Bumbung Hospital Serdang Runtuh





SERDANG 30 JAN : Beberapa pelawat di hospital Serdang nyaris cedera selepas syiling di bahagian lobi hospital berkenaan tiba-tiba runtuh tengah malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 malam ketika beberapa pelawat sedang duduk di tempat menunggu, yang turut menempatkan sebuah kedai kopitiam dan merupakan pintu utama ke wad.



Ketika kejadian beberapa pelawat sedang duduk di lobi, tiba-tiba mereka terdengar bunyi dari bahagian atas dan ternampak sebahagian syiling mula terkopak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang dihubungi TVSelangor menjelaskan, kejadian tersebut masih diperingkat siasatan dan menggesa pihak hospital mengeluarkan kenyataan segera berhubung sebahagian syiling di bahagian lobi hospital berkenaan yang tiba-tiba runtuh tengah malam tadi.

Nie Ching mengedarkan limau Mandarin di Pasar Malam Bangi Lama, bersama Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar

"Punca-punca sekarang tidak dapat dipastikan lagi dan pihak hospital hanya blok area lobi itu supaya orang ramai tidak masuk," katanya.

Tambah Nie Ching, Kementerian Kerja Raya harus dipertanggungjawabkan di atas kejadian tersebut kerana JKR terlibat sepenuhnya dalam pembinaan sesebuah bangunan hospital di Malaysia.

"Tak boleh salahkan pihak hospital kerana semua bangunan hospital atau sekolah ialah tanggungjawab JKR untuk lantik kontraktor membuat pembinaan... yang penting kementerian kerja raya harus ambil tindakan secepat mungkin untuk pastikan bangunan ini masih selamat digunakan," jelasnya.

Beberapa pengawal keselamatan kelihatan mengawasi keadaan, selain menghalang orang ramai daripada melalui kawasan ini, malah polis turut berada di lokasi.

Kejadian bagaimanapun tidak menjejaskan keseluruhan operasi di hospital ini.

Hospital Serdang yang menelan kos RM690 juta itu telah memulakan operasinya pada Disember 2005.

Tiada ulasan: