Tidak mustahil berlaku kejutan di Merlimau

Hazayani Zakaria

JASIN, 26 Feb: PAS tidak akan menyerah kalah meskipun di kubu kuat Umno BN sebaliknya akan terus menggunakan peluang yang ada untuk mengajak rakyat membuat perubahan.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Merlimau untuk menang dan yakin mampu menghadapi persaingan sengit dengan pihak lawan.

"Mahathir pernah kalah kepada calon PAS di kubu kuat BN jadi kita lawan dulu. Kita bagitahu kepada rakyat tawaran kita dan keburukan yang sedang dilakukan BN di negeri ini dan kita serah kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kalau kalah, pilihan raya akan datang kita masuk lagi.

"PAS masuk pilihan raya untuk menang. Di mana sahaja tempat yang kita boleh bagi tentangan (kepada BN) kita akan bagi kerana PAS nak pastikan risalah perjuangan kami diterima rakyat dan perubahan dalam negara ini dapat dilakukan," katanya.

Soalan Hukum Pergi Lihat Monsun Cup - Ustaz Azhar Idrus

Soalan Fadilat Solat Sentuh Bahu - Ustaz Azhar Idrus

Ucapan sulung calon PAS PRK N.28 DUN Kerdau.

Himpunan Bersih sekali lagi

Hazayani Zakaria

JASIN, 25 Feb: Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.

"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.

"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.

"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Mengenai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, beliau berkata PAS yakin dengan kebolehan calonnya, Yuhaizad Abdullah untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka khususnya mewakili orang muda.

Katanya, berkata, PAS meletakkan calon muda kerana sebahagian pengundi merupakan generasi muda.

"Anda semua sudah dengar kebolehan Yuhaizad berpidato. Kita yakin Yuhaizad boleh berhujah membawa suara PAS dalam Dewan Undangan Negeri Melaka.

"PAS mencalonkan orang muda kerana sebahagian pengundi baru ialah pengundi muda," kata beliau Yuhaizad, 38, merupakan anak tempatan dan memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Abdul Hadi juga berkata, PAS optimis merampas kerusi Merlimau dari BN sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara adil dengan memberikan ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat secara menyeluruh.

"Tak mustahil kita boleh menang. Kita pernah menang, kita pernah kalah dan kita boleh menang. Cuma kita harap pilihan raya itu mesti adil, bukan sahaja adil dari segi mengundi tapi dari laporan media.

"Harapan untuk menang ada kerana kita telah berjaya mengubah undi daripada 2004 dengan menurunkan seribu undi BN pada 2008," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Terdahulu, berucap di hadapan lebih 6,000 penyokong Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui demokrasi yang sebenar.

"Pakatan rakyat menyertai pilihan raya kecil untuk mengajak rakyat membuat perubahan melalui pilihan raya dan kita mahu pilihan raya diadakan dengan adil. Kita beri peluang kepada BN yang memerintah negara ini yang bertanggungjawab memimpin negara supaya memodenkan demokrasi kerana masa sudah berubah dan demokrasi mesti direformasikan," katanya.

Menurut beliau, rakyat berhak menegur dan menukar pemerintah yang dilihat sudah pincang dari segi pentadbiran melalui pilihan raya bagi memastikan kesejahteraan negara.

"Demokrasi adalah mahkamah rakyat melalui pilihan raya untuk memlih kerajaan yang sihat kerana tidak ada ketua negara yang hidup selama-lamanya. Bila sampai umur dia mati dan tidak ada parti yang boleh memerintah selama-lamanya," katanya.

http://www.harakahdaily.net

Kempen PAS mesra rakyat

TEMERLOH, 24 Feb: PAS akan menggunakan pendekatan mesra rakyat sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Sehubungan itu, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Hassanuddin Salim menyeru seluruh pengundi di dalam Dun Kerdau supaya menjalani PRK ini dengan semangat kasih sayang.

“Kita sebagai rakyat Dun Kerdau, kita ambil pendekatan dengan semangat Islam dan kasih sayang,” ujarnya ketika berucap selepas diumumkan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di pekarangan Kompleks PAS Kerdau, dekat sini, malam ini.

Beliau yang pernah bertanding pada PRU ke-12 lalu di Dun Kerdau menambah, PAS dan Pakatan Rakyat akan mendekati para pengundi dengan roh Islam semasa berkempen nanti.

RM1.8 Bilion Beli Senjata di Turki

Ceramah / Majlis Pengisytiharan Calon N.28 Kerdau (live)



Soalan Adab Bertanya Dalam Islam - Ustaz Azhar Idrus

Jangan manipulasi undang-undang tanah untuk kepentingan peribadi

ALOR SETAR, 24 Februari - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Hutan diminta menyusun atur dalam proses permohonan tanah-tanah dalam usaha supaya kelonggaran dalam peruntukan perundangan sedia ada tidak dimanipulasi pihak tidak tanggungjawab yang berkepentingan peribadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan YB S Manikumar berkata, koordinasi yang didapati terbabit dalam isu pencerobohan tanah di Langkawi ini telah dikumpulkan dan pengkalan data itu akan dibawa kepada perhatian pihak berkuasa atasan.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam berkata, dengan adanya campurtangan YAB Menteri Besar secara langsung isu tersebut sudah pasti mencapai penyelesaian terbaik serta komitmen yang serius untuk hapus gejala tidak sihat.

Menurutnya, pencerobohan hutan di Langkawi yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab amatlah dikesalkan kerana untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang itu akan mengambil masa yang lama.

Pencerobohan bukan sahaja merosakkan eko sistem alam sekitar tetapi telah mencacatkan keindahan Langkawi Permata Kedah.

Lokasi yang menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu itu ialah sekitar kawasan air terjun Durian Perangin dan Pangang Saga.

“Kita melihat dari udara pemandangnnya sungguh menyedihkan kerana kita melakukan berbagai alternatif bagi menjadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan dunia kerana aset kita adalah keindahan alam semujadi yang ada di Langkawi,” katanya.

Beliau mempunyai lima belas keping gambar menunjukkan lokasi-lokasi yang rosak akibat pencerobohan itu yang diambil dari udara.

Menurutnya, siasatan secara terperinci yang diarahkan oleh YAB Menteri Besar Kedah bersama Jabatan Hutan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Galian (PTG) bagi mengenalpasti kawasan terbabit.

Sehubungan itu, hasil siasatan akan dibawa ke pihak atasan untuk dibentangkan maklumat yang harus digunapakai bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.

Beliau memohon agensi berkaitan supaya memberi kerjasama sebaiknya sama-sama menangani isu yang membawa kemusnahan industri pelancongan negeri Kedah.

Ujarnya, orangramai harus faham bahawa keunikan flora fauna yang ada di pulau Permata Kedah merupakan aset utama yang perlu dijaga bersama untuk memposisikan Langkawi sebagai pusat kedatangan pelancong terulung di rantau ini.

“Oleh itu pihak terlibat harus meneliti isu berkaitan supaya tidak bertindak ikut kepentingan individu kerana keunikan alam semulajadi Langkawi adalah aset untuk generasi akan dating,” katanya.

Beliau juga menyeru Pejabat Daerah dan Majlis Badaraya Pelancongan Langkawi supaya memain peranan secara efektif dengan memberi kerjasama yang lebih imtim kepada PTG dan Pejabat Hutan.

PM New Zealand Isytihar Perintah Darurat



PRU 13: Pakatan tingkat kerjasama, kongsi jentera

Harakahdaily

PETALING JAYA, 23 Feb: Bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir, negeri-negeri Pakatan Rakyat bersetuju meningkatkan kerjasama dan perkongsian dari segi maklumat, jentera dan sumber bagi menjamin kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Demikian kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Para Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan, antaranya pimpinan negeri Pakatan Rakyat terus komited untuk memimpin dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sebagaimana dipersetujui dalam Resolusi Shah Alam sempena Persidangan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat November lepas.

Sehubungan dengan itu, mereka akan meneruskan Sekretariat Bersama negeri-negeri Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan demi memperkukuhkan kerjasama di antara negeri Pakatan Rakyat dan menggembleng sumber dan kepakaran.

“Sekretariat ini akan memberikan penumpuan kepada 5 aspek utama iaitu Pelaburan, Kerajaan tempatan, Pengurusan, Pengurusan Sumber Air, Pertanian dan Pelancongan,” ujar kenyataan berkenaan.

Mereka juga mengiktiraf usaha cemerlang yang dibuat oleh semua negeri-negeri Pakatan Rakyat selama ini sehingga mencatat kadar tertinggi pelabur asing di negara ini.

“Kami bersepakat menyusun kerangka strategi bersama bagi menarik pelaburan luar dalam projek-projek ekonomi. Negeri-negeri Pakatan Rakyat juga akan memanfaatkan dana benih 10 juta yang telah sumbangkan oleh Negeri Selangor bagi meningkatkan pelaburan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain,” tambah kenyataan itu lagi.

Menyedari kepentingan menghadapi serangan laporan negatif media terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, suatu mekanisme bersama telah disepakati untuk menyalurkan berita di antara negeri Pakatan Rakyat di samping memberikan penerangan kepada massa mengenai dasar positif yang telah diamalkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Siaran Langsung Malaysia vs Pakistan - Pertemuan Kelayakan Pra-Olimpik...Terkini Malaysia mendahului 2-0


Bob Lokman: Fi SabililLah

Bob Lokman

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi atau melindungi PERASUAH

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak berkata beliau dan kerajaannya tidak akan sekali-kali berkompromi mahupun melindungi mana-mana pihak yang terbabit rasuah khususnya melibatkan pemimpin ataupun pegawai kerajaan negeri.

Baginya orang yang terlibat rasuah sama seperti mengambil hak rakyat untuk kepentingan peribadinya sekaligus menjejaskan pentadbiran serta menganiaya pihak lain.

Ustaz Azizan menyatakan bahawa sikap tegas dan menolak amalan rasuah selama ini, telah menampakkan kejayaan pentadbiran kejayaan kerajaan negeri selama tiga tahun ini terutama melibatkan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.

"Selain sikap belanja secara berjimat cermat, saya amat yakin kejayaan itu adalah berpunca dari sikap pemimpin negeri yang menolak sama sekali amalan rasuah.

"Saya bersyukur kerana selama tiga tahun kita mentadbir kedah, belum ada lagi rekod mana-mana pemimpin, pegawai dan kakitangan Kerajaan di dakwa terlibat dengan penyakit rasuah ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan Dewan Himpunan Cina Kedah di Dewan Kurnia dekat sini, 11 Februari lalu.

Hadir sama ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Chor, Exco Kedah Tan Choo Kang, PresidenDewan Himpunan Cina Cheng Lai Hock, para exco, ahli parlimen dan wakil rakyat serta lebih 1,000 hadirin yang membanjiri sekitar kawasan dewan terbabit.

Ustaz Azizan mengulangi janjinya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, jika mereka terlibat dengan rasuah malah akan meminta pihak berkuasa dakwa dan hukum jika benar individu itu melakukan kesalahan.

Sementara itu, beliau merasa bangga dan gembira dengan kehadiran semua pihak di majlis itu sekaligus melambangkan satu perpaduan yang kukuh yang berjaya dikekalkan di negeri kedah ini.

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad SAW


Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”


Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:

Libya:Banyak cara selesai kemelut, bukan guna peluru



YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia- Akhbar Utusan Bermata Sebelah

PAS kutuk pembunuhan rakyat Libya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam pembunuhan ke atas ratusan rakyat Libya dan meminta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) campur tangan segera.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Libya yang tidak bersenjata telah turun ke jalan raya menuntut hak mereka yang dinafikan selama puluhan tahun.

Tambahnya, tindakan pihak keselamatan kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah menggunakan senjata berat ke atas rakyat yang menunjukkan perasaan mereka adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak patut berlaku pada zaman moden ini.

Justeru, katanya masyarakat antarabangsa, yang bermati-matian mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi dan perundangan antarabangsa wajar untuk memberikan tekanan kepada kepimpinan negara Libya.

Pidato Motivasi H30K: Ust Nasrudin, Abu Bakar Chik, Salahudin Ayub & Tuan Ibrahim

KULIAH MAGHRIB LIVE

Ustaz Azizan Abdul Razak -Ceramah Umum H30K Pemuda PAS 19/2/2011

Adakah benar "Kuasa Melayu Terancam" apabila Pakatan Rakyat menang pada PRU13 nanti? Dengarkanlah fakta ini, usah biarkan diri anda terus ditipu dan tertipu oleh UMNO dan sekutunya.

Sampel Diambil Awal Dua Hari Sebelum Laporan Polis (Terkini)


KUALA LUMPUR 22 FEB :Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu Dr Seah Lay Hong bahawa dua sampel DNA dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari diambil terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat.

Sampel tersebut bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

Percanggahan tarikh spesimen B4 dan B5 yang diterima oleh Jabatan Kimia bertarikh 26 Jun 2008 walhal tarikh pengadu diperiksa merupakan dua hari kemudian.

Peguambela membuat kesimpulan sempel diambil daripada pengadu sebelum aduan polis dibuat.

Peguam Sankara Nair yang menyoal balas turut menuduh Dr Seah tidak mengikut prosedur selain memilih untuk tidak mencatatkan percanggahan maklumat tersebut.

"Anda tipu. Anda ada kesempatan (untuk mencatit percanggahan tarikh) tapi tidak berbuat demikian," ujar Sankara.

Dr Seah juga mengakui kepada mahkamah bahawa mustahil untuk DNA berada di dalam dubur sekiranya mangsa hanya dikenakan cubaan liwat.

Peguambela Karpal Singh sebelum itu merujuk borang 'proforma' yang mencatatkan cubaan meliwat oleh tertuduh.

"Jika ianya adalah cubaan liwat, bagaimana DNA boleh berada di dalam dubur mangsa? Adakah itu mustahil?" tanya Karpal.

Dr Seah yang kelihatan cuba mengelak daripada menjawab soalan itu akhirnya mengakui selepas ditanya beberapa kali oleh peguambela.

"Ia adalah mustahil," jawab beliau dalam kandang saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Karpal bertanyakan kepada ahli kimia itu samada beliau bersetuju mangsa Saiful Bukhari Azlan adalah seorang 'gay' pasif berikutan terdapat lebih daripada satu DNA pada badan dan pakaian dalam beliau.

Dr Seah enggan menjawab soalan tersebut.

Pendakwaraya Noorin Badaruddin meneruskan sesi soalbalas Dr Seah.

Mahkamah akan bersambung pada jam 2.30 petang.

BERHUTANG TAK MAHU BAYAR: Oleh Ismail Sepanjang Al-Fatoni

Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera 10-14 Mac 2010

ALOR SETAR – Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera anjuran kerajaan negeri Kedah memberi peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan kepada kerajaan untuk kesejahteraan rakyat serta seluruh negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata, tujuan program ini untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah.

Sehubungan itu, rakyat juga berkesempatan memberi maklumbalas tentang cadangan baru secara langsung kepada kerajaan untuk kemajuan serta kesejahteraan negeri.

“Melalui program ini, kita dapati banyak impak yang kita akan perolehi daripada rakyat, di mana rakyat akan mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang perkembangan dan pembangunan negeri.

Ceramah Yb dato Husam Musa Sempena Maulid Nabi ceramah pemimpim bersama rakyat



PAS mampu buat kejutan di Kerdau

Hafiz Baqi dan Khairil Abd Rahim



Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.

Selepas beberapa pilihan raya kecil silih berganti dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, sesetengah aktivis PAS dari negeri itu kalau ditanya bila pula di Pahang, jawapan mereka boleh dikatakan hampir sama: "Harap-harap jangan ada Yang Berhormat Pahang meninggal dunia."

Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.

Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Kenapa Bob Lokman sertai PAS - Ikuti temubual beliau bersama wartawan

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Insaniah ditawar jadi tempat pelajar Al-Azhar duduki peperiksaan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menawarkan tempat peperiksaan kepada mana-mana pelajar kursus Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar yang bakal menduduki peperiksaan semester dalam masa terdekat di Kolej Universiti Insaniah jika mendapat kelulusan dari Universiti Al-Azhar.


Bagaimanapun, tawaran itu hanya meliputi pelajar negara ini yang mengikuti kursus Pengajian Islam, Bahasa Arab, Syariah Islam dan Usuludin kerana Insaniah tidak mempunyai kemudahan untuk para pelajar yang mengikuti kursus Perubatan dan Kejuruteraan.

Demikian diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Pelajaran dan Koperasi Dato’ Muhammed Taulan Mat Rasul.

Mengenai biaya penerbangan pelajar Kedah untuk balik ke Mesir meneruskan pelajaran, beliau perkara tersebut dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan selasa ini.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar Malaysia perlu menanggung sendiri perbelanjaan penerbangan untuk kembali ke Mesir.

TG Abdul Hadi Awang: Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS 19/2/2011



Menteri Besar Kedah yakin peroleh majoriti dua pertiga

KOTA SARANG SEMUT – Parti yang menerajui kerajaan negeri yakin akan menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Keyakinan itu dizahirkan sendiri oleh Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak yang percaya kejayaan kerajaan negeri dan membela rakyat selama ini merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan itu nanti.

"Keyakinan saya amat tinggi sebab tidak ada isu dalam negeri untuk rakyat menolak kerajaan yang sedia ada.

"Kita telus dalam pentadbiran, ekonomi makin stabil sehingga Kedah melepasi defisit dan bertambah hasil balak, tiada gejala rasuah kalangan para pemimpin atau pegawai kerajaan negeri malah pembangunan untuk Kedah sedang berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media seusai majlis perasmian Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut pada 19 Februari . Lebih 40 ribu Pemuda dari seluruh negara, yang sebahagian besarnya adalah dari Kedah berhimpun dalam program sehari suntuk yang diadakan di sini.

YAB Lim Guan Eng: Melayu Pulau Pinang dalam Era PR

Ucapan Perasmian TG Nik Abdul Aziz: Konvensyen Nasional Pengupayaan Bang...

Peluang kahwin percuma di Program Mahligai Sejahtera

ALOR SETAR, 16 Februari - Pasangan bertunang atau belum tetapi merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun diseru jangan lepaskan peluang mengisi pakej Program Mahligai Sejahtera anjuran Kerajaan Negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat YB Ashah Haji Ghazali berkata, program ini kali kedua diadakan di mana kali pertama dahulu disertai oleh 12 pasangan termasuklah sepasang pengantin keturunan India.

Menurutnya, keistimewaan program kali ini ialah Kerajaan Negeri akan membayar mas kahwin sebanyak RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai hadiah untuk keperluan mereka memulakan hidup baru berumahtangga.

MAI SINGGAH DULU DENGAQ KULIAH MAGHRIB ( LIVE ) DARI SUNGAI PETANI KEDAH

BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit - Presiden PAS

Nazri Abdullah
Harakahdaily

ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.

Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.

"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.

"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.

Ceramah YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia - Perangai Yahudi

Anwar : Sokong Dasar Yang Tepat Untuk Bangunkan Negara

Ustaz Shamsuri Ahmad: Tegahan Memancarkan Tangan Ketika Solat

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

Ismail Hashim
Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

jom chat

Libya: Tunjuk perasaan di waktu malam