MCA akan tolak PAS jika kekal dasar Islam

Sebab utama parti komponen Barisan Nasional, MCA berada di dalam perikatan itu sudah jelas. Kerana Barisan Nasional tidak menyokong dasar Islam! Jika Barisan Nasional menyokong dasar Islam, maka MCA juga akan keluar dari Barisan Nasional. Perjuangan Islam yang dilaung-laungkan oleh gerombolan songkok tinggi selama ini hanya untuk memikat hati orang Melayu Islam untuk menyokong mereka.

Apa yang jelas, gerombolan tidak pernah menyokong dasar-dasar Islam, disebabkan itu MCA masih kekal bersama mereka. MCA akan terus berada di dalam Barisan Nasional selagi BN menolak dasar Islam. Tahniah kepada orang Melayu Islam kerana telah tertipu oleh retorik BN, padan muka juga diucapkan!

Lihat sendiri pengakuan Presiden MCA merangkap pelakon video lucah yang bangga di bawah ini.




MELAKA, 1 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.



ReJaM© "Gerombolan songkok tinggi selama ni kena tipu. MCA memang anti Islam! MCA sokong BN kerana UMNO tak sokong Islam"

 source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/mca-akan-tolak-pas-jika-kekal-dasar.html#ixzz1L77pceyf

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila UMNO mempelawa DAP dan PAS maknanya dia memang bersedia nak beri rembatan terhebat pada MCA untuk keluar dari BN. Itu pun tak fahamkah Presiden MCA ni.... lu bolo... manyak bolo....memang bolo. Semua olang Cina lagi pandai dari lu sebab dia olang talak sokong BN maaaa.... lu solang sayak bodo.

Tanpa Nama berkata...

Chua Soi Lek ni perasaan.Sudah tentu dia tak suka PAS sebab dia pelakon video lucah.Orang Cina pun dah ramai ketepikan MCA sebab itu parti Towkeh dan sekarang towkeh-towkeh dah lantik pulak pelakon video lucah jadi Presiden.Itu sebab DAP dapat sambutan kaum Cina.Lebih 50 tahun MCA jadi abang-adik UMNO,kaum Cina dapat habok aje.UMNO cabut keris pun MCA diam membisu,memang tak dapat bela kaum Cina.Baik balik kematlamat asal penubuhan MCA - jual loteri kebajikan masyarakat.