Peningkatan Mendadak Pengundi Pos Dipertikai

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Parti Keadilan Rakyat mendakwa wujudnya perancangan terancang pihak tertentu berikutan peningkatan mendadak jumlah pengundi pos sebanyak 459 di DUN Kok Lanas bertujuan untuk memanipulasi keputusan pilihanraya pada masa akan datang.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution beliau menolak dakwaan pihak SPR sebelum ini yang mengatakan pertambahan pengundi pos adalah disebabkan kesedaran politik secara tiba-tiba kalangan isteri para tentera.

Beberapa hari lalu, Ahli Parlimen Simpang Pulai Chan Ming Kai membangkitkan isu pertambahan mendadak hampir 6,000 pengundi pos di Dun Pangkor, Parlimen Lumut.

Reaksi Datuk Wan Ahmad Omar dari SPR perkara ini berlaku memandangkan kesedaran politik yang tinggi di kalangan isteri-isteri tentera lalu mendaftar sebagai pengundi Pos

"Ini mengesahkan bahawa pertambahan undi pos mendadak bukanlah daripada kesedaran politik secara tiba-tiba di kalangan isteri tentera tetapi wujud semacam satu pihak yang melakukan perbuatan ini secara tersusun dan terancang," katanya.



Justeru,Saifuddin meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menjawab persoalan ini memandangkan sebarang pendaftaran boleh dilakukan secara individu dan menyerahkan terus kepada pihak SPR atau melalui Asistant Registration Ofiicer (ARO) yang dilantik oleh SPR.


"Apakah SPR mempunyai mekanisme untuk menjejaki penipuan ini? Bagaimana proses penerimaan SPR mengenai isu ini? apakah kesemua 449 orang ini hadir sendiri ataupun agen mereka yang mengisis bagi pihak mereka? " soal beliau.

Sebelum ini , PAS Kok Lanas mengemukakan bantahan berhubung kejadian itu apabila timbul keraguan memandangkan 449 nama itu pada asalnya merupakan pemilih biasa.

Kesemua pertambahan pengundi ini beralamat 16, Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Desa Pahlawan.


"Ekoran daripada bantahan itu, satu pendengaran awam dibuat oleh pemilih negeri Kelantan. Pada akhir bantahan itu, kesemua 449 nama itu telah dikeluarkan daripada senarai pengundi pos ertinya bantahan daripada PAS Dun Kok Lanas itu diterima oleh pendaftar pemilih negeri Kelantan atas alasan tidak seorang pun mengisi Borang A," katanya.

Borang A merupakan borang perpindahan yang wajib diisi oleh mana-mana pemilih yang mahu menukar status daftar pemilih atau tempat pengundian.

Kegagalan untuk mengisi Borang A untuk sesuatu nama akan dikenakan denda dibawah Seksyen 3, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Pada pilihanraya umum 2008, Parlimen Ketereh dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 500 undi.

Tiada ulasan: