DUN Kerdau : BN Belanja Besar Lagi

SHAH ALAM 1 MAC : Bukan sedikit wang yang terpaksa dihabiskan oleh kerajaan Umno-BN untuk memenangkan mereka pada setiap pilihan raya kecil.

Malah pelbagai taktik licik digunakan hatta dengan cara menyalurkan kotak berisi makanan demi menyampaikan mesej kepada penduduk supaya memilih BN jika mahu terus dibantu.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut berkempen di DUN Kerdau, Umno-BN katanya sudah tidak mempunyai pilihan lain selain dari menyogok rakyat dengan janji-janji pembangunan.

“Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum Asal iaitu orang asli. Najib secara terbuka meluluskan peruntukan RM400 ribu untuk dewan terbuka Kampung Sri Kerdau.



“RM150 ribu untuk balai bomba sukarela, RM100 ribu untuk kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hamper,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Portal Malaysiakini semalam melaporkan, BN secara senyap-senyap mengedarkan kira-kira 100 kotak berisi makanan di satu-satunya kampung Cina di Kerdau.

Menurut sumber portal berkenaan, mereka didatangi beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan percuma" tetapi dengan syarat, pelekat BN ditampal di pintu
rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," kata sumber itu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta untuk projek pembangunan di Kerdau.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Najib turut menegaskan bahawa projek berkenaan bukan untuk meraih undi,sebaliknya berkata, ia sudah menjadi tanggungjawab kerajaan.

Namun kenyataan Najib itu pantas dibidas ahli parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail yang menyifatkan perdana menteri hanya berminat mengumumkan pembangunan
selepas wakil rakyat kawasan terbabit meninggal dunia.

Menurut Azan, tindakan Najib mengumumkan pembangunan setiap kali adanya pilihanraya kecil membuktikan Najib telahpun merancang untuk membawa pembangunan hanya apabila ada pilihanraya kecil atau dalam erti kata lain, selepas wakil rakyat kawasan tersebut meninggal dunia.

"Sebenarnya dia bukan memancing undi, RM10 juta itu, dia memang telah merancang. Polisinya ialah peruntukkan untuk pembangunan akan dibuat hanya apabila ada pilihanraya kecil, dengan kata lain, Najib memang mmengharapkan wakil rakyat meninggal dunia," kata beliau.

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Trend najib meluluskan jutaan ringgit dalam PRK selepas kematian YB begitu ketara sekali.

Ini mungkin memabawa kepada fenomena "MARI BERDOA SUPAYA YB CEPAT MATI".