Pemimpin Agama Tidak Harus Jadi Syaitan Bisu, Kata TG Abdul Hadi Awang



SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.

Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.

Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh pembangkang berdiam diri atas serangan peribadi terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu. Siapa yang diarahkan untuk berkata benar tapi tidak melakukannya adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, menyifatkan penayangan video lucah itu sebagai perkembangan politik yang menjijikan.

Abdul Hadi menegaskan pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah i “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan politik yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam yang sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada umat lain bahkan bercanggah dengan amalan-amalan demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat sejagat,” katanya.

Abdul Hadi meminta Umno supaya bertaubat dan berhenti menggunakan taktik keji untuk kelangsungan politiknya.

“Jangan kita anggap kezaliman itu adalah kekuatan kepada sesuatu kerajaan. Kezaliman menandakan kerajaan sudah nyanyuk, mengalami kelemahan dan meraba-raba serta membuat apa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan,” katanya.

Beliau mengingatkan Barisan Nasional bahawa bahawa setiap fitnah dan penyelewengan yang berlaku merupakan tanda-tanda perubahan bakal disaksikan.

“Percayalah wahai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kamu tidak boleh kekal selama-lamanya dan percayalah kita semua bahawa fitnah-fitnah, kezaliman yang disebar, penyelewengan yang berlaku adalah tanda-tanda awal perubahan akan berlaku,” ujar beliau sambil disambut dengan laungan Takbir.

~TVS~

2 ulasan:

Ismi Azraf berkata...

Apabila wujud golongan agama yang menjadi syaitan bisu maka Islam akan diperkotak katikkan oleh golongan sekular malah masyarakat yang diam apabila pemimpin menolak agama disebabkan kejahilan.
Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Pendakwah di Pintu Neraka

Nur Zatil Aqmar Mat Zain berkata...

kalau nampak benda tak betul, benda berdosa, kita ada kuasa tapi kita tak tegur; opah kita cakap kita pun ikut dosa. kalau kita ikut cakap orang buat dosa, lagilah kita berdosa sebab ikut telunjuk orang berdosa dan halalkan orang buat dosa.

opah kita cakap, kita mesti berani bercakap benar walaupun pahit. buat apa nak takut pada orang tetapi tak takut kat tuhan. yang cipta kita tuhan bukan orang. yang ambil nyawa kita tuhan, bukan orang. yang tolong kita kat akhirat besok tuhan, bukan orang.

opah kita kata kat kita, kalau kita ada kuasa tapi kita tolong orang jahat dan jatuhkan orang baik, dosanya sangat besar. mati tak masuk syurga selagi tak mintak maaf kat orang itu. kalau orang tu tak nak maafkan, selama-lamanyalah kita duduk kat neraka walaupun kita banyak ilmu agama. kita dengar opah kita cerita pun kita rasa takut sebab kita pernah sekeh kepala kawan kita masa sekolah tadika dulu. tapi masa raya tahun lepas kita dah mintak maaf dah.

lagi opah kita cerita, kalau kita jadi ketua agama kita kena adil. kita kena tegur orang yang buat salah tak kira dia kawan kita atau musuh kita. Tak boleh pilih-pilih. Kalau kita pilih-pilih kat kubur nanti malaikat akan rotan kita dengan rotan yang besar. Lagi besar dengan rotan kat penjara. Mulut kita dah kena kunci tak boleh nak tipu lagi. Malaikat rotan kita banyak kali. Takut betul sebab orang jahat yang kita tolong pun tak boleh nak tolong kita. Tuhan aja yang boleh tolong. Tapi sebab kita dah tak dengar kata Tuhan, tuhan suruh malaikat rotan kita banyak kali.

Itulah. Opah kita pesan, kalau kita tak boleh nak jadi ketua agama, baik kita jadi orang biasa sebab ketua agama bukan jaga sembahyang sahaja. Semua dia kena jaga. Kalau buat-buat tak nampak orang buat dosa, nanti kat kubur malaikat cucuk mata kita dengan besi panas menyala-nyala sampai terbakar. Mulut kita yang tak mahu nasihatkan kawan kita yang buat jahat, malaikat akan tuang dengan besi cair yang panas sampai terbakar. Sapa nak tolong, kawan kita yang kita tolong dulu pun tak boleh nak tolong.

Lagi kan, opah kita cakap, jangan pilih duit, jangan pilih pangkat, jangan hanyak nampak alim pakai serban aje. Pilihlah agama. Quran kena pakai. Jangak keluarkan hukum sesuka hati. Tuhan tak suka. Sapa kat dunia pilih duit, pilih pangkat, tapi takut bercakap benar kat ketua kita, nanti malaikat bakar kita sampai jadi abu. tuhan hidupkan balik lepas tu malaikat bakar lagi sampai beribu-ribu tahun. Takut kalau dengar nenek kita cerita. Meremang bulu roma.

banyaklah nenek kita cerita. tapi kita nak sembahyang dan nak tidur. nanti mama kita marah sebab dah tengah malam asyik tengok internet dan tinggal sembahyang. nanti esok bangun lambat pergi sekolah dan lupa sembahyang subuh pulak. nanti tuhan marah, mak marah, opah marah, ayah marah.