juga meminta password. Malah, beberapa komputer dan modem milik bapa blogger itu turut dirampas,” katanya.

Menurut Tian, Hanief kemudian dibebaskan antara jam 2.30 pagi tadi bagaimanapun beliau diarah memberi keterangan di balai polis berkenaan, kira-kira jam 10 pagi.

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube.

Tian berkata, ini bukan tindakan atau tekanan pertama terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.

Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.

Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.

Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno Barisan Nasional (BN).

Kisah Lawak Antara Wartawan Dan Peserta Demontrasi


Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA. Selepas penat berdemontrasi dan tunjuk perasaan oleh kaum wanita agar DSAI menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;

WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?

MAK CIK A : Tuala good morning. (penuh yakin)
MAK CIK B : Berus gigi. (Bersemangat)
MAK CIK C : Botol air mineral . (Sambil mengangkat lengan)

WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)

PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.

WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?

PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu.

Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.

kedahlanie

Jangan salahkan jurulatih dan pengurus sahaja -MB

ALOR SETAR, 16 Mac: “Kalau kita ada pengurus yang baik dan jurulatih yang baik, pemain tak baik macam mana? Takkan disebabkan kalah, hanya jurulatih atau pengurus sahaja disalahkan, jadi kita akan tengok secara keseluruhan,” Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai desakan orang ramai agar jawatan pengurus pasukan diganti dengan orang lain.

Beliau yang juga sebagai Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), menghargai setiap pandangan yang diberikan orang ramai dan akan mempertimbangkan sewajarnya demi kejayaan bola sepak Kedah dan keselesaan semua pihak.

Jawatan pengurus pasukan Kedah kini dipegang oleh Datuk Bandaraya Alor Setar Dato’ Khazali Haji Din.

Peminat bola sepak Kedah yang kecewa dengan kemerosotan prestasi bola sepak Kedah mendesak YAB Mneteri Besar Kedah menamatkan perkhidmatan Dato’ Khazali kepada pengurus baru demi kemajuan bola sepak Kedah.

Walau bagaimanapun Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, kerajaan akan mempertimbangkan semua cadangan selain melihat semua aspek berkenaan sebelum membuat keputusan demi kepentingan bola sepak negeri.

Sehubungan itu beliau mengumumkan pemberian ganjaran lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.

Katanya, tanah seluas dua hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan, iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan yang berhijrah dari Perlis.

Ini adalah sumbangan dan penghargaan Kerajaan Negeri sebagai menghargai sumbangan mereka kerana mengharumkan nama Kedah dalam arena bola sepak. Sebelum ini mereka juga mendapat ganjaran wang sebanyak RM5,000 seorang daripada Kerajaan Negeri.

Malaysia Belum Mampu Urus Loji Nuklear

KUALA LUMPUR 18 MAC: Faktor kewibawaan kerajaan Malaysia pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mengurus tadbir loji nuklear di negara ini menjadi keraguan.

Justeru, integriti kerajaan yang ternyata tempang kini menjadi taruhan sama ada ia mampu memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia sekiranya cadangan pembinaan dua loji nuklear yang dijangka siap pada tahun 2021 dan 2022, diteruskan.

Bercakap dalam segmen Fokus Berita di Tv Selangor petang tadi, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mempersoalkan keenganan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui sedia ada untuk menjana lebih banyak tenaga elektrik di negara ini.

Namun menurutnya, kerajaan Perdana Menteri Najib Razak lebih berminat menceburi bidang nuklear yang berisiko tinggi sehingga mencecah kos RM20 bilion walaupun nyata kekurangan pakar dalam sektor itu.

"Ini adalah strategi salah. Malaysia bukan Jepun. Jepun tidak ada sumber asli, sebab itu kena faham mengapa mereka guna nuklear. Malaysia ada pelbagai hidro, solar dan sebagainya. Boleh guna wang RM20 bilion itu untuk menukar tenaga boleh diperbaharui.

"Kita tidak yakin kerajaan kini ada kewibawaan untuk mengikut semua protokol keselamatan yang digariskan agensi antarabangsa (nuklear)," jelas beliau.

Krisis nuklear di Jepun yang masuk minggu kedua semakin meruncing apabila mencatatkan peningkatan paras radiasi hari ini meskipun usaha berterusan membendung kecairan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi.

Charles turut menjelaskan kejadian yang berlaku di Jepun baru-baru itu telah merubah persepsi dunia tentang pembangunan tenaga nuklear walaupun penjanaannya menghasilkan kadar pembebasan karbon yang minimum.

Tambahnya, aspek keselamatan yang masih belum diyakini selain pendedahan khusus kepada umum mencetuskan kesangsian di kalangan masyarakat.

Jelasnya lagi, kerajaan kurang memberi penekanan kepada pakar tempatan untuk pembangunan tenaga alternatif seperti solar dan hidro justeru meminggirkan kepakaran yang ada dalam negara.

Charles berpendapat kerajaan Malaysia terlalu tunduk kepada pelobi-pelobi industri nuklear dunia sehingga sanggup mengenepikan pandangan masyrakat.

Tambahnya, ketua-ketua kerajaan dengan syarikat pembangunan nuklear negara harus bekerjasama secara intensif untuk memastikan dasar nuklear diselaras bagi mengelakkan sikap menunding jari sekiranya berdepan dengan krisis seperti di Jepun.

"Mereka takut untuk keluar daripada pengaruh pelobi-pelobi nuklear yang besar," kata Charles lagi.

Dua loji nuklear yang dicadangkan boleh menjana sehingga 1000 megawatt bertujuan untuk mengimbangi bekalan tenaga selain berdepan dengan krisis kenaikan harga petrol, arang batu dan hidro.

Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan, Kata Yaakob

SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.

"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

PR Minta Jaminan Sidang DUN Perak Tiada Sekatan Polis

KUALA LUMPUR 18 MAC: Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada kawalan polis.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diminta Pakatan Rakyat ekoran setiap kali berlangsungnya sidang DUN di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

“Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami. Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan,” katanya.

Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas.

“Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan tarikh akhir pada 15 Mac.untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab,” katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April 2011.

Tsunami Jepun - Nazri Bela Rosmah

KUALA LUMPUR 17 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini mendakwa kenyataan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bersabit malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun kononnya diputarbelitkan oleh pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui tetap menyifatkan Rosmah bertindak keterlaluan apabila mengaitkan bencana itu kepada isu teknoloji hijau dan pemanasan global.

TV Selangor menyiarkan Rosmah sebagai di petik berkata bahawa gempa bumi dan tsunami di Jepun harus memberi pengajaran kepada seluruh dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan “climate change” dan green technology," Rosmah di petik sebagai berkata oleh stesen telivisyen Awani Ahad lalu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Rosmah seolah-olah membayangkan malapetaka itu berpunca atas kelalaian Tokyo menguruskan pembangunan yang mesra alam.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tidak timbul soal komen Rosmah itu diputarbelitkan.

“Dalam keadaan orang sedang bersedih apabila berhadapan dengan bencana, selalunya kita memberikan ucapan atau kata-kata semangat. Kenapa isteri Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian? Ini mengundang masalah, “ kata beliau.

“Negara ini ditadbir oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mentadbir. Isteri Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa. Jadi mengapa dia sibuk untuk membuat komen-komen yang memberikan kesan kepada kita,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Naib Presiden PAS Salahuddin turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Rosmah itu kerana mempertikaikan kewibawaan kerajaan Jepun menguruskan negaranya.

“Ia merupakan satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku di saat negara Jepun mengalami kesedihan dan malapetaka yang dashyat, tiba-tiba datang satu komen yang mempertikaikan tentang keselamatan dan persediaannya dari segi tsunami dan gempa bumi itu sendiri,” kata Sallehuddin.

“Di saat kesedihan melanda masyarakat Jepun, kita harus bersifat lebih menunjukkan lebih simpati dan kebersamaan kita dalam perkara ini,” tambah beliau.

Di dalam Dewan Rakyat, Nazri di minta memberi penjelasan kenapa Rosmah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Nazri bagaimanapun mendakwa kenyataan Rosmah di putarbelitkan dan tidak diambil “dalam konteks yang penuh.”

“Ayat itu mesti dibacakan dalam kandungan yang penuh” kata Nazri, tanpa merujuk lanjut kepada wawancara Rosmah yang disiarkan oleh Awani itu.

Klip yang mengandungi komen Rosmah itu menarik lebih 240,000 “hits” dalam Youtube dan turut dimuatkan oleh dalam laman web stesen telivisyen antarabangsa CNN.

Menteri Besar serah RM150 ribu selesaikan bil tertunggak sekolah Cina

ALOR SETAR, 16 Mac - Sebanyak 69 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kedah berasa lega apabila Kerajaan Negeri telah menunaikan janji membantu melunaskan tunggakan bil elektrik mereka.

Selepas mempengrusikan mesyuarat mingguan Exco hari ini Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah menyerahkan RM150 ribu kepada Persatuan Lembaga Pengelola SJKC Kedah untuk melunaskan tunggakan bil elektrik berkenaan.

Sebelum ini sejumlah RM50 ribu sudah diserahkan kepada persatuan bagi membantu sekolah-sekolah terbabit.

“Hari ini kita serahkan semua sekali wang untuk membantu 69 buah sekolah Cina yang mengalami kesulitan membayar bil elektrik. Saya harap selepas ini mereka tidak akan hadapi masalah tunggakan lagi,” katanya.

Katanya, sumbangan itu diambil daripada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk tiga kaum iaitu India, Cina dan Siam.

“Kita harap peruntukan ini dapat dinikmati semua. Sekarang guna dulu kita tambah kemudian tetapi kalau boleh kita nak belanja duit bajet yang ada sekarang,” katanya.

Kerajaan Negeri ganti segera bumbung rumah mangsa ribut

ALOR SETAR – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan YB Dr Ismail Salleh melawat mangsa ribut di Taman Wira Blok B untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa bagi memastikan kerugian yang dialami.
Ribut pada 13 Mac telah menyebabkan 36 rumah serta surau mengalami kerosakan dan ianya perlu dibaiki segera untuk mengelakkan daripada dimasuki air hujan.

Menurut YB Dr Ismail, Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan serta merta bagi menggantikan bumbung rumah yang rosak.
“Sejurus selepas kejadian, pihak Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri mengambil tindakan pantas dengan melantik kontraktor bagi membaiki bumbung dengan serta merta, dan kerja-kerja ini turut dibantu oleh penduduk setempat,” ujar beliau yang juga ADUN Angkat Bakar Bata.

Seorang penduduk, Fatimah Ahmad, 46, berkata, sewaktu kejadian, beliau bersama ibu, anak-anak dan cucu sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
“Sedang kami tonton televisyen, tiba-tiba ada bunyi kuat di atas bumbung rumah, tengok-tengok, bumbung di ruang tengah rumah dah tak ada.



“Kami semua berasa takut, ibu saya yang berumur 86 tahun duduk dalam ketakutan di hujung rumah sambil menutup kepalanya dengan bakul kain, manakala anak saya lari lintang pukang bawa anaknya yang berusia enam bulan,” jelas beliau.





Manakala Jaafar Ismail, 64, sehari selepas kejadian, rumah beliau bagaikan ‘banjir’ disebabkan hujan lebat dan bumbung rumah beliau masih belum berganti.
“Ribut hari Ahad, hari Isnin hujan lebat, jadi air masuk dalam rumah, barang-barang pun basah, bumbung rumah kami tak sempat digantikan pada hari Ahad,” ujar beliau.

Loteri : Kelantan Arah Penasihat Undang-Undang Buat Tafsiran

SHAH ALAM 17 MAC : Kelantan bersedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadhli Shaari, Menteri Besar itu berkata tafsiran Penasihat Undang-Undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen Kerajaan Persekutuan.

Nik Aziz sebelum itu menemui rombongan Pakatan Rakyat bagi membincangkan larangan penjualan tiket loteri di negeri itu yang menjadi modal politik terbaru MCA dan rakan parti komponen dalam Barisan Nasional.

Pengeluaran tiket loteri dan lesen judi adalah dibawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan Umno-Barisan Nasional sungguhpun penjualannya adalah tertakluk kepada undang-undangan Pihak Berkuasa Tempatan.

Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapa Ali.

Mustapa ketika dihubungi berkata, Penasihat Undang-undang Negeri telah ditugaskan untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung larangan penjualan tiket loteri di negeri berkenaan.

" Selama ini ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Yang menjadi pertikaian hanya kerana big sweep itu yang dikatakan tidak memerlukan premis. Jadi oleh itu, kita akan serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengkaji hal itu,"katanya.

Mengulas keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu, Dr Mohd Nur pula berkata, kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan yang berimbang untuk memenuhi tuntutan agama Islam dan keperluan penganut lain di negara ini.

" Nampaknya kenyataan itu adalah keputusan yang berimbangan dan tidak mendatangkan masalah kepada orang bukan Islam,"ujarnya.

Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal terhadap Kerajaan Persekutuan kerana masih menghalalkan perjudian secara terbuka yang memberi kesan buruk kepada rakyat Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan negeri mengambil pendirian terbuka terhadap sebarang cadangan dan saranan bersabit larangan penjualan tiket loteri di premis tidak belesen

Ahmad Fadhli berkata, umumnya dasar mengharamkan perjudian yang dipelopori oleh kerajaan negeri Kelantan tidak berubah sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu.

" Cuma yang menjadi masalah ialah loteri-loteri yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual. Jadi kita akan serahkan pada Penasihat Undang-Undang untuk membuat tafsiran. Kita tidak mengubah dasar (tetapi) isu ini perlu dilihat dari dari sudut undang-undang," beliau memberitahu TVSelangor.

"Jadi soal loteri big sweep yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual, Kerajaan Kelantan bersedia nak menyerahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat kajian," tambah beliau

Kerajaan negeri juga bersedia memberi penjelasanan sekiranya diperlukan atas isu itu pada bila-bila masa.

Dalam pada itu Mustapa berkata tafsiran undang-undang adalah diperlukan untuk memastikan sebarang bentuk larangan tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Anthony berkata pihaknya berpuas hati dengan pendirian Nik Aziz untuk merujuk isu berkenaan kepada Penasihat Undang-Undang.

Jepun Terus Guna helikopter Gugurkan Air

TOKYO 17 MAC : Helikopter tentera terus dikerah untuk menggugurkan air di kawasan loji nuklear Fukushima bagi merendahkan suhu reaktor yang terbakar dan dikhuatiri akan menyebabkan kebocoran radiasi.

Imej televisyen stesen NHK menunjukkan tiga helekopter CH-47 Chinooks milik Pasukan Pertahanan Awam berlegar-legar di udara untuk menjatuhkan air ke reaktor ketiga dan keempat yang sebelum ini meletup dan terbakar.

NONEPerkembangan itu menyaksikan semakin ramai negara asing yang menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan Jepun, yang sedang bertungkus-lumus mengelakkan krisis nuklear setelah dibadai tsunami dan musnah akibat gempa bumi.

Menurut ketua suruhanjaya kawal selia nuklear Amerika Syarikat, keadaan satu daripada reaktor yang terjejas - cukup merisaukan kerana tiada bekalan air untuk mengurangkan suhu rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

'Tidak terkawal lagi'

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

azlanLaporan MSNBC pula memetik ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu pParlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Namun ketua pemantau nuklear PBB mempunyai pandangan yang berbeza.

13,000 mati dan hilang

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, ketua pengarah agensi tenaga nuklear antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Menurutnya, keadaan “sangat serius” dan meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih lengkap kepada agensi itu.

Sementara itu, bilangan rasmi mereka yang terkorban dan hilang selepas gempa bumi dan tsunami yang menghancurkan kawsan pantai timur laut Jepun menghampiri 13,000 orang dan diramalkan akan terus meningkat.

Jumlah mereka yang disahkan terkorban sejak bencana Jumaat lalu seramai 5,178 orang manakalan bilangan mereka yang hilang setakat ini ialah 8,606 orang.

Sejumlah 2,282 orang dilaporkan cedera akibat bencana tersebut.

Datuk bandar Ishinomaki, Miyagi mengatakan jumlah mereka yang hilang di bandar itu sahaja hampir 10,000 orang.-Agensi

Krisis Nuklear : Kebimbangan Meningkat, Warga Asing Mula Keluar Jepun

TOKYO17 MAC : Negara asing menasihatkan rakyatnya agar meninggalkan Jepun, yang dilanda bencana berganda, ketika pihak berkuasa negara sebelah timur itu bertungkus-lumus untuk mengelakkan krisis nuklear yang dilihat semakin meruncing.

Ketua Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika Syarikat berkata salah satu reaktor, yang terjejas teruk, kelihatan merisaukan kerana tiada bekalan air untuk menghentikan rod bahan api daripada terus panas dan kemudian cair kelak.

Semalam, pekerja-pekerja menjauhi loji Fukushima Daiichi buat sementara kerana bimbang peningkatan radiasi tetapi kembali selepas keadaan dilaporkan selamat.

Rasa bimbang dan khuatir muncul kembali selepas pegawai-pegawai berkata reaktor kedua di kompleks itu, yang menempatkan enam reaktor, kemungkinan sudah rosak dan mengeluarkan stim radioaktif.

Laporan msnbc melaporkan, ketua tenaga Kesatuan Eropah Guenther Oettinger memberitahu Parlimen Eropah bahawa loji itu “secara efektif sudah tidak terkawal lagi” selepas kerosakan pada kemudahan sistem pendinginan.

“Dalam beberapa jam akan datang, akan ada malapetaka lebih buruk lagi, yang akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya,” katanya.

“Belum kelihatan panik lagi, tetapi Tokyo dengan penduduk seramai 35 juta orang, adalah metropolis paling besar di dunia,” katanya.

Bagaimanapun ketua pemantau nuklear PBB melihat pandangan itu dari sudut isu yang lain.

“Bukan masa untuk mengatakan keadaan sudah tidak terkawal,” kata Yukiya Amano, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa pada sidang media semalam.

“Operator-operator melakukan yang terbaik untuk memulihkan keselamatan reaktor,” katanya.

Beliau bercadang untuk terbang ke Jepun hari ini, lapor Reuters lewat semalam.

Beliau menggambarkan keadaan “sangat serius” dan telah meminta kerajaan Jepun menyediakan maklumat lebih baik kepada agensi itu.

Pelajar Kedah diserang angin ahmar di Mesir

Rabu, 16 Mac 2011 18:56 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM |

MESIR, 8 Mac - Ketika kira-kira 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir dibawa pulang ke tanahair ekoran tunjuk perasaan anti Presiden Hosni Mubarak, seorang pelajar Kedah yang enggan pulang diserang penyakit angin ahmar di bilik sewanya di Mesir.

Pelajar berkenaan Mohd Najmudin Abdul Aziz, berasal dari Kampung Memali, Baling sedang dalam persediaaan mengambil Sarjana, Jabatan Mufti Universiti Zamalik, Kaherah.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Syeikh Mohd Yusoff Haji Ahmad berkata, ketika kejadian kebanyakan pelajar Malaysia sudah kembali ke tanahair dan beliau tinggal sendirian di bilik sewanya.

Menurutnya, tengah malam itu selepas menelaah pelajaran beliau menutup komputernya untuk masuk tidur tiba-tiba terjatuh dan separuh anggotanya tidak dapat bergerak. Bagaimanapun beliau berjaya menghubungi seorang rakan dengan telefon tangan dan rakannya datang membantu.

Dengan bantuan rakan berkenaan dan beberapa pegawai dari Pejabat Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah, Mohd Najmudin dibawa ke hospital dan doktor pakar telah melakukan pembedahan segera.

Syeikh Mohd Yusoff memberitahu, kos pembedahan itu sebanyak LE30 ribu telah didahulukan oleh Ustaz Shaari Ishak seorang bekas pelajar yang kebetulan berada di Mesir.

Syeikh Mohd Yusoff merayu orang ramai yang ingin membantu Mohd Najmudin, bolehlah memasukkan sumbangan melalui HSBC: 056-049992-025 atas nama Muhammad Aizuddin Abdul Aziz (pemegang amanah).

Tambahnya lagi, pelajar ini akan dibawa balik ke Kedah pada 14 Mac untuk rawatan lanjut di hospital di tanahair.

- sumber

400 penghuni tidak puas hati arahan pindah



Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Jawatankuasa Bertindak Penangguhan Perpindahan Kuarters Kerajaan Kawasan Cochrane menuntut Jabatan Perdana Menteri (JPM), Bahagian Pengurusan Hartanah menangguhkan arahan perpindahan sehingga pihak JPM menyediakan kuarters ganti.

Mereka turut menuntut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan kuarters baru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam, Sungai Besi yang lebih dekat dengan PPR asal, bukan di PPR Kampung Muhibbah, Jalan Klang Lama.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali membawa masalah berkenaan ke Parlimen hari ini.

Menurut Lo' Lo', kira-kira 400 penghuni kuarters berkenaan telah menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap cara kerajaan memaklumkan berkenaan arahan berpindah itu.

Notis berkenaan hanya dimasukkan ke dalam peti surat pada waktu malam tanpa bersemuka dengan mereka sendiri.

Ini menimbulkan tekanan kepada penghuni yang kesuntukan masa untuk berpindah kerana terpaksa menguruskan persekolahan anak-anak dan perkara-perkara lain.

Dalam sidang media di lobi Parlimen, Lo' Lo' mempersoal notis berkenaan yang menyatakan ianya merupakan pemutihan setinggan sedangkan kuarters berkenaan dibangunkan kerajaan.

"Kenapa notis yang diberikan itu menyatakan pemutihan setinggan sedangkan ini kuarters kerajaan, bukan setinggan," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga mahu kerajaan prihatin terhadap nasib kakitangan kerajaan dan membuat keputusan yang sewajarnya.

Terdahulu Lo' Lo' menyerahkan memorandum lima muka surat itu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Krisis Nuklear Jepun Makin Buruk, Kuat Kuasa Zon Larang Pesawat



TOKYO, 16 Mac : Krisis nuklear paling buruk selepas Chernobyl berhadapan dengan situasi getir hari ini ekoran kebakaran baru di kompleks tenaga nuklear di timur laut manakala jurutera bimbang mengenai kemungkinan letupan akan menimpa di dua reaktor lain di premis tersebut.

Dua pekerja kompleks itu dilaporkan hilang selepas kebakaran sebelum ini.

Dalam pada itu, pihak berkuasa pula menguatkuaskaan zon larangan penerbangan melibatkan pesawat-pesawat komersial di kawasan lingkungan 30 kilometer (19 batu) ekoran krisis nuklear di kompleks nuklear Fukushima Daiichi sejak Sabtu lalu.

Seramai 140,000 dikatakan telah dipindah keluar dari kawasan tersebut.

Kebakaran terbaru dikesan pagi tadi di Unit 4 loji Fukushima Daiichi, demikian menurut Tokyo Electric Power Co. yang menambah bahawa ia adalah kebakaran susulan awal pagi semalam.

Laporan media memetik jurucakap Tepco, Hajimi Motujuku berkata, kebakaran dikesan dalam struktur pada saluran yang mengawal reaktor unit tersebut.

Kebakaran awal dan letupan di Unit 4 telah menyebabkan lubang pada bahagian luar dinding, sekali gus mengakibatkan kebocoran radiasi akibat peningkatan suhu bahan api di kolam simpanan.

Dua pekerja yang berada dalam unit hilang selepas kebakaran pertama, kata agensi keselamatan nuklear Jepun.

Status reaktor nuklear dan kolam simpanan di dalam bangunan tidak diketahui.

Pegawai-pegawai juga risau mengenai keadaan reaktor di Unit 5 dan 6.

“Operator-operator loji mempertimbangkan untuk mengalihkan panel-panel daripada reaktor Unit 5 dan 6 bagi mengelakkan himpunan hidrogen,” kata Agensi Tenaga Nuklear Antarabangsa (IAEA).

“Himpunan hidrogen di Unit 1, 2 dan 3 yang telah membawa kepada letupan di loji Daiichi baru-baru ini,” katanya lagi.

Letupan pertama disaksikan pada Sabtu lalu, sehari selepas gempa bumi dan tsunami.

Unit 5 dan 6 telah diisi dengan bahan nuklear tetapi tidak mengeluarkan tenaga ketika gempa bumi dan tsunami melanda bahagian timur laut Jepun.

Kedua-duanya dilihat stabil, tetapi semalam pegawai-pegawai Jepun berkata kadar suhu telah naik sedikit.

Dalam pada itu, laporan Reuters dari Vienna berkata, Ketua Pengarah IAEA Yukiya Amano berkata kemungkinan ada kerosakan teras yang terhad di Unit 2 loji Fukushima.

Ketika bercakap pada sidang media di sini, kata beliau, ada “kemungkinan kerosakan teras” di Unit 2.

“Kerosakan dianggarkan kurang daripada lima peratus,” katanya lagi.

Malah kata beliau, perkembangan terbaru dalam krisis nuklear Jepun “membimbangkan” tetapi masih percaya situasi adalah berbeza darupada tragedi Chernobyl 1986.

-The Malaysian Insider-

Helikopter tentera gugur air atas loji nuklear Fukushima

Usaha untuk membendung kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak Chernobyl, kini membabitkan penggunaan helikopter tentera untuk menggugurka air ke atas loji nuklear Fukushima.

Petuga diarahkan keluar sekejap dari loji tersebut selepas tahap radiasi semakin meningkat - satu perkembangan yang menunjukkan krisis tersebut kini sukar dikawal.

"Kira-kira jam 10.40 pagi (9.40 pagi waktu Malaysia), kami mengarahkan pemindahan pekerja... disebabkan peningkatan data (keradioaktifan) di sekitar pintu loji yang sudah berusia itu, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, para petugas dibenarkan masuk semula, selepas tahap radiasi jatuh. Operator loji berkata terdapat 180 pekerja di tapak pada 0230 GMT (10.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya beberapa jam sebelumnya, satu lagi kebakaran berlaku di loji tersebut, yang telah membawa radiasi rendah ke kawasan Tokyo dalam tempoh 24 jam, mencetuskan kebimbangan di ibunegara Jepun itu dan di peringkat antarabangsa.

Para pekerja sedang berusaha membersihkan sampah sarap untuk membuka laluan supaya kereta bomba boleh sampai ke reaktor No 4 di kompleks Daiichi di Fukushima, 240km di utara Tokyo.
Api tidak lagi dapat dilihat di bangunan yang menempatkan reaktor, tetapi gambar TV menunjukkan asap masih ketara.

Operator loji menyifatkan reaktor No 3 sebagai "keutamaan" dan berkata, keadaan di reaktor No 4, tempat berlakunya kebakaran, sebagai "tidak sebegitu baik".

Pemilihan PAS : Tumpuan Kini Pada Mat Sabu

KUALA LUMPUR 16 MAC : Mata kini tertumpu kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan nombor dua dalam pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan.

Malah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu.

Ibu pejabat parti Islam itu menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan pepecahan undi dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan.

Umum awal April

Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu kini dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad.

Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Mohamad dikatakan antara pemimpin yang cenderung anti kepada idea kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan bagi melayakkan bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.-Malaysiakini

Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera - Suspek pemancit tayar kereta berjaya diberkas

ALOR SETAR - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah diibaratkan kejadian sabotaj terhadaap kenderaan pengunjung semasa ceramah sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila seorang suspek ditahan semalam.

Dia berjaya ditahan sekumpulan petugas semasa dipercayai sedang melakukan lagi sabotaj keatas kenderaan pengunjung.

Menurut seorang petugas, suspek ditahan ketika cuba melakukan sabotaj yang sama. Apabila disoal, suspek mendakwa sedang menukar tayar kereta sedangkan tiada peralatan membuka tayar yang ditemui bersamanya dan dia mengaku kereta tersebut bukan miliknya.

Suspek akhirnya ditahan dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.

YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dalam ceramahnya turut menyentuh tentang kejadian sabotaj yang berlaku malam sebelumnya. Dalam kejadian tersebut, lebih 40 buah kenderaan telah dipancitkan tayar ketika hadir ke program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera

Mahathir Buta Perlembagaan, kata Aziz Bari



SHAH ALAM 15 MAC : Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Aziz berkata, merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu beliau boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Aziz berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara’ pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Menurut Aziz , Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.

“Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini,” ujarnya.

Jelas Aziz, beliau turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu.

“Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Adun Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Soalan Adakah Berdosa Suami Tak Mampu Beri Nafkah Zahir Kerana Bayar Hutang - Ustaz Azhar Idrus

Jet Pejuang Gaddafi Bom Bandar Ajdabiya

TOBRUK Libya 15 MAC : Jet-jet pejuang tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi mengebom bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak yang merupakan satu daripada dua pusat utama memisahkan tentera kerajaan dan ibu pejabat pihak pemberontak.

Seorang penduduk bandar itu, Said Ali Bouhilfaya, seorang jurutera berkata, serangan udara itu berlaku setiap 20 minit selepas suasana tenang sehari suntuk.

Serangan bom itu berlaku selepas jurucakap pihak pemberontak mendakwa pesawat kerajaan menggugurkan risalah-risalah di seluruh bandar Ajdabiya meminta penduduk tidak menyokong kumpulan yang menentang Gaddafi - Agensi

Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini. Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

K.L

PM Jepun Sahkan Radioaktif Bocor, Paras 'Sangat Tinggi'



TOKYO 15 MAC : Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengesahkan radiasi keluar daripada loji tenaga nuklear di timur laut negara itu selepas awal pagi tadi letupan kali ketiga dalam tempoh empat hari dan satu lagi kebakaran baru dilaporkan.

"Nampaknya kadarnya sangat tinggi, dan masih ada tahap risiko yang tinggi bagi lebih banyak radiasi keluar (dari loji)," kata Kan dalam kenyataan dikeluarkan menerusi televisyen.

Kan memberitahu radiasi terbocor daripada tiga reaktor loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi, salah satu wilayah yang paling teruk dilanda gempa bumi pada skala 9 dan tsunami 10 meter.

Sementara itu zon tiada penerbangan (no fly zone) diumumkan pada radius 30 km persegi sekitar loji nuklear Fukushima Daiichi.

Perdana Menteri itu berkata, mereka yang tinggal dalam kawasan lingkungan 30 kilometer diminta hanya berada di rumah masing-masing.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak," Kan.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang," katanya lagi.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Terdahulu Kedutaan Perancis mengeluaran amaran bahawa radiasi dari kawasan itu akan bergerak ke Tokyo dalam tempoh 10 jam.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji iti adalah kira-kira 240 kilometer.

Di sebalik kebimbangan mengenai impak bencana berganda ini, pasaran saham Jepun pula jatuh tujuh peratus, ke paras paling rendah dalam dua tahun, selepas merosot 7.6 peratus semalam.

Sebelum ini Kan memberitahu Jepun berhadapan dengan krisis paling buruk sejak Perang Dunia Kedua dengan kos kewangan bencana ini dianggarkan AS180 bilion, yang menurut penganalisis akan membawa negara ketiga terkaya itu kembali ke era kemelesetan.

Gambar Sekitar Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera

http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0080.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0348.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0378.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0389.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0429.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0460.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0536.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0556.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0569.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_0592.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_2040.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_2042.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_2058.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/dsc_2080.jpg
http://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/img_0183.jpghttp://wartakedah.net/images/stories/MAC2011/img_0191.jpg

Diari siasatan lengkap dibuat selepas setahun kematian Teoh



KUALA LUMPUR, 14 Mac – Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu diari penyiasatan yang lengkap mengenai soal siasat bekas setiausaha politik exco Selangor itu dibuat selepas setahun kematiannya.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya Arman Alies berkata diari pada Ogos 2010 itu merupakan hasil laporan kedua selepas laporan pertama pada Julai 2009, yang ditulis dalam komputer riba miliknya, hilang akibat diserang virus.

Arman juga memberitahu prosiding hari ini bahawa beliau tidak menyimpan “soft copy” laporan pertamanya itu.

“Laporan pertama yang saya buat telah diserahkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM selepas keterangan saya diambil oleh polis pada 18 Julai 2009,” katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Arman turut memberitahu hasil laporan kedua itu dibuat berdasarkan ingatannya sahaja dan berpandukan kepada dua helai kertas A4 yang telah dibuat catatan olehnya semasa temu bual dengan Teoh pada 16 Julai 2009.

Ketika ditanya Peguam Edmund Bon, apa tujuannya membuat laporan kedua itu, Arman berkata: “Saya membuat laporan untuk tujuan simpanan saya.”

Beliau turut bersetuju dengan Edmund bahawa perkataan “kekerasan tidak digunakan” ditambah dalam laporan kedua yang disediakan olehnya.

“Saya menambah perkataan itu untuk mengelakkan daripada tohmahan dan saya cerita benda yang benar,” katanya.

Arman juga tidak bersetuju dengan Edmund bahawa beliau tidak menulis perkataan “kekerasan tidak digunakan” dalam laporan pertama kerana beliau tidak berperasaan serba salah mengenai apa yang berlaku di dalam bilik bersama Teoh.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya itu, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan supaya kesemua komputer termasuk komputer riba dan telefon bimbit milik Arman diambil dan diserahkan kepada penyiasat persendirian Michael Leslie Squires untuk disiasat.

“Kesemua komputer riba dan telefon bimbit milik pegawai lain yang terlibat akan diambil jika perlu untuk mengetahui kandungan dan butiran yang berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, peguam Christoper Leong dari Majlis Peguam telah mencadangkan kepada suruhanjaya untuk mengambil semua dokumen termasuk komputer, telefon bimbit dan memo milik pegawai SPRM lain yang terlibat dalam penyiasatan Teoh.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ‘‘keputusan terbuka’’ berhubung kes itu. – Bernama

PR tanding di Sarawak, mahu tempoh kempen 21 hari




Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Pakatan Rakyat hari ini secara rasmi menyatakan kesediaan menyertai pilihan raya negeri Sarawak.

Perkara itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.

Katanya, walaupun tabiat negara ini meletakkan tarikh pilihan raya dalam keadaan teka teki dan tidak demokratik seperti negara lain, namun Pakatan Rakyat tetap membuat persediaan menghadapinya.

"Kita telah berbincang untuk menghadapi pilihan raya Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa.

"Kita terus menyertai pilihan raya dan membuat persediaan yang kita bincang hari ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Pembangkang yang digantung, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan utama ketiga-tiga kompenen parti.

Sehingga kini katanya, sebahagian masalah membabitkan kepentingan ketiga-tiga parti termasuk pembahagian kerusi sudah diselesaikan di peringkat dalaman.

Kesemua perbincangan berhubung persedian ujarnya, dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak diumumkan.

Ianya termasuk juga pembentukan menifesto bersama yang akan dibincang dengan kepimpinan parti di peringkat negeri itu.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat turut mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menilai semula tempoh kempen agar dipanjangkan sehingga 21 hari.

"Kita mendesak agar hak media dan hak berkempen diberi sama rata kepada semua parti-parti yang bertanding," tegasnya.

HD

SPRM Digesa Siasat BN Perak, Salahguna Kuasa

PERAK 14 MAC : Sekurang- kurangnya 20 penduduk Gunung Cheroh, Ipoh membuat satu laporan polis kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kepimpinan UMNO Barisan Nasional Perak yang didakwa menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi mereka berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada syarikat Fasa Unggul Sdn Bhd baru-baru ini.

Adun Buntong, A Sivasubramaniam berkata, selain membuat laporan kepada SPRM pihaknya turut menggesa kerajaan negeri itu bersikap prihatin terhadap kesusahan dan kebajikan rakyatnya.

”Tujuan kita semua datang ke sini adalah untuk membuat laporan terhadap sprm kerana kita dapati ada unsur-unsur penyalahgunaan kuasa di mana kebanyakan penduduk telah menetap di tempat ini lebih kurang 70 tahu,

"Jadi laporan ini akan dibawa kepada tuan atau puan majisteret di mahkamah terhadap kes yang akan didengar pada 23 Mac ini supaya menangguhkan penguatkuasaan terhadap rumah mereka dan kita juga akan turut menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak supaya beliau dapat menolong rakyat miskin ini,” kata Siva

Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.

Menurut Sivasubramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.

Subramaniam berkata, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.

Jelas Sivasubramaniam, laporan tersebut juga berikutan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan terhadap pihak peguambela dan peguamcara V.Selva & Assoc. dengan mengarahkan penduduk di kawasan terbabit mengosongkan tanah yang mereka duduki sejak 80 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau turut mendakwa Ketua MIC Perak, Thangeswari meminta bayaran RM 10,000 sebagai yuran bagi memperjuangkan keadilan mereka dalam memiliki penempatan tersebut.

Wanita perlu kesedaran mengenai undang-undang

ALOR SETAR, 13 Mac – Golongan wanita perlulah mempunyai kesedaran mengenai undang-undang kekeluargaan dalam usaha melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Ghazali, peranan golongan wanita amat penting ke arah mewujudkan kehidupan yang mesra dalam keadaan harmoni dan berkasih sayang.

“Seorang isteri terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan dalam usaha melahirkan sebuah keluarga yang aman bahagia di samping mendidik anak-anak dengan didikan yang secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Forum Wanita Sejahtera yang bertemakan ‘Wanita dan Undang-Undang: Satu Penjelasan’ di Pekarangan Stadium Darul Aman, yang diadakan sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Ustazah Siti Ashah memberitahu, Forum Wanita Sejehtara itu menjurus kepada meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai undang-undang, kekeluargaan dan kesihatan.

“Di sinilah letaknya peranan wanita dalam bersama-sama melahirkan generasi keluarga yang bepekerti mulia dan menceriakan rumah tangga,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, golongan wanita terutama isteri turut bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak dengan sebaiknya.

“Peranan mendidik generasi baru adalah terletak pada kerjasama semua pihak dan menjadikan golongan wanita sebagai penyumbang kepada kesejahteraan negara,” katanya.

Dua ahli panel dijemput bagi menjayakan Forum Wanita Sejahtera yang mana salah seorang daripadanya ialah Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin yang membicarakan mengenai undang-undang dan hak seorang wanita.

Seorang lagi ahli panel ialah pakar motivasi dan Doktor Pakar Perunding Mata, Profesor Dr. Muhaya Mohamad yang mengupas topik mengenai kesihatan dan kekeluargaan.

Manakala pengerusi majlis ialah Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Kedah, Ustazah Faridah Ahmad.

Tiada Peruntukan Khusus FLOM, Siapa Tanggung Kos Lawatan Rosmah ?

KUALA LUMPUR 14 MAC : Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menjelaskan tiada sebarang peruntukan khusus diberikan kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga Jabatan Wanita Pertama Malaysia atau FLOM.

Nazri juga mengesahkan jabatan itu tidak pernah wujud. Kenyataan Nazri itu menimbulkan pelbagai kekeliruan dikalangan rakyat apabila FLOM sebelum ini dilihat menghiasi laman web rasmi perdana menteri.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bingkas mempersoalkan sumber dana yang digunakan kerajaan bagi menampung kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke luar negara yang berjumlah lebih RM134'000 ?

"Jadi, kalau tidak menggunakan peruntukan dari Bahagian Wanita Pertama (FLOM), dari mana datangnya wang itu?" soal Zuraida.

Zuraida kemudian bingkas mempersoalkan adakah Nazri takut atau sekadar mahu menjaga air muka Rosmah justeru memberikan sedemikian.

"Ini adalah jawapan yang berdolak dalik. Menteri tidak memberikan jawapan yang tepat. Apakah kerana dia takut kepada Rosmah ?," ujar Zuraida.

Zuraida menegaskan kenyataan berbelit- belit oleh pihak menteri tidak menjernihkan keadaan malah ia turut mendatangkan kekeliruan kepada rakyat.

“Saya rasa sebenarnya kerajaan Malaysia masih tidak jelas untuk menyelesaikan masalah kedudukan yang mengaku dirinya first lady. Menteri sebenarnya ingin menyatakan kebenaran tapi sebenarnya takut,” katanya.

Nazri ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Sungai Petani turut menjelaskan tindakan Rosmah yang menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama.

Nazri berkata, gelaran wanita pertama merupakan gelaran tidak rasmi dan ini merupakan amalan lama.

“Gelaran wanita pertama merupakan gelaran tidak rasmi yang tidak berasakan kepada sebarang peruntukan perundangan tapi berasaskan kepada amalan atau kelaziman," kata Nazri.

"Dalam kontes malaysia ialah yang amat berhotmat isteri perdana menteri," tambahnya lagi.

Tindakan Rosmah menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama dipertikai banyak pihak lantaran gelaran itu dilihat lebih layak diberikan kepada Raja Permaisuri Agung.

Turut dipertikaikan jabatan yang diilhamkan Rosmah itu memenuhi ruang laman sesawang yang dikhususkan kepada pejabat rasmi perdana menteri.

Loji nuklear ketiga Fukushima meletup

TOKYO 14 MAC : Satu letupan kuat merosakkan loji nuklear ketiga Fukushima, dengan asap tebal dan api menjulang di reaktor berkenaan, sebentar tadi.

Jurucakap Ketua Kabinet Jepun, Yukio Edano berkata, maklumat yang diperoleh dari pegendali reaktor, TEPCO menyebut ia bagaimanapun tidak membawa kesan kebocoran radiasi yang besar.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata, letupan itu di reaktor ketiga di Loji Nuklear 1 Fukushima dipercayai disebabkan tekanan hidrogen.

Letupan hidrogen juga berlaku di reaktor nombor satu di loji sama Sabtu lalu, sehari selepas berlaku gempa kuat dan tsunami di perairan timur laut negara itu.

Pihak berkuasa sehingga kini sudah mengisytiharkan zon pemindahan di kawasan lingkungan 20 kilometer dari loji berkenaan dengan 210,000 orang sudah dikeluarkan. - AFP

Beribu risalah perkauman ditabur dan lebih 40 buah kereta dipancitkan malam ceramah Kedah Sejahtera

ALOR SETAR, 13 Mac - Beribu risalah perkauman ditabur di sekitar Stadium Darul Aman dan berpuluh buah kenderaan orang ramai yang hadir mendengar ceramah dipancitkan tayarnya. Begitulah senario malam keempat Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di sini.

Ceramah Perdana pada malam ini (semalam) menampilkan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di dalam Stadium Darul Aman.

Orang ramai yang mahu pulang sebaik sahaja program ceramah berakhir terkejut apabila mendapati banyak kenderaan yang dipancitkan tayarnya. Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya 40 buah kenderaan didapati tayarnya dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kesemua kenderaan tersebut diletakkan di tempat letak kenderaan yang dibenarkan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu Briged Amal dapat mengumpul kesemua risalah politik yang berbaur perkauman sebelum ia sempat teredar secara meluas kepada orang ramai. Antara isi kandungan risalah itu ialah fitnah jahat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Encik Shaharudin Omar dari Pokok Sena, beliau terkejut mendapati dua buah tayar kenderaannya kempis sewaktu menghampiri kereta. "Rupanya sederet empat buah kereta berhampiran saya mengalami nasib yang sama," ujarnya.

Orang ramai percaya peristiwa mempancitkan tayar kenderaan dan penyebaran risalah perkauman adalah angkara pihak yang sama. "Mungkin sambutan hebat rakyat terhadap program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera telah menggusarkan mereka, sehingga tenggelam punca lalu mengarahkan budak-budak jahat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," ujar seorang pengunjung dari Jitra.

Soalan Imam Tak Sempurna Bacaan Takbir Dan Al Fatihah - Ustaz Azhar Idrus

Bot Pelancong Ke Pulau Perhentian Terbakar, 40 Penumpang Selamat

BESUT 13 Mac : Sebuah bot pelancong yang dalam perjalanan ke pulau peranginan Pulau Perhentian terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi ini, bagaimanapun kesemua 40 penumpang bot itu selamat.


Bot itu terbakar kira-kira setengah jam setelah berlepas dari Jeti Pelancongan Kuala Besut, di sini.

Kesemua penumpang bot itu yang terdiri tiga pelancong asing, 33 pelancong tempatan dari Melaka, dua penduduk Pulau Perhentian serta pemandu bot dan pembantunya diselamatkan oleh bot nelayan di kawasan itu.


Seorang daripada penumpang bot itu, Nirisan Atan, 38, dari Melaka yang kedua-dua belah tangannya melecur dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Daerah Besut di sini untuk rawatan.


Arman Arshad, 34, yang cedera dalam kejadian itu ketika ditemui di hospital berkenaan berkata beliau bersama anggota rombongan dari Melaka termasuk 17 kanak-kanak dan remaja berumur antara tiga hingga 15 tahun menaiki bot ke pulau peranginan itu pada kira-kira 10 pagi.


Menurutnya, kira-kira setengah jam selepas itu, asap dilihat keluar dari arah enjin bot itu menyebabkan pemandunya menghubungi rakan-rakan lain untuk datang membantu.


"Apabila keadaan api semakin marak, kami yang semuanya memakai jaket keselamatan diminta terjun ke laut seorang demi seorang dengan didahului oleh kanak-kanak dan berpegang kepada tali yang disediakan oleh pemandu bot.


"Sebelum diselamatkan oleh bot nelayan kira-kira 10 minit kemudian, kami terpaksa mententeramkan kanak-kanak yang menangis ketakutan sambil berdoa agar kami diselamatkan dengan segera," katanya yang bekerja dengan sebuah kilang swasta di Melaka.

Ketua rombongan pelancong tempatan itu, Mohd Ramlan Mohd Jadi, 42, berkata ketika dalam perjalanan beliau yang duduk di bahagian belakang bot tiba-tiba terhidu bau minyak dan asap.

Katanya beliau yang bimbang dengan keadaan itu telah memaklumkan perkara itu kepada pemandu bot dan pembantunya yang kemudiannya membuat pemeriksaan dan meneruskan perjalanan.


"Tiada tindakan diambil sehinggalah bahagian enjin itu terbakar dan kami terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke laut sebelum diselamatkan," katanya yang kesal dengan tindakan pemandu bot tersebut.

Katanya pemandu berkenaan sepatutnya mengambil tindakan segera kembali ke jeti di Kuala Besut jika didapati keadaan bot tidak selamat tetapi meneruskan juga perjalanan yang menyebabkan insiden itu berlaku.


Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu.

(LIVE) Pidato Kemasyarakatan bersama Dato' Amiruddin Hamzah, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Ceramah Dalam Stadium)


JIKA SIARAN TERSEKAT SILA REFRESH KEMBALI

(video) Rosmah Sifatkan Malapetaka Jepun Satu Pengajaran



SHAH ALAM 13 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hari ini membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.

Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.

Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.

"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.
.
Rosmah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terhadap bencana berkenaan.

Angka rasmi kematian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu kelmarin adalah 689 orang namun jumlah mangsa dijangka meningkat dengan mendadak kerana ribuan rakyat negara itu masih dilaporkan hilang.

Pimpinan Umno 'Menikus' Terhadap Mahathir



SHAH ALAM 13 MAC : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menganggap sikap menikus pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Najib Razak setiap kali Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersuara, adalah disebabkan banyak rahsia pimpinan Umno pada hari ini berada dalam tangannya.

Menurut Johari, perkara itu terbukti apabila Mahathir dengan sewenangnya-wenangnya boleh mengeluarkan kenyataan dan arahan tanpa cabaran dari Perdana Menteri Menteri dan pimpinan tertinggi Umno yang lain.

"Semua Perdana Menteri lepas dia (Mahathir) ada masalah. Ada rahsia kecurangan, korupsi, nepotisme, sebab itu dia pegang dan apa dia cakap, tak ada siapa berani usik. Dan dia guna maklumat ini untuk kukuhkan kedudukan dia dan goncang orang lain,"katanya.

Johari bercakap kepada TV Selangor dalam memberi komen kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang mengatakan memoir 'A Doctor In The House' tulisan Mahathir yang dipasarkan sejak minggu lalu sebagai sebuah penipuan politik.

Ku Li mengecam kenyataan Mahathir dalam buku tersebut bahawa beliau yang mengheret parti (Umno) ke mahkamah dan terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987.

Johari bersetuju dengan kenyataan Ku Li tersebut, malah ia terbukti dalam pemilihan selepas itu apabila ramai pemimpin Umno seperti Timbalan Menteri Pertahan, Datuk Dr Latiff Ahmad, ahli Parlimen Bagan Serai dan Pengerusi FELDA Datuk Isa Samad didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang.

"Apa yang Ku Li kata itu bertepatan, kerana itulah puncanya politik wang bila pertembungan Ku Li dan Mahathir begitu sengit. Ku Li dah buktikan waktu itu. Mungkin Mahathir sendiri tak beri duit. Tapi guna ejen atau orang dia untuk pemilihan itu hingga Ku Li kalah,"tambahnya lagi.

Menurut Johari lagi, perkara paling merepek ialah kenyataan bahawa Mahathir mengetahui perangai buruk dan salah laku seks Ketua Umum Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kira memoir Mahathir itu satu pembohongan. Bukan saja isu politik wang tapi isu mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dia (Mahathir) kata dia tahu Anwar tak bermaruah. Sebagai Presiden dan PM, kalau tahu, mengapa biarkan Anwar lama sebagai Timbalan Perdana Menteri? Sebagai PM, kalau betul nak banteras, sepatutnya tindakan diambil pada waktu itu," katanya.

Anwar: PR Bincang Bersama Putuskan Calon P/raya sarawak, PRU



KUCHING 13 MAC : Pakatan Rakyat akan berbincang dengan semua pemimpin negeri dalam menentukan calon dan manifesto bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan pilihan raya umum yang bakal berlangsung kelak.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pandangan dan krtitikan membina setiap pemimpin serta cabang parti akan diambil kira kerana calon dan manifesto yang dikemukakan akan menentukan kejayaan gagasan itu.

“Kita akan beri peluang kepada semua negeri- negeri pimpinan negeri bincang memutuskan dan beri pandangan mereka. Kita cadangkan sebaiknya mereka menyegerakan menifesto bersama, konvensyen Pakatan Rakyat dan pengagihan kerusi diputuskan," kata Anwar.

Anwar berkata demikian semasa sidang medianya selepas Konvensyen PKR Sarawak semalam.

Mengenai tuntutan yang dibuat oleh PKR dan SNAP berhubung pembahagian kerusi bagi pilihanraya Sarawak, Anwar menjelaskan tuntutan itu boleh dibincangkan sekiranya munasabah.

“Pada prinsipnya kita tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa sahaja yang membuat tuntutan yang munasabah tetapi yang lebih penting adalah mereka perlu mendokong prinsip yang dibawa Pakatan Rakyat," ujarnya.

Mengenai ketidakhadiran pemimpin parti SNAP di dalam konvensyen itu, katanya pemimpin parti itu dijemput tetapi mungkin terlibat dengan komitmen yang lain.

Semangat 3 Tahun Kedah Sejahtera, Kenari menang 2-1

ALOR SETAR, 12 Mac – Pasukan Kenari mendapat suntikan semangat dari Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera apabila berjaya mengalahkan Terengganu 2-1 dalam siri perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Walaupun ketinggalan dalam separuh masa pertama 0-1, Kedah bangkit semula membenamkan Terengganu 2-0 pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan 2-1. Kedah berjuang tanpa jurulatih Ahmad Yusof yang direhatkan akibat prestasi kurang memuaskan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Para penonton diberi potongan harga tiket untuk menyaksi perlawanan tersebut sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman.

Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini

TOKYO 12 MAC : Kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara apabila lebih 1,300 dikhuatiri maut sebaik sahaja fajar menyingsing di negara itu.

Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.

Siaran televisyen memaparkan visual tentang kawasan kediaman dan ladang yang ditenggelami air serta kenderaan yang dihanyutkan. Sementara itu, satu lagi gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata.

Bagaimanapun, setakat ini, sejauh mana kemusnahan yang diakibatkan gempa terbaru yang berlaku di kawasan berkenaan, yang terletak jauh dari kawasan yang dilanda malapetaka dahsyat semalam, belum diketahui.

Di samping berita tentang kemusnahan dan usaha menyelamat yang menja ditumpuan pelbagai pihak sekarang, satu lagi perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya ini.

Sementara itu, kedutaan Malaysia di sini menyatakan pihaknya telahmenghubungi warga Malaysia, termasuk pelajar yang tinggal di kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi itu.

Sehingga pukul 6 pagi tadi (5 pagi waktu Malaysia), kedutaan itu telah menghubungi 289 warga Malaysia yang tinggal di wilayah yang dilanda gempa bumi dan tsunami semalam .

Ia juga berhubung dengan rakyat Malaysia dari wilayah lain, yang kurang terjejas oleh bencana alam itu.

"Setakat ini, kesemua mereka selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kemalangan jiwa. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan paling teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun," kata Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Sebahagian lebuh raya ke Lapangan Terbang Narita yang ditutup sebelum ini atas faktor keselamatan, telah dibuka semula.

Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hariwaktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), esok.

Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka.

Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain. Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas.

Pantun untuk rakyat Malaysia

Husam Musa

Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011:

SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI

KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI
DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI
JUDI DILESEN DULU LAGI
ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI

BUKAN RAKYAT SENANG HATI
HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI
BAWANG MINYAK TAMBANG LORI
SURATKHABAR PUSING JADI LALI

KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI

KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI
JUAL MELAYU, JUAL NEGERI
BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI
ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI

RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI
MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI
HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI
ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI

TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI

PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI
ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI
SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI
MENGAKU FIRST LADY

PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI
ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI
SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI
KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI

SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI
UNDILAH BN UNDILAH DACING
HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI
HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?

HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI
HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI
KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI
MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI

ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI
RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI

- Husam Musa -