Gempa Bumi Kuat 6.5 Skala Richter Gegar Laut Bali

PETALING JAYA 11 MAC : Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter telah berlaku di Laut Bali pada 01.09 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi terletak di 7.1ยบ Selatan dan 116.8 Timur, 1033 km dari tenggara Sarikei, Sarawak.

Gempa bumi kuat itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini.

Tiada ulasan: