JAM 12:30 - KERDAU & MERLIMAU

12:30
KERDAU Kebanyakan perayu undi kini sedang berehat. Suasana tengahari kelihatn tenang. Pengundi juga dilihat berkurang namun dijangka ramai sebelah petang.
12:29
MERLIMAU Calon PAS bagi Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah, ketika ditemui semasa tiba di SK Merlimau 2 tadi menyatakan beliau berpuas hati dengan perjalanan PRK. Demikian juga dengan sambutan orang ramai, khususnya para pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Sehingga kini, beliau telah melawat ke empat tempat pembuangan undi atau empat UPU iaitu Chinchin, Ayer Merbau, Jasin Lalang dan Merlimau Utara.

Berdasarkan sambutan orang ramai terhadap PAS di semua kawasan termasuk empat UPU yang telah dilawati, beliau yakin PAS akan mencipta sejarah gemilang pada PRK Dun Merlimau yang akan diumumkan keputusannya malam nanti.

Beliau juga amat berpuas hati dengan segala usaha, kerja keras seluruh jentera PAS dan jentera Pakatan Rakyat dan amat berterima kasih dengan segala sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepadanya.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga kini. Beliau bersyukur kepada Allah dengan segalanya itu.

Beliau juga cukup yakin dengan kemampuan pihak polis mengawal ketenteraman awam, sehingga membolehkan perjalanan PRK Dun Merlimau berjalan amat lancar sehingga kini.

Cuaca di seluruh kawasan Dun Merlimau hingga saat ini cukup baik. Beliau berharap agar para pengundi akan keluar mengundi sepenuhnya hari ini lebih-lebih lagi dengan keadaan cuacana yang cukup baik.  
12:24

Expand
SK K.Kerdau: Para penyokong berehat di khemah yang disediakan.
12:11
KERDAU Di Sek Keb Kuala Kerdau: Suasana tenang di sini. Kedua-dua penyokong berada pada jarak lebih kurang 50m. Masing-masing sedang berehat dibawah khemah yang disediakan
12:10

Expand
Peniaga mengambil peluang membuka gerai jualan di sekitar SK Merlimau 2.
12:07

Expand
Petugas dari parti DAP juga turut serta di SK Paya Taram, Kerdau
12:06

Expand
SK Paya Taram: Petugas dan penyokong muslimat mula berhenti rehat untuk makan tengahari.
12:04
KERDAU Jumlah keluar mengundi hingga jam 11 pagi ialah seramai 4,890 orang – 54.34 peratus.
12:03
MERLIMAU Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11.00 adalah sebanyak 43% iaitu seramai 4,571 orang.
12:02

Expand
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai bersama penyokong BN di SK Paya Taram.

Tiada ulasan: