PRK Kerdau : BN Tertekan Dan Terdesak Untuk Raih Undi



SHAH ALAM 5 MAC : Barisan Nasional dilihat semakin tertekan dan terdesak untuk meraih undi penduduk menjelang pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Kerdau 6 Mac ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang dihubungi TV Selangor berkata, BN seakan terpaksa menggunakan cara ‘kotor' memandangkan kedudukan mereka semakin tergugat di beberapa kawasan.

Shamsul juga menegaskan, kejadian sama turut berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau selesai memberi ceramah di Merlimau.


"Tindakan di Kerdau sama seperti di Merlimau. Di Merlimau, serangan terhadap kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilakukan selepas daripada program ceramah di salah satu kawasan mengundi. Saya rasa modus operandi itu sama kerana BN tidak ada isu yang ingin mereka bangkitkan.

Mereka Cuma menimbulkan keganasan dan provokasi beberapa hari sebelum mengundi. Ini satu tindakan jahat. Kita telah minta bantuan polis untuk tingkatkan lagi keselamatan kerana bimbang pilihan raya nanti suasana akan tegang dan berlaku kejadian tidak diingini," tegas Shamsul.

Justeru, Shamsul berharap agar tindakan tegas pihak berkuasa diambil segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku semasa proses mengundi pada Ahad ini.

"Di Melaka kita telah membuat laporan polis dan saya percaya Ketua Polis Melaka telahpun membuat kenyataan dan membendung perkara ini dan kita harap di Pahang pihak polis mengambil sikap yang sama," katanya.

Sebelum ini Portal MalaysiaKini melaporkan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan kenderaan dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang sekumpulan pihak terterntu menggunakan batu sewaktu beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Felda Jengka 22, Kerdau malam kelmarin.

tvs

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PUKULAN MAUT UNTUK PRK MERLIMAU & KERDAU

Mari kita tumbangkan UMNO/BN, jadikan kes SAMAN EKOR ini penyebab kepada kekalahan mereka mutlak di PRU13.

Jentera PAS di Merlimau dan Kerdau main isu SAMAN EKOR ini sehingga UMNO jadi hangit di sana, ini isu rakyat, ahli PR kena, ahli BN kena, ahli ATAS PAGAR pun kena.

AYUH PERJELASKAN ISU INI KEPADA RAKYAT, PASTI AKAN MEMBERIKAN KESAN KEPADA KEDUA-DUA PILIHANRAYA INI. BIAR UMNO/BN MATI BERAGAN SELEPAS INI.