Perhimpunan Aman 901 Dicemari Letupan



KUALA LUMPUR 9 JAN : Beberapa siri letupan berlaku ketika perhimpunan 901 sedang giat berlangsung mengakibatkan suasana meriah bertukar tegang
Letupan berlaku di beberapa lokasi sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Setakat ini, letupan disahkan berlaku di Jalan menuju kompleks mahkamah dan di sebuah substesen Tenaga Nasional berhampiran kawasan medan selera di tepi kompleks tersebut.

Menurut polis, dua orang cedera akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Difahamkan kereta ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengalami kerosakkan akibat salah satu daripada letupan tersebut.

Polis Diraja Malaysia bagaimanapun berjaya mengawal keadaan. Mereka yang tercedera dikejarkan ke hospital.

Bagi mengelak situasi menjadi tidak terkawal, polis meminta peserta bersurai bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

-tvs-


Tiada ulasan: