Calon PAS kenalpasti 20 masalah penduduk Merlimau

Hazayani Zakaria
http://www.harakahdaily.net


JASIN, 5 Mac: Sepanjang enam hari berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, calon PAS, Yuhaizad Abdullah hari ini tampil bersama permasalahan rakyat yang diadukan kepada beliau.

Beliau memberitahu, sebanyak 20 masalah dapat dikumpulkan yang kebanyakannya berkait dengan kemudahan asas termasuk kekurangan lampu isyarat dan sistem perparitan yang tidak sempurna.

"Setelah enam hari menjalankan aktiviti kempen, selain merayu pemilih dari semua lapisan masyarakat di semua lokaliti dalam kawasan pilihan raya, saya juga telah menerima aduan dan mengenalpasti masaah yang dihadapi oleh penduduk di Dun Merlimau," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini, hari ini.



Menurutnya, rentetan daripada permasalahan itu, Umno BN segera menjalankan "projek mee segera" semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

"Menyedari masalah penduduk yang tertangguh dan menampakkan kelemahan, "projek mee segera" telah dilaksanakan secara tergesa-gesa untuk mengatasi masalah di atas bagi memancing undi, sebenarnya tidak ikhlas dan mencabar keadilan proses pilihan raya," katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi-pengundi di Merlimau agar memberi peluang kepadanya untuk membawa permasalahan mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Walaupun saya belum diberi mandat, saya telah mendapat aduan dan mengenalpasti masalah rakyat di kawasan Dun Merlimau.

"Oleh itu, saya menyeru seluruh lapisan rakyat khususnya pemilih di Dun Merlimau ,membuat keputusan yang tepat dengan memilih PAS pada PRK kali ini.

"InsyaAllah bertambanhnya suara pembangkang di Dun Melaka akan menguatkan lagi proses "check and balance" dan menyebabkan kerajaan Melaka akan lebih stabil kerana sentiasa meletakkan diri dalam landasan yang betul dan berwaspada, mengelakkan diri dari melakukan kesilapan kerana kekhuatiran terhadap kelantangan sura pembangkang," katanya.

Berikut adalah keluhan dan permasalahan yang diadukan penduduk Melimau kepada Yuhaizad:

1.Kekurangan lampu jalan Ayer Merbau dab Jasin Lalang

2.Keperluan lampu isyarat persimpangan masuk kampung Ayer Merbau

3.Penduduk Taman Sri Chin Chin mendakwa kadar cukai pintu tinggi

4.Penduduk di Pengkalan Samak (Solok Pengkalan Samak) dan Ayer Merbau tidak dibaik pulih. Kelemahan prasarana ini juga mengakibatkan banjir kilat sering berlaku di Ayer Merbau

5.Longkang dan perparitan yang tersumbat di Taman Debunga (Pengkalan Samak) dan Permatang Serai yang longkangnya tiak diselenggara (dipenuhi rumput).

6.Rumah terbiar dan persekitaran yang kotor di Merlimau Utara. Ini membimbangkan penduduk yang terancam dengan penyebaran denggi.

7.Penduduk Jasin Lalang tidak mempunyai dewan serbaguna

8.Pendudk Kampung Ayer Merbau memohon pembinaan semula balai raya yang kini telah rosak dan terlalu kecil bagi menampung keperluan penduduk.

9.Kemudahan jalan yang tidak diturap dan dinaik taraf.

10.Permohonan untuk mendapatkan kelengkapan khemah yang tidak dipenuhi di Ayer Merbau dan Chin Chin.

11.Waktu pungutan sampah yang tidak sesuai di Permatang Serai

12.Pokok yang dipotong oleh Majlis Perbandaran Jasin tidak dibersihkan di Taman Muhibah dan Merlimau Pasir

13.Keluarga dan individu miskin, orang kurang upaya, sakit yang memerlukan bantuan di Chin Chin, Merlimau Pasir dan Taman Muhibah.

14.Masalah pencemaran Sungai Merlimau

15.Tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan tidak diganti semula

16.Tidak berpuas hati dengan sistem saman ekor.

17.Peningkatan kes jenayah terutamanya kecurian motosikal

18. Harga rumah di Merlimau yang mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk.

19.Kaum India menghadapi masalah peluang pekerjaan, perumahan selepas berkhidmat di ladang dan masalah bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dan Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina(SRJKC)

20.Resah dengan kenaikan harga minyak dan harga barang.

Tiada ulasan: