Sim Tze : Tuduhan Liar Rais Tidak Berasas



SHAH ALAM 21 NOV : Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim membuktikan bahawa Melaka lebih proaktif daripada Pulau Pinang dalam mempromosikan tapak warisan dan seni.



Sim menyifatkan, tuduhan liar Rais tidak berasas sama sekali, bahkan data menunjukkan kemasukan pelancong ke Pulau Mutiara masih mengatasi Melaka, meskipun menerima peruntukan pemuliharaan warisan yang jauh lebih kecil.

Kerajaan Pulau Pinang tidak menerima dana sebanyak RM25 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan semasa disenaraikan bersama Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

"untuk pulau pinang tidak diberi terus kepada kerajaan negeri kerana kita ini negeri pakatan rakyat. mereka masukkan kepada agensi lain. ini menunjukkan kerajaan pusat bermasalah. bukan kerajaan negeri,"katanya.

walaupun tidak mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan pimpinan telah menunjukkan kemajuan dalam lima bidang warisan utama di negeri itu.

"dari segi bilangan pelawat dan pelancong jauh kita lebih besar. kita adalah ke-3 dari segi jumlah bilangan pelawat dan pelancong. tetapi melaka hanya keenam atau tujuh dari segi bilangan" katanya lagi.

Tiada ulasan: