Orang Ramai Boleh Minta Lihat Kad Kuasa Polis - Ketua Polis Selangor



SHAH ALAM 5 MAC : Orang ramai berhak untuk melihat kad kuasa anggota polis yang mahu menyoal mereka, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Beliau berkata langkah itu dibenarkan di bawah undang-undang bagi mengelakkan orang ramai daripada ditipu oleh pihak yang menyamar sebagai anggota polis.

"Penjenayah kini menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menipu orang ramai termasuk menyamar sebagai anggota polis. Oleh itu orang ramai boleh meminta ditunjukkan kad kuasa polis sekiranya mereka mengesyaki sesuatu,"katanya.

Beliau juga berkata anggota polis sebenar mudah dikenal kerana mereka berpakaian seragam yang kemas berbanding penyamar.

Beliau mengulas mengenai penahanan empat individu serta dua rakan mereka Selasa lalu kerana merompak dan merogol seorang wanita di Klang dengan menyamar sebagai pegawai polis.

Salah seorang daripada individu terbabit dikatakan anggota Rela yang telah memberikan gari tangan kepada individu terbabit.

Pengarah Rela Selangor, Brig Jen Khairi Mohd Alwee memberitahu anggota Rela selalunya tidak dibekalkan dengan gari tetapi sekadar kayu seperti cota.

Calon PAS kenalpasti 20 masalah penduduk Merlimau

Hazayani Zakaria
http://www.harakahdaily.net


JASIN, 5 Mac: Sepanjang enam hari berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, calon PAS, Yuhaizad Abdullah hari ini tampil bersama permasalahan rakyat yang diadukan kepada beliau.

Beliau memberitahu, sebanyak 20 masalah dapat dikumpulkan yang kebanyakannya berkait dengan kemudahan asas termasuk kekurangan lampu isyarat dan sistem perparitan yang tidak sempurna.

"Setelah enam hari menjalankan aktiviti kempen, selain merayu pemilih dari semua lapisan masyarakat di semua lokaliti dalam kawasan pilihan raya, saya juga telah menerima aduan dan mengenalpasti masaah yang dihadapi oleh penduduk di Dun Merlimau," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini, hari ini.

Idris Jusoh 'pukul anak sindir menantu'

Libya; serangan udara ke atas Ajdabiya

Pasukan-pasukan Libya telah melancarkan serangan udara ke pinggir bandar Ajdabiya yang dikuasai pemberontak semalam, sedang pembangkang menyeru diadakan bantahan-bantahan baru di ibu kota Tripoli.

Presiden Barack Obama bagi Amerika Syarikat berkata semua pilihan bagi menggulingkan Encik Muammar Gaddafi kini dipertimbangkan, sedang anak lelaki orang kuat Libya itu mendakwa bahawa serangan-serangan udara ke atas kawasan-kawasan dikuasai pemberontak hanya untuk menakut-nakutkan mereka.

Walaupun pihak tentera Amerika telah menyatakan keraguan mereka tentang satu zon larangan terbang, Encik Obama berkata langkah itu antara 'banyak' lagi pilihan.

PRK Kerdau : BN Tertekan Dan Terdesak Untuk Raih Undi



SHAH ALAM 5 MAC : Barisan Nasional dilihat semakin tertekan dan terdesak untuk meraih undi penduduk menjelang pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Kerdau 6 Mac ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang dihubungi TV Selangor berkata, BN seakan terpaksa menggunakan cara ‘kotor' memandangkan kedudukan mereka semakin tergugat di beberapa kawasan.

Shamsul juga menegaskan, kejadian sama turut berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau selesai memberi ceramah di Merlimau.

Kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar

Video: Ceramah DSAI vs Umi Halfida

Soalan Makna Guru Mursyid - Ustaz Azhar Idrus

Bertukar pandangan di sambutan 3 tahun PR Kedah

ALOR SETAR, 3 Mac: Kerajaan Negeri Kedah memberi ruang kepada rakyat negeri ini untuk mengemukakan pendapat dan pandangan kepada kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat melalui Majlis Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, Ustaz Abd Ghani Ahmad berkata dalam laman web Kedahsejahtera, tujuan program ini diadakan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang 3 tahun memerintah negeri Kedah.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah akan menganjurkan majlis sambutan 3 tahun memperkasakan ‘Kedah Sejahtera’ sempena ulang tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah.

KULIAH MAGHRIB

PR Sudah Sedia Untuk PRU-13

SHAH ALAM 4 MAC : Pakatan Rakyat (PR) sedia menghadapi apa jua cabaran serta ujian untuk membawa perubahan kepada negara ke tahap yang lebih tinggi pada bila-bila masa sahaja yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dihubungi TV Selangor berkata, bukan kemenangan sahaja yang diingini parti pembangkang, malah mereka bertekad untuk merampas semula kerajaan negeri yang ditumbangkan Umno-BN baru-baru ini.

“Cabarannya ialah sama ada kita boleh bawa perubahan ke tahap yang lebih tinggi. Bukan sahaja untuk menang atau menawan lebih banyak kerajaan negeri, tetapi mendapat semula kerajaan Perak yang dirampas Najib sendiri,"kata Kit Siang kepada Tv Selangor.

Fuziah Gesa Peneroka Tuntut Janji Najib

KUALA KRAU 4 MAC : Peneroka Felda digesa oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh menuntut janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memberi wang tabungan penanaman semula kumpulan tabungan penanaman semula (CES) dan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) yang dijanjikan beliau sebelum 6 Mac ini.

Dakwa Fuziah, Najib yang hadir berkempen di Jengka beberapa hari lalu telah menjanjikan kononnya akan membayar tunggakan bernilai RM13 ribu kepada peneroka Jengka 22 menerusi CES dan RM4 ribu seorang kepada peneroka skim penanaman semula MPOB dalam usahanya meraih undi peneroka di kawasan itu.

Pemuda Umno Ketagih 'Karaoke' d Kampung Lipat Kajang DUN Kerdau

TEMERLOH - Ketagihan melampau Pemuda dan pemudi Umno di Kampung Lipat Kajang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dekat sini ber'karaoke', tidak peduli langsung tentang kedamaian dan keharmonian hdup masyarakat kampung.

Bahkan kegiatan tersebut pada setiap malam sejak dua tahun yang lalu sudah 'umpama sebuah kelab malam' apabila ia turut disertai oleh pemuda dan pemudi dari luar kampung tersebut.

Ketua HALWA kampung berkenaan, Sapiah bt Awang Mohamed meluahkan rasa kesalnya kerana Ketua Kampung, Imam dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung terbabit, tidak langsung menegur tabiat 'buruk' para pemuda dan pemuda Umno itu.

Bersama Pak Long Di Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera

MB Kedah : Tindakan SADA Berasas



ALOR SETAR 3 MAC : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan tindakan Syarikat Air Darul Aman atau ringkasnya SADA menghentikan khidmat pejabat Pos Malaysia sebagai 'ejen' kutipan bayaran bil air di Kedah berkuat kuasa 1 kelmarin.

Azizan menjelaskan tindakan SADA itu adalah keputusan tebaik untuk keselesaan semua pihak khususnya rakyat negeri Kedah ekoran Pos Malaysia ingin menaikkan caj komisennya daripada 70 sen kepada 90 sen.

Cemar kempen: Kain rentang, bendera PAS hilang

Pemain Piala AFF Suzuki terima RM5 ribu seorang

ALOR SETAR, 3 Februari - Sumbangan dan jasa atlet sukan bola sepak yang berjaya mengharumkan negeri Kedah mendapat perhatian Kerajan Negeri dan lima daripadanya terpilih menerima ganjaran berupa wang sebanyak RM5 ribu seorang.

Atlet berkenaan ialah ialah Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu dan Mohd Faizal Abu Bakar. Selain ituturut menerima ganjaran itu Penolong Jurulatih Pasukan Negara iaitu Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah dan pernah bermain untuk skuad Kedah.

Soalan Anak Bin Ayah Angkat Terima Pusaka Ayah Kandung - Ustaz Azhar Idrus

Anwar Gesa Umno dan Utusan Hentikan Budaya Fitnah



MERLIMAU 3 FEB : Budaya memfitnah dan mengaibkan orang yang disebarkan oleh Umno dan akhbar kawalannya Utusan Malaysia hanya memakan diri dan gagal mempengaruhi rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbicaraan fitnah ke atas dirinya mendedahkan kepada orang ramai angkara jahat politik Umno untuk memanjangkan jangka hayat parti itu.

Ceramah Bob Lokman di Kerdau

Soalan Hiburan Dalam Islam - Ustaz Azhar Idrus

Soalan Ciri - Ciri Pemimpin Mengikut Islam - Ustaz Azhar Idrus

Presiden PAS arah solat ghaib untuk Erbakan

TEMERLOH, 2 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS agar menunaikan solat jenazah ghaib untuk pemimpin gerakan Islam Turki yang meninggal baru-baru ini, Profesor Nechmuddin Erbakan.

Erbakan, yang disifatkan sebagai bapa kepada gerakan Islam sedunia termasuk Malaysia meninggal dunia Ahad lepas.

Sementara itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis perkebumian Erbakan.

(Gambar: Dr Syed Azman, 2 dari kiri, bersama dengan Rachid Ganouchi yang turut serta di majlis itu)

Syed Azman melaporkan, jutaan rakyat Turki serta perwakilan gerakan Islam dari seluruh dunia menyhertai majlis perkebumian mujahid agung itu.

Sedarkan BN dengan pilih calon PAS

Hafis Baki

TEMERLOH, 1 Mac: Memilih calon PAS dalam pilihan raya kecil ini akan membuka mata pemimpin kerajaan negeri dan Pusat untuk membangunkan Kerdau dengan lebih baik lagi.Demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang medianya dekat sini.
(Gambar: Tuan Ibrahim berbincang dengan Dr Dzulkefli dan Abdul Wahid menjelang sidang media harian)

Katanya, memilih calon PAS untuk pilihan raya kecil ini tidak akan merugikan apa-apa kepada BN atau Umno kerana ia sekejap sahaja menjelang pilihan raya umum.

"Sudah pasti, kerajaan akan memberikan perhatian penuh kepada Kerdau kerana takut kalah juga dalam pilihan raya umum nanti dengan membangunkan kawasan ini dan dengan itu rakyat Kerdaulah yang untung," katanya.

Bob Lokman berkempen di Kerdau pula

Umno terdesak, ganggu ceramah PAS

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 1 Mac: Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

“Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.

“Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

KULIAH MAGHRIB

DUN Kerdau : BN Belanja Besar Lagi

SHAH ALAM 1 MAC : Bukan sedikit wang yang terpaksa dihabiskan oleh kerajaan Umno-BN untuk memenangkan mereka pada setiap pilihan raya kecil.

Malah pelbagai taktik licik digunakan hatta dengan cara menyalurkan kotak berisi makanan demi menyampaikan mesej kepada penduduk supaya memilih BN jika mahu terus dibantu.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut berkempen di DUN Kerdau, Umno-BN katanya sudah tidak mempunyai pilihan lain selain dari menyogok rakyat dengan janji-janji pembangunan.

“Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum Asal iaitu orang asli. Najib secara terbuka meluluskan peruntukan RM400 ribu untuk dewan terbuka Kampung Sri Kerdau.

Lebih banyak kaunter SADA akan dibuka

Selasa, 01 Mac 2011 11:44 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM |

ALOR SETAR - Mulai 1 Mac orang ramai boleh membayar bil caj perkhidmatan air Sada (Syarikat Air Darul Aman) di kaunter bayaran yang telah beroperasi di Jitra, Pokok Sena, Pendang, Baling, dan Langkawi. Kaunter lain ialah di Yan Kecil, Gurun, Sik, Kuala Ketil, dan Serdang.

Ini berikutan semua Pejabat Pos di Kedah tidak lagi berperanan sebagai agen kutipan bayaran bil bekalan air Sada berkuatkuasa awal bulan ini.

Demikian diberitahu Ketua Pegawai Esekutif Sada, Dato’ Adzmi Haji Din mengenai pemberhentian perkhidmatan itu dilakukan bagi mengelak pengguna dibebankan dengan kos bayaran komisyen yang dikenakan Pejabat Pos kepada Sada.

Saman ekor: Tukar kerajaan penyelesaian terbaik

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR, 1 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Status Seseorang Melakukan Syirik - Ustaz Azhar Idrus

BN janji lagi buat kali ketujuh

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH: Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.

Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.

Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.

Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.

Mengapa Najib Marah al-Qardawi?

Syeikh al-Qardawi berfatwa bahawa darah Gaddafi boleh ditumpahkan kerana bertindak kejam dan zalim ke atas rakyatnya. Beliau turut berseru supaya tentera Libya tidak mendengar arahan dan perintah pemimpin kejam itu.

“Saya berseru kepada tentera Libya, jangan sama sekali mendengar arahannya supaya orang ramai di tembak. Saya katakan kepada kamu, sesiapa yang mampu di kalangan kamu untuk menumpahkan darahnya, lakukan. Sesiapa yang berupaya menembaknya, lakukan. Semua itu perlu supaya rakyat Libya boleh hidup tenang daripada kezaliman pemimpin gila ini.”

Menurut al-Qardawi, tidak harus taat kepada pemimpin dalam perkara yang menyanggahi syarak. Arahan Gaddafi supaya orang ramai di serang dengan jet pejuang adalah tindakan pencerobohan yang layak menerima hukuman bunuh.”

“Gaddafi sama sahaja dengan rakan sejawatnya daripada Mesir dan Tunisia. Dia tidak membaca sejarah. Kalau dibacanya pun tidak difahaminya. Kalau difahaminya pun tidak diamalkannya. Kedua-dua rakannya itu kecundang sebelumnya, tetapi dia tidak mengambil pengajaran.”

Jika rajin bacalah kenyataan al-Qardawi ini dalam laman webnya. Najib boleh meminta supaya Jamil Khir tolong bacakan dan terjemahkan untuknya. Kalau Rosmah ikut sama mendengarnya juga sangat bagus.

-------------------------------

El-Zahraa Inn, Sungai Petani

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2011/02/mengapa-najib-marah-gaddafi.html

Shamsul : SPR Dan SPRM Perlu Ambil Tindakan Terhadap KM Melaka

SHAH ALAM 27 FEB : Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin membidas sikap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dalam cubaan merasuah pengundi Cina di DUN Merlimau dan mendesak pihak SPR dan SPRM mengambil tindakan segera.

Di Miri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata dalam satu ceramah kempen BN memberitahu pengundi dan penduduk Cina dengan ungkapan ' I Help You, You Help Me" dalam isu pemberian bantuan.

Ali Rustam seperti belajar dan meniru daripada ketuanya dengan memberitahu kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

Sewa tiga pesawat hantar pelajar Mesir pulang, duit poket RM500

http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%202.jpg
ALOR SETAR, 27 Februari - Lebih  800 pelajar dari pelbagai universiti di Mesir bersama  keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan apabila Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan penajaan  mereka balik ke Mesir bagi meneruskan pelajaran.

Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tempoh hari.
Kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar serta ibu bapa mereka bertambah-tambah apabila YAB Dato’ Seri Ustaz Azzian mengumumkan setiap pelajar berkenaan akan menerima RM500 sebagai wang belanja atau duit poket.

"Jangan terima kasih Kerajaan Negeri, ini duit rakyat!” MB Kedah

http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%201.jpg
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.

Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat. Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.

“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,
“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.

 http://wartakedah.net/images/stories/Februari2011/mesir%203.jpg

Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang  termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.

Kerajaan Kedah Tanggung Hantar Balik Pelajar Ke Mesir


ALOR SETAR 27 FEB : Kerajaan Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan berita itu kepada lebih 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir pada satu majlis perjumpaan di sini semalam.

Beliau berkata RM2.5 juta diperuntukkan untuk menghantar pelajar pulang yang dibiayai bersama anak-anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah seperti Syarikat Air Darul Aman, Bina Darulaman Berhad dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd.

"Bagaimanapun pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Tapi kita akan pertimbangkan untuk pelajar bukan tajaan Mara tapi dapat pinjaman Mara. Kalau Mara tak tawarkan tempat untuk mereka, kita mungkin akan hantar mereka balik sekali," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menyewa khas tiga pesawat Egypt Air untuk tujuan penghantaran pulang pelajar ke Mesir bermula 5 hingga 10 Mac ini.

Azizan berkata sebanyak empat penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah dijadual dilakukan dengan membawa lebih 200 pelajar bagi setiap penerbangan.

Katanya enam buah bas disediakan untuk membawa pelajar dari Wisma Darul Aman di sini ke KLIA. Pelajar diminta mendaftar diri mulai hari ini dengan mengemukan pasport masing-masing untuk diuruskan oleh Yayasan Islam Kedah.

Beliau juga berkata kerajaan Mesir juga telah menawarkan sebidang tanah secara percuma kepada kerajaan negeri untuk pembinaan bangunan asrama pelajar Kedah di sana.

Kerajaan Negeri hanya perlu menanggung kos pembinaan bangunan asrama berkenaan, manakala kos penyelenggaraan serta makan dan minum pelajar akan ditanggung oleh pihak Universiti Al-Azhar sepanjang tempoh pengajian pelajar,katanya.

Sekitar hari penamaan calon PRK N28 Kerdau

Tidak Mustahil Asia Ikut Jejak Mesir Jika Demokrasi Ditekan - Anwar


Kebanyakan negara Asia akan berdepan dengan kebangkitan rakyat ala Mesir jika mereka terus mengekang institusi- institusi seperti badan kehakiman dan media-massa yang menjadi penanda aras demokrasi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu menegaskan pemerintah autokratik di rantau ini tidak lagi boleh menghalalkan kekangan sebegitu sebagai pra-syarat mengejar kemajuan kerana lambat laun rakyat akan bangkit menolak penindasan sebegitu.

“Anggapan bahawa sesebuah kerajaan harus memusatkan segala kuasa pada dirinya, memerintah secara autokratik demi mencapai pemodenan dan membasmi kemiskinan, tanpa diselia oleh institusi-institusi berwibawa...amat bertentangan dengan konsep demokrasi dan kebebasan,’ tegas Anwar.

Jangan Berputus Asa! Allah Selalu Membuka Pintu Taubat Untuk Hamba-Nya

Soalan Zakat Simpanan Tabung Haji - Ustaz Azhar Idrus

Larian Kedah Sejahtera 2011 sempena 3 Tahun Kedah Sejahtera

ALOR SETAR – Sempena dengan sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera, akan diadakan acara larian Kedah Sejahtera 2011. Larian ini akan diadakan pada hari Sabtu 12hb Mac 2011 bermula jam 6.30 pagi.

Menurut Ustaz Mohd Rosli Azmi, Pegawai Khas Belis dan Sukan kepada YAB Mentri Besar Kedah, larian akan bermula dan berkahir di Stadium Darul Aman .

“Sebagai galakkan, 500 orang peserta pertama akan diberikan hadiah sehelai baju T, “ katanya.

Larian yang julung kali diadakan ini terbahagi kepada beberapa ketegori iaitu kategori Pelajar Sekolah Lelaki, Pelajar Sekolah Perempuan, Terbuka Lelaki 18-39 tahun, Terbuka Wanita 18-39 tahun, Terbuka Veteran Lelaki dan Veteran Wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Soalan Kelebihan Mati Hari Jumaat - Ustaz Azhar Idrus

Anda mampu mengubahnya - Mahfuz Omar

Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia semalam (23/2/2011) terus menggesa semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak supaya segera menjelaskannya pada atau sebelum 28/02/2011. Kegagalan menjelaskan saman-saman tertunggak ini akan menyebabkan pemegang lesen memandu dan pemilik kenderaan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) amat kesal dengan kenyataan berbaur ugutan daripada Ketua Pengarah JPJ tersebut. Sebagai seorang penjawat awam, beliau tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.

Sidang Media Calon PAS PRK Kerdau mahu membangunkan kemanusiaan generasi muda

Presiden PAS Gesa Najib Razak Bertaubat

KUALA LUMPUR 26 FEB : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Beliau dalam satu kenyataan berkata bahawa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.