Jangan manipulasi undang-undang tanah untuk kepentingan peribadi

ALOR SETAR, 24 Februari - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Hutan diminta menyusun atur dalam proses permohonan tanah-tanah dalam usaha supaya kelonggaran dalam peruntukan perundangan sedia ada tidak dimanipulasi pihak tidak tanggungjawab yang berkepentingan peribadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan YB S Manikumar berkata, koordinasi yang didapati terbabit dalam isu pencerobohan tanah di Langkawi ini telah dikumpulkan dan pengkalan data itu akan dibawa kepada perhatian pihak berkuasa atasan.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam berkata, dengan adanya campurtangan YAB Menteri Besar secara langsung isu tersebut sudah pasti mencapai penyelesaian terbaik serta komitmen yang serius untuk hapus gejala tidak sihat.

Menurutnya, pencerobohan hutan di Langkawi yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab amatlah dikesalkan kerana untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang itu akan mengambil masa yang lama.

Pencerobohan bukan sahaja merosakkan eko sistem alam sekitar tetapi telah mencacatkan keindahan Langkawi Permata Kedah.

Lokasi yang menjadi mangsa kerakusan pihak tertentu itu ialah sekitar kawasan air terjun Durian Perangin dan Pangang Saga.

“Kita melihat dari udara pemandangnnya sungguh menyedihkan kerana kita melakukan berbagai alternatif bagi menjadikan Langkawi sebagai pusat pelancongan dunia kerana aset kita adalah keindahan alam semujadi yang ada di Langkawi,” katanya.

Beliau mempunyai lima belas keping gambar menunjukkan lokasi-lokasi yang rosak akibat pencerobohan itu yang diambil dari udara.

Menurutnya, siasatan secara terperinci yang diarahkan oleh YAB Menteri Besar Kedah bersama Jabatan Hutan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah Galian (PTG) bagi mengenalpasti kawasan terbabit.

Sehubungan itu, hasil siasatan akan dibawa ke pihak atasan untuk dibentangkan maklumat yang harus digunapakai bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.

Beliau memohon agensi berkaitan supaya memberi kerjasama sebaiknya sama-sama menangani isu yang membawa kemusnahan industri pelancongan negeri Kedah.

Ujarnya, orangramai harus faham bahawa keunikan flora fauna yang ada di pulau Permata Kedah merupakan aset utama yang perlu dijaga bersama untuk memposisikan Langkawi sebagai pusat kedatangan pelancong terulung di rantau ini.

“Oleh itu pihak terlibat harus meneliti isu berkaitan supaya tidak bertindak ikut kepentingan individu kerana keunikan alam semulajadi Langkawi adalah aset untuk generasi akan dating,” katanya.

Beliau juga menyeru Pejabat Daerah dan Majlis Badaraya Pelancongan Langkawi supaya memain peranan secara efektif dengan memberi kerjasama yang lebih imtim kepada PTG dan Pejabat Hutan.

Tiada ulasan: