Amal polisi bebas rasuah, rakyat dapat Kafalah

TIKAM BATU – Bantuan Skim Kafalah merupakan satu dari berbagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada rakyat.  Sumbangan Kafalah dapat diteruskan hasil dari polisi bebas rasuah dan pendekatan berjimat cermat Kerajaan Negeri Kedah yang diamalkan sejak tahun 2008.

Seramai 45 orang penerima bantuan skim kafalah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka menerima sumbangan dari ADUN Pantai Merdeka YB Haji Abdullah Jusoh. Mereka terdiri dari pelbagai bangsa.

Sumbangan diadakan di Surau Kampung Hujung Matang dan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pantai Merdeka. Penerima sumbangan adalah dari sekitar DUN Pantai Merdeka.

Menurut YB Haji Abdullah, tujuan sumbangan diadakan di dua tempat adalah bagi memudahkan penerima untuk menerima bantuan. Bagi penerima dari sekitar Kota Kuala Muda, mereka diminta ke Kampung Hujung Matang, manakala bagi penerima sumbangan sekitar Tikam Batu, termasuk dari Padang Temusu mereka diminta ke PKWR di Tikam Batu.

YB Haji Abdullah didalam ucapannya menyatakan, pengurusan sumbangan mengalami sedikit kelewatan disebabkan pengurusan di beberapa peringkat, kini pengurusan sumbangan akan diuruskan terus oleh Pejabat YAB Menteri Besar.

“Peranan MKK amat penting didalam menyelesaikan masalah pendaftaran dan pengurusan sumbangan sekiranya berlaku kematian.

“Sumbangan RM500 ini bukanlah untuk menampung keseluruhan kos pengurusan jenazah, tapi sekadar tanda ingatan dan simpati dari Kerajaan Negeri diatas kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Majlis ringkas yang diadakan itu turut dihadiri oleh MKK yang terlibat.

Tiada ulasan: