Saifuddin - Semakin Hebat Diaibkan, Semakin Ramai Sokong Anwar



PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.

Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).

"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.

Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.

Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.

Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.

Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.

Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.

Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi esok.

~tvselangor~

2 ulasan:

leekonyou berkata...

Tuesday, March 22, 2011
KISAH BENAR VIDEO SEKS ANWAR.(KONSPIRASI TERBARU CIPTAAN ANWAR)
seharian kami menggodak berita untuk mendapat maklumat sebenar kes video seks anwar.

secara jujur kami katakan, 24% dalang disebalik isu video ini berpunca daripada internal problem (masalah dalaman) yang cukup meruncing dalam pkr.

manakala 75% konklusi yang kami memperolehi mengatakan teori sun tzu art of war yang pernah menyatakan akan taktikal untuk menumpaskan musuh adalah dengan mencederakan diri sendiri. dengan kaedah sebegini, maka fokus musuh dapat di alpa kan buat sementara waktu.

aku memberikan beberapa teori untuk rakyat berfikir.

harus diingat, bila memikirkan tentang anwar anda harus berfikir di luar kotak.

bila aku melihat kelibat saifudin nasution semasa press conference video seks tadi, teringat aku akan cerita lama.
cerita semasa kami dalam pkr. pada waktu itu saifudin adalah calon pkr untuk dun lunas. dalam ceramah terakhirnya, di depan ribuan penyokong dia berpura-pura menjawap panggilan telefon. diperbualkannya dengan penuh serius dengan mimik muka penuh kerisauan.

selang 2minit, dia berhenti bercakap. audience mula tertanya-tanya apasal dia berhenti.

lalu diumumkan di khalayak umum bahawa umno sedang menghantar puluhan bas yang kononnya membawa pengundi hantu.

kecoh prk lunas. insiden keganasan semasa prk lunas sudah termaktub dalam sejarah.

kami bertanya saifudin, betul ke ada bas yang membawa pengundi hantu ?

DIA JAWAP TAKDE...POLITIK SENSASI YANG MENCETUSKAN PANIK DIAJAR SECARA BAIK OLEH ANWAR IBRAHIM.

jelas keputusan prk lunas berpihak kepada saifudin, dengan majoriti tipis.

permainan decoy (helah) yang penuh gempak adalah nyawa hidup pkr, sebut anwar ibrahim.


disinilah kelicikan anwar bermain isu ,menutup isu dan mencipta isu.

...............................

1) pemecatan anwar kata ini fitnah, namun akhirnya kita tahu siapa dia.

2) mata lebam anwar kata polis jahat,tetapi sebenarnya dia provoke rahim nor.

3) arsenik anwar kata dia diracun,tetapi sebaliknya dia mahu gabungan pembangkang bersatu.

4) 16 september dia cipta kerajaan tumbang,namun sebaliknya dia mahu menutup isu liwat.

hari ini stail politik murahan ala propaganda tepi jalan mula dilakukan anwar.

video seks saya tidak benar. jika ditakdirkan datok T tidak mengotakan janjinya untuk mendedahkan video itu selepas 7 hari...

anda rasa siapa yang bakal kena ? umno jugak. typical stail politik pakatan, semuanya salah umno.

anak dorang berak cair pun disalahkan umno. konek orang pas tak naik pun disalahkan umno.

dah nampak game ini.

jadi gap, kenapa video seks ini diletupkan ?

tuan-tuan yang dihormati, ingat tak lelaki bernama azmin ali.

anwar sanggup mati kerana azmin ali. kasih sayang mereka tak boleh dipisahkan.

sehari dua lagi hakim kes liwat akan memberikan keputusan samada anwar wajib beri DNAnya kepada mahkamah .

DNA ini bukan sahaja melibatkan kes anwar meliwat saiful , sebaliknya melibatkan persoalan siapa ayah afifa, anwar ibrahim atau azmin ali.

AZMIN ALI ARAHKAN ANWAR JANGAN BERI DNANYA !
teori kami yang lengkap ini menyatakan secara konklusif, isu video seks ini sengaja dibuat bagi menutup cerita desakan rakyat yang mahu anwar memberikan DNA nya kepada mahkamah.

kami cabar dato T, jangan jadi pembohong dan agen penipu yang berkerjasama dengan anwar.

jika benar kamu ada video tape skandal seks anwar, dedahkan pada umum.

percayalah lepas 7 hari, datok T ni takkan keluarkan bukti sepertimana yang dijanjikan.

fokuskan pandangan rakyat terhadap isu sebenar, anwar wajib berikan DNA nya kepada mahkamah !

kepada datok T, selagi video seks ini tidak diedarkan kepada rakyat selagi itu kami akan panggil kamu penipu besar, namun sekiranya sudah tersedar klip video seks itu dan terbukti suspek yang disyaki itu anwar ibrahim, maka aku akan tarik balik artikel ini.
Posted by GAP KEMBALI at 2:54 AM

March 22, 2011 6:05 AM

Tanpa Nama berkata...

macamana saifudin boleh tahu bahawa adegan itu milik tuan nya,,,samemang nya vedio belum tersebar,,,gua pasti allah akan tunjok kebenaran nya,,,,,jngan melatah sabelum tengok,,,raayat malaysia bukan bodoh menilai yg mana kaca yg mana intan..fikir2 lah