Sarbani Bukan Membunuh Diri, Kata Kesatuan Kastam

KUALA LUMPUR 8 APRIL : Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Razak dan menuntut Perdana Menteri membersihkan nama baik jabatan itu.

Presidennya Ibrahim Ahmad juga berkata kes Ahmad Sarbani Mohamed yang dijumpai mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu tidak harus dikategorikan sebagai membunuh diri.

Beliau juga berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh SPRM.

"Ini kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak percaya bunuh diri , mesti ada sentuhan dari luar atau provikasi buat dia jatuh. Apakah arwah ada banyak rahsia untok didedahkan. Kita tidak tahu.

Tanpa Nama berkata...

Minta Pornthip bantu siasatan. Forensik Malaysia tidak boleh dipercayai.