SPR Mula Pindah Pengundi Untuk Kuatkan BN ?

SHAH ALAM 3 MEI : Suruhanjaya Pilihanraya dikesan memindahkan hampir 500 pengundi di Selangor untuk menambah undi Barisan Nasional bagi merampas kembali negeri ini pada pilihanraya umum akan datang, kata seorang pemimpin kanan PAS.

Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad mendedahkan di DUN Cempaka sahaja bilangan pengundi baru didapati naik secara mendadak pada suku tahun pertama tahun ini.

Iskandar adalah ADUN kawasan itu.

Siasatan mendapati SPR memindahkan pengundi dari DUN Teratai ke DUN Cempaka dengan menggunakan alamat bermastautin yang dipalsukan.

Mereka yang dipindahkan adalah ahli dan penyokong Umno, kata beliau di sidang akhbar tengah hari tadi.

“Perpindahan ini antara lain melibatkan AJK Umno dari DUN Teratai, contohnya AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana, Abdullah Thani Bukari dipindahkan ke Taman Dagang di dalam DUN Cempaka," kata beliau.

“Seramai lima AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan pula dipindahkan ke DUN Cempaka iaitu dua ke Taman Bakti, dua ke Pandan Jaya dan satu ke Lorong Molek Kampung Pandan. Seramai 10 orang ahli Umno dari Kampung Cheras Baru telah juga dipindahkan ke DUN Cempaka,” tambah Iskandar.

Iskandar yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Selangor berkata, mereka yang dipindahkan untuk mengundi di DUN Cempaka itu masih bermastautin di DUN Teratai.

Antara alamat digunakan untuk mendaftar pengundi dari DUN Teratai adalah Dewan Kemas di Lorong Molek, Kampung Pandan dalam DUN Cempaka.

Berdasarkan perkembangan itu, PAS akan mengemukakan bantahan kepada SPR, kata Islandar. Beliau mahukan badan itu bersikap adil dan telus menangani aduan itu.

Menurut Iskandar, setakat ini PAS mengesan pemindahan 484 pengundi di sekitar Selangor. Ia membabitkan 150 pengundi di Selat Klang, Kota Raja (99), Cempaka (25), Meru (38), Dusun Tua (72) dan Shah Alam (100).

“Pemindahan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja Umno-BN bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dan ianya dipercayai turut melibatkan jabatan serta agensi kerajaan yang lain.

“Diharapkan SPR menyiasat dengan adil dan telus mengenainya. Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga diharap turut melakukan siasatan,” katanya.

Iskandar berkata usaha Umno itu akhirnya akan memakan diri sendiri dan menikam rakan komponannya. Ini kerana pemindahan pengundi mungkin menguntungkan Umno namun akan merugikan parti komponen seperti MCA dan Gerakan.

Contohnya pemindahan pengundi dari Teratai ke Cempaka mungkin menambah undi Umno tetapi akan menjejaskan undi untuk calon Gerakan di DUN Teratai.

Beliau menegaskan pemindahan pengundi dilakukan kerana Umno mencari kemenangan di kawasan majoriti pengundi Melayu setelah kehilangan sokongan pengundi Cina dan India.

Kajian PAS menunjukkan jumlah pengundi di Selangor bagi suku tahun pertama tahun ini meningkat sehingga kira-kira 80,000 orang dengan 35,000 daripadanya membabitkan kawasan DUN ditandingi PAS pada PRU yang lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Perdana Menteri Najib Razak akan mengadakan pilihanraya umum pada bulan Julai berasaskan perkembangan politik semasa.

Ini termasuk usaha Umno memperhebatkan kempen mengaibkan Anwar dan keluarganya dengan menggunakan video seks fitnah dan perlawaan Najib kepada PAS untuk menyokong Umno- BN.

Pada masa sama MCA pula memberi kata dua kepada pengundi Cina supaya menyokong parti itu jiak tidak mahu menghakis perwakilan kaum itu dalam kerajaan sekiranya BN terus menerajui Malaysia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belum pun Baru Bian mengangkat sumpah sebagai YB, sudah kedengaran beliau menyesali tindakan nya bertanding dalam pilihan raya lalu. Mulanya Baru Bian acah-acah saja dan tidak pernah terfikir untuk menang! Tiba-tiba beliau menang dan kini terpaksa menanggung semua keperluan penduduk Ba Kelalan.

Masa berkempen dulu, Baru Bian sudah berjanji akan memberi RM400.00 kepada semua warga Ba Kelalan yang berusia 60 tahun ke atas setiap tahun! Sudah ada orang orang tua di Ba Kelalan jumpa dengan Baru Bian untuk tuntut janji tersebut! Lagi memeningkan kepala Baru Bian ialah bagaimana nak tunaikan tuntutan penduduk Ba Kelalan tentang pembinaan jalan raya! Projek Jiwa Murni terpaksa ditangguhkan oleh askar-askar sebab orang Ba Kelalan tak suka dengan apa yang kerajaan BN buat! Ini kerana nak bina jalan raya terpaksa ambil tanah NCR. Kalau tanah NCR kerajaan ambil untuk buat jalan nanti orang Ba Kelalan tidak ada tanah nak berhuma, berkebun atau nak buat ladang! Baru Bian ialah jaguh untuk orang Ba Kelalan mempertahankan tanah adat mereka!

Baru Bian juga pening macam mana nak dapatkan duit untuk beri biasiswa kepada anak-anak pengundi-pengundi yang mengundi beliau. Sekarang musim anak-anak nak masuk universiti kerajaan, bila keluar nanti boleh lawan kerajaan balik sebab tidak puashati! Orang-orang Ba Kelalan juga sudah mahu tagih subsidi baja nak tanam padi. Padi sudah hampir untuk dituai dan perlu tanam semula, jadi Baru Bian kena dapatkan bantuan subsidi untuk orang-orang yang mengundi nya! Takut nanti bila tak ada subsidi, kerajaan juga yang dipersalahkan kerana tidak bantu rakyat! Tapi bila di bantu rakyat tuduh pulak kerajaan tidak adil, yang adil hanya Keadilan Baru Bian!

Jadi kita kongsi lah mesej ini 'undilah Baru Bian untuk memperjuangkan hak asasi dan kebebasan beragama di DUN. Kita perlu wakil yang kuat di DUN. Di Parlimen kita tetap bersama BN dan kita juga ada Datuk Idris Jala. Undilah Baru Bian demi maruah dan agama dan masa depan Lun Bawang'

Seperti kata Nabil 'Lu Pikir La Sendiri'!