Pemain Piala AFF Suzuki terima RM5 ribu seorang

ALOR SETAR, 3 Februari - Sumbangan dan jasa atlet sukan bola sepak yang berjaya mengharumkan negeri Kedah mendapat perhatian Kerajan Negeri dan lima daripadanya terpilih menerima ganjaran berupa wang sebanyak RM5 ribu seorang.

Atlet berkenaan ialah ialah Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan, Khairul Helmi Johari, Mohd Sabre Mat Abu dan Mohd Faizal Abu Bakar. Selain ituturut menerima ganjaran itu Penolong Jurulatih Pasukan Negara iaitu Tan Cheng Hoe yang berasal dari Kedah dan pernah bermain untuk skuad Kedah.



Ganjaran ini disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Katanya, ganjaran ini sebagai penghargaan Kerajaan Negeri kepada pemain bola sepak negeri Kedah atas usaha gigih mereka sehingga muncul sebagai pemain terkemuka negara dan beraksi dalam pertandingan berprestij dalam dan luar negara.

Menurutnya, para atlet ini pernah beraksi dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou dan AFF Suzuki serta Liga Super dan Piala FA.

Beliau berharap kelima-lima atlet ini akan melipatgandakan usaha mereka dalam bidang sukan bola sepak dengan kemudahan yang ada seperti di England.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berharap mereka akan bermain bersungguh-sungguh untuk skuad Kedah supaya Kedah muncul sebagai juara.

1 ulasan:

indah.com berkata...

Alhamdulillah.Jasamu dikenang