SOAL JAWAB PILIHAN RAYA SARAWAK

OLEH : DR MUZZAKIR

Soalan : Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?

Jawapan: Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak layak menjadi pemimpin.

Soalan : Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?

Jawapan: Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).

Soalan : Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?

Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari) Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari, “Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Soalan : Dalam kontek Negeri Sarawak, jumlah umat Islam sekitar 25%(tidak ada mana-mana kaum boleh disifatkan sebagai majority:Iban;36%,Cina:32%).Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?

Jawapan: Haram, kerana jamaah dan ukhuwah Islamiah mengatasi segala kepentingan parti atau individu terutama sekali di kalangan umat Islam Sarawak yang begitu sedikit. Dan seandainya ditakdirkan umat Islam kehilangan kekuatan dan kuasa memerintah, maka mereka yang terlibat dan bersubahat mengkhianati kepimpinan Islam itu bukan sahaja haram malah berdosa besar!.

Semoga FAQ Pilihan Raya ini ada manfaatnya bagi mereka yang mahu berfikir untuk masa depan rakyat Sarawak. UMAT ISLAM SARAWAK,RENUNG-RENUNGKANLAH! JANGAN KERANA SEEKOR DUA NYAMUK YANG MENGHISAP DARAH SEMUA KELAMBU DIBAKAR....!!!! YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....!!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya setiap orang yang beragama islam tak kira apa bangsa bersatu atas dasar menegakan hukum dan undang2 islam supaya ianya dapat dilaksanakan dalam negara ini dan barang siapa keluar dari dasar itu maka hukumnya haram

Tanpa Nama berkata...

Daripada Thauban, katanya: Sabda RasululLah s.a.w.: “Akan tiba masanya umat-umat lain akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam) sebagaimana orang mempelawa satu sama lain kepada dulang makanan (menjamah hidangan makanan) . Seorang sahabat bertanya “apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab “bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ghutha` (sampah sarap dan buih) di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakkan dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabt bertanya pulak ” Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu?” Jawab Rasulullah “cinta dunia dan takut mati” (Riwayat Abu Daud. Al-Albani mensahihkannya ( Al-Albani, Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. 2/647 Riyadh : Maktabah al-Ma`arif).

Tanpa Nama berkata...

LARANGAN MENGHINA DAN MENCACI MAKI

Firman Allah swt, maksudnya "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim".


Daripada ayat di atas terdapat tiga perkara utama yang ingin disampaikan.

Pertama : Kita seharusnya tidak menghina antara satu sama lain sesama meskipun lelaki atau perempuan. Larangan ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina.

Kedua : Kita seharusnya tidak mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk. Allah telah berfirman, maksudnya "Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan mengkeji". Oleh itu jauhilah sifat mencaci dan menghina antara sesama manusia.

Ketiga : Kita seharusnya tidak memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud "Dan janganlah kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama Islam, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya".

Kita seharusnya menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya kita tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahanam seperti mana maksud surah Al-Hujrat "Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri, iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahanam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya negeri Sarawak menyaksikan DAP begitu bersungguh sungguh berbohong kepada rakyat. Pisau melihat ini adalah situasi yang sama semasa PRU12 di tanah semenanjung. Bulan dan bintang bagaikan boleh jatuh ke riba dengan janji janji mereka.

Namun apa yang pengundi dapat?Di Pulau Pinang,kerajaan negeri yang diperintah oleh kerajaan sosialis DAP bukan saja tidak menunaikan janji.Kerajaan DAP yang dikatakan "berkebajikan" ini lebih banyak menindas,zalim dan kejam.

Kelmarin sekumpulan penternak burut walit dari negeri Pulau Pinang telah mengadakan bantahan di Komtar Walk.Hampir 200 orang berkumpul sambil memegang 20 banner

1) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MERAMPAS REZEKI KAMI!!! KERAJAAN PUSAT ANGGAP PERINDUSTRIAN BURUNG WALET SEBAGAI STRATEGIC AREA, TETAPI CM LIM GUAN ENG MAHU MATIKAN SECTOR TERNAK BURUNG WALET INI !!!

2) KERAJAAN PULAU PINANG MERAMPAS REZEKI KAMI!!! PENGUSAHA BURUNG WALET MEMBAWA MASUK PENDAPATAN DARI NEGARA ASING, TETAPI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG CUBA MEMUSNAHKANNYA!!! CM LIM GUAN ENG ZALIM TERHADAP PENGUSAHA BURUNG WALET!!!

Ke semua yang terlibat adalah kaum Cina. Semasa bantahan berlangsung mereka melaungkan perkataan di dalam bahasa Cina membantah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka.

DAP berkempen dihadapan kaum tionghua dengan pelbagai cerita cerita bombastik,tetapi realitinya mereka hanya banyak bercakap bohong daripada yang benar dan berfakta.

Semua orang sedia maklum Lim Guan Eng cukup terkenal dengan taichi dan putar belitnya.Pembohongan beliau di Sarawak cukup memualkan. Apa yang dijanjikan oleh DAP sebenarnya lebih kepada mahu meraih undi semata mata.

Guan Eng sibuk berkempen di Sarawak dengan pelbagai janji kononnya mahukan perubahan,perubahan yang bagaimana? dari baik kepada yang buruk seperti di Pulau Pinang?Rakyat Sarawak harus berhati hati dengan politik gampangan DAP.Mereka berkempen lembut gigi dari lidah.


DAP sebuah parti yang penuh dengan sentimen kejahatan,hasutan dan kebencian.Mereka tidak tahu berpolitik secara baik.Hanya kebencian saja yang menjadi resepi meraih undi.


Selamatkan Sarawak dari kejahatan DAP.!